Mendapatkan Ilham & Idea Menikmati Susu Setiap Hari ?

Spread the love

Bagaimana nak minum susu setiap hari ? muak lah wei … tak de muak nya kalau betul dengan cara kita menyediakan susu setiap hari kan ? Dimana nak mendapatkan ilham untuk mendapatkan idea bagi menyediakan sajian susu setiap hari tu ?

Haaa meh lah saya sebarkan cerita ini…

Semua blogger / pembaca puanbee.com / dan juga ibu-ibu serta bapa-bapa semua di jemput untuk melihat-lihat resepi yang tak terkira banyak nya disini :

*Semua sajian di ilhamkan khas untuk menggunakan susu , bagi memenuhi keperluan minum susu setiap hari khasiat susu banyak tak terkata …Jangan lupa guna susu Ducth Lady tau !

APPLIKASI FACEBOOK :  LINK 

applikasi kempen minum susu selama 21 hari

Program 21 hari

Untuk sertai kempen minum susu selama 21 hari korang hanya perlu klik butang Program 21 Hari. Bila dah klik disitu akan terpapar pelbagai jenis resepi yang di sumbangkan oleh ibu-ibu perihatin yang baik hati di facebook tu .. bagusnya berkongsi resepi begini..

pelbagai resepi

Korang boleh pilih pelbagai resepi , dari pencuci mulut ke air minuman yang sedap-sedap , dari Roti Jala ke Puding Ayam kepada Roti dan Puff . Makaroni pun ada .. ish ish kreatif betul kaum ibu ni kan .. tertelan air liur tengok resepi dan gambar makanan yang sedap-sedap belaka … pendek kata pelbagai resepi boleh di dapati di sana …

Jika korang ada banyak masa lapang boleh cuba resepi yang susah , Jika  agak kekurangan masa dan sibuk .. korang boleh pula cuba resepi yang senang-senang .. best tak ? ya .. ya saya tahu applikasi yang disediakan di facebook oleh Ducth Lady ni memang best ..

Psstt : saya pun ada meyumbangkan beberapa resepi .. an salah satunya Idea menikmati susu setiap hari : RESEPI PUDING ROTI COKLAT

Galeri Idea

Untuk mendapatkan idea boleh lah klik pada butang GALERI IDEA  pula .. gambar dan idea yang menjadi pemenang akan terpapar di sini , tengok di bahagian kiri bawah ada gambar IDEA yang telah pun memenagi RM200 dengan hanya menyumbang ideanya bagi menggunakan susu selama 21 hari.

Butang “Idea Rawak”

Kini Dutch Lady menyediakan butang untuk memilih resepi secara random , bahasa melayunya pilih resepi secara rawak . Korang klik butang idea rawak tersebut , resepi yang telah di hantar oleh peserta lain akan keluar secara rawak bergilir-gilir , kecuali idea yang menjadi pemenang memang akan “stik” di bahagian depan.

Ini adalah salah satu idea untuk bersama anak-anak memilih resepi atau sajian susu mana yang hendak di masak untuk dinikmati bersama keluarga . Idea nya ialah , mintak anak tekan butang idea rawak tu , dan apabila resepi baru muncul ,korang boleh lah masak atau membuatnya  bersama anak-anak , ia nya sangat menyeronokkan di samping dapat memberi ilmu pada anak tentang pentingnya meminum susu secukupnya setiap hari , kita sendiri pun dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak lebih kerap , ye lah jika ibu bapa berkerja kurang masa bersama anak , waktu memasak ini lah seharusnya di gunakan sebaik mungkin , jangan sia-siakan J

susu

Pengalaman saya

Pengalaman saya setelah menyertai kempen minum susu selama 21 hari , seronok ! dan tak sangka … betapa mudah dan senang nak sediakan sajian untuk anak-anak berasaskan susu , pergi ke pasaraya cari susu setiap 3 hari menjadi perkara wajib dah .. tak ada stok susu mana boleh nak cuba resepi di atas tu kan ? banyak lagi resepi yang saya masih belum cuba , harus cuba ke semuanya ..sehari satu resepi dah memadai … Untuk orang yang “so so ” ni memang sesuailah mencuba resepi ringkas , berkhasiat dan sedap ..

20120905-152124.jpg

 JOM !!!

Apa tunggu lagi cik kiah oiii .. cepat lah kongsi idea menikmati susu di facebook tu  , untung-untung menang RM200 , tak pun kalau nak cari resepi berasaskan susu sila lah klik LINK ini laju-laju …

Zassss.. berdesup tekan link ya ..tinggal lah saya keseorangan di blog ni .. hehe ..

24 thoughts on “Mendapatkan Ilham & Idea Menikmati Susu Setiap Hari ?”

  1. Hai Puan Bee
    I baru je terjumpa your blog ni. Puas sudah dok mencari blog yang interesting untuk dibaca, I think blog ni I boleh masukkan dalam my reading list jugak. Good job.
    Teruskan blogging!

  2. saya mmg peminat fresh milk DL ni.
    selain buat minum gitu je, suka gak campur dgn eskrim..kacau laju2, jadikla ala2 milk shake. 🙂

    salam kenal!

  3. Saya tidak merasa jelak atau jemu kalau minum susu kosong sahaja. Apa jenis penyediaan yang berasaskan susu tetap menarik perhatian saya.

    Ketika kecil dahulu, keju saya ratah begitu sahaja. 🙂

  4. susu Dutch Lady nie memang sedap pon..kalau budak2 dapat, tiap2 hari nak lagi..minum selalu lagi bagus..dulu mmg faberet kt susu nie..haha

  5. Incik RestNrilekS

    Assalammualaikum wbt.

    Minum susu ni best sebab kira cepat nak kembalikan tenaga. Selalu minum anlene atau susu nestle omega plus. Malam sebelumnya, buat susu dalam gelas lepas tu letak sikit nescafe, jadilah susu tu ada perisa kopi sikit. Sejukkan, esok tinggal minum je. Ngehee

  6. Sedap2nya nampak resepi tu bee, baru bersemangat nak minum susu kan, hadir dalam pelbagai resepi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *