Mengamit kenangan lalu – Raya ke 4

Ini tempat tinggal saya dulu semasa kecil , emak seorang ibu tunggal tak mampu hendak menjaga 6 beradik yang masih kecil , emak juga bekerja siang malam , jadi 3 anak yang besar di hantar ke sini. Saya masih ingat bagaimana sedih nya tak nak berjauhan dengan emak dan adik beradik , namun akhirnya saya terima dan mula menyesuaikan diri di sini. Banyak kenangan pahit manis di sini.

Bagaimana anak-anak kita nakal di depan mata , begitu lah juga anak-anak kecil nakal di asrama , malahan lebih teruk kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang.

Saya sangat faham perasaan itu ..

gambar kenangan asrama anak yatim kati

Tapi asrama ni dah pun di tutup , akan dibuka dalam masa terdekat tapi tak tahu bila kerana ada masaalah pemegang harta ini. Pengetua memerangkap pengasas dah pun meninggal dunia.

Yang ada hanya asrama tempat tinggal di mamah usia semakin usang tidak berpenghuni dan …

Ustazah dan ustaz suami isteri yang masih tinggal di sana. Mereka tidak sampai hati keluar dan tinggal kan tempat itu yang mempunyai 1001 memori. Tetapi usia ustaz pun makin lanjut , mungkin ustaz juga akan berpindah.

kenangan raya

Raya ke – 4 , kami semua bekas pelajar penghuni di situ membuat perjumpaan. Jika ustaz ustazah menyatakan rasa sebak kerana ada yang sudi melawat , kami lagi rasa sebak kerana ustaz masih cam anak-anak ni walaupun tak jumpa berbelas tahun. Walaupun jika dulu kami kanak-kanak nakal kini begelar ayah dan ibu. Terima kasih ustaz , ustazah , pakmat dan lain-lain. Jasa di kenang sehingga akhir hayat.

asrama anak yatim kati

Saat melangkah , setiap jejak kaki … tak henti-henti bercerita kepada anak-anak …

Ini lah tempat ibu membesar.. serba kekurangan .. tapi ibu tetap tabah dan tidak sesekali merajuk dengan takdir .. ibu terima seadanya … untung korang walaupun tak kaya tapi mewah. 🙂

 Syukur lah …

Kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaa ……

15 thoughts on “Mengamit kenangan lalu – Raya ke 4”

  1. Elok juga sekali sekala puan Bee bawa anak2 ke sini.. sekurang2nya dapat mendidik anak2 supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. .. saya suka join program ke rumah anak 2 yatim dan orang 2 susah, supaya dapat sentiasa menginsafi diri. .

  2. Saya tidak menyangka jika Puan dibesarkan di asrama ini, sangat mengharukan..
    Semoga asrama yang memorable ini tetap ada dan terjaga…

  3. Hairul Azni

    Pengalaman hidup yang Puan Bee harungi ni sebenarnya banyak mendewasa dan mematangkan..
    Semoga hidup yang mendatang akan lebih indah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *