Mengidam Cucur Cempedak Goreng

Share

Masih lagi duk fikir , kenapa saya tak makan cucur cempedak yang saya goreng bersama mak mertua di kampung tempoh hari , huwaa nyesal habislah .. Itu lah saya bila di kampung makan pun agak tak sempat , rasanya lepas saya masak cucur ni , saya terus pergi sidai kain , lepas tu lupa nak makan cucur cempedak ni , tahu-tahu cucur dah habis .. mengidam ni .. rasa teringat-ingat je .. mana nak cari ek ?

buah cempedak
buah cempedak

Siap sambil nak masak sambil ambil gambar , haha sengal .. semua orang duk gelakkan saya sebab suka sangat ambil gambar , orang lain tak lah teruk macam saya , itu lah penangan menjadi blogger.

isi buah cempedak
isi buah cempedak

Dia punya isi , perghh .. saya hulurkan sebijik dua cempedak mentah pada anak-anak semua buat muka pelik tak nak makan , tapi bila diorang makan cempedak yang telah dimasak ok pulak.

isi buah cempedak
Cempedak ranum

Waduhh .. gawat ni .. mana nak cari tengok gambar ni lagi buat daku terliur jek .hahah .. jangan salah faham , ini bukan mengidam orang mengandung yek … tak kena mengena..

cucur cempedak siap di goreng
cucur cempedak siap di goreng

Laila dan sepupunya .. macam biasa model puanbee.. ahaks…

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

42 Comments:

  1. Sudah masak sangat buah Cempedak. Memang sesuai untuk dibuat Cucur cempedak.

  2. klu tengah musim cempedak merata2 org meniaga coq cempedak nie kan bee..kt pasar malamsmp tak lalu dh tgok..

    hari tu balik png en suami beli tiga bijik,tp kecik2 la..kutu goreng cempedak gak,tp kutu makan dua tiga jer.diet katakan.muahaha..

  3. makan panas-panas memang sedap, terbau-bau cucur cempedak ni

  4. mesti tgh mengandung ni…hehehe..

  5. maya mustwany

    mengidam?hihihi de adik baru ke?hihihi
    waaaaaaaa sedap..aah ek..dh lama gak tak makan cempedak grg ni.

  6. Zarul Umbrella

    belakang umah saya ni Nilai 3 bnyk jual cempedak goreng ni

  7. arghhhhh, ni yg rasa terliur nih, dah la kat sini payah nak cari cempedak tuh

  8. Sya suka makan cempedak goreng. Tapi yang selalu di jual di gerai2, isi cempedaknya sikit je, tepung je lebih, Huhu..

  9. mengidam? dh berapa bulan bee.. hehe

  10. huih! byknyer isi dia. Memang A lah.. kat Taiping memang senang nak dapat PB

  11. pearh….. byknyer isi dia. Memang “A” lah.. kat Taiping memang senang nak dapat PB

  12. bestnyer kak bee…
    mmm….

  13. hai blogger emang la suka amek bergambar…hehehe… satu famili sy pun tau sy suka amek gambar masuk blog…

    emang peberet cempedak nie…wangi je bila siap goreng…lepas satu, satu masuk mulut…perghhhh

  14. fulamak puanbee..best giler..
    nampak sedapp..terliur la pulak..adjust la skit.

  15. Eh,baru tau buah cempedak pn ble buat cucur rupanya. . .huhu

  16. blogger dan ambil gmbr memang tak boleh dipisahkan..kadang2 hubby saya pun dah terikut cara saya…semua benda pun dia nak ambil gambar…dia kata nanti nak letak kat blog saya..hehe..

  17. dah lama tak makan cempedak..macam terbau2 je dah bau cempedak ni..alahai, mano den nak cari ni? huhu..

  18. baru lepas makan cempadak goreng. sekarang mahal sangat la kalau nak beli. rm1 2 biji je dapat.

  19. Aikk….ngidam…hemmm…hemm…

  20. KC suka cempedak puan Bee .. mentah atau yg dimasak sume saya bedal. Hihi.

    Kalau kat kampung kan, tak yah beli-beli. Sentiasa ada je kat pokok, goreng sendiri makan sefamili. Best, kan.

  21. Perghh…meleleh air liur tgk…kat gerai 1 biji 50sen siap goreng mahal tu…

  22. adesss….
    sedapnya…esok nak gi beli la…leh goreng dekat rumah

  23. wahhh sedap nye cempedak. nak !

  24. Memang cempedak mentah pun saya tak makan.. yang dah siap bergoreng, memang lahaplah.. 😀

  25. bee..ummi pun suka yang dah goreng, kalau tak goreng,kurenglah sikit minatnya

  26. nis lebih suke cmpedak mentah .. dah tua2 sikit ni baru reti nk suke yg goreng pulok

    ala sian bee mne nk cari tu…ade musim lg ke ?

  27. choiiiii.. baru terlepas pandang buah cempedak semalam
    mr. hubby tak makan. itu pasal nak beli tak sampai hati. waaaaaa

  28. Bestnya kalu dpt mkn cucur cempedak.. 😉

  29. sedap nampak isi cempedak tu yg kuning keemasan je..tp akak x leh makan cempedak..isinya susah nak telan sebab melekat kat anak tekak..

    komen2 bee banyak masuk dalam spam patutlah bee lama x mai komen kat blog akak rupanya masuk dalam spam..nape tah..

  30. Perghhhhh!!
    Bee, akak terliur dah ni dik..
    Nak jgk!!!!

  31. hehe.. tak suka la bau cempedak, baru2 ni pi kait cempedak di dusun.. habis badan kena nyamuk..

  32. cempedak goreng memang best, makan bijinya sekalipun pun sedap.
    kalau cucur cempedak, memang dah lama sangat xrasa.

  33. adeh,…sedapnya kak…tak tertahan nak menanggung nafsu makan ni..hehe..

  34. Salam,

    Sedapnyee Bee, lqma tak makan cempedak, buat cucur memang sedap kan 😀

  35. saya suka makan cempedak. yang ori…

  36. perghh…sedap ni…. meleleh….

  37. minggu lepas dah buat cempedak goreng..
    goreng api kecik sikit biar biji cempedak tu empuk sekali.
    so, bijik cempedak tu boleh la dimakan jugak..

  38. Sedap tu.. Haha, lapar la pulak! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *