Magfiraht travel

Mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014

Sekarang masa untuk mendaftar sekolah ke tahun 1 , anak saya no 2 akan mula masuk tahun 1 pada tahun 2014 nanti. Oleh itu saya sekarang dalam proses hendak Mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014. Google punya google rupanya ada pula cara untuk mendaftar tahun 1 melalui online.

pendaftaran murid tahun 1

pendaftaran murid tahun 1 2013/2014

Untuk urusan pendaftaran tahun 1 secara online boleh di buat melalui website Jabatan Pelajaran Negeri Selangor – LINK

Tapi bagi saya lebih senang jika kita ke Sekolah terus untuk mendaftar kemasukkan pekajar , ikut dari pengalaman hendak mendaftar anak bukan lah susah atau mengambil masa yang lama , senang sahaja , lebih baik daftar awal , nanti tak perlu fikir hendak mendaftar lagi.

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar :-

  • Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
  • Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
  • Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
  • Sijil Asal Nikah dan Salinan
  • Bil Api/Air berserta salinan
  • Setem RM1.00 X2 Dan sampur surat bersaiz 4′x9′ x 2 keping dengan alamat sendiri

* Lepas daftar cikgu akan cop belakang surat beranak sebagai pengesahan (tengok contoh di sini ), tunggu surat panggilan sampai ke rumah , dan bawa surat tersebut untuk kemasukkan anak ke sekolah pada hari pertama nanti.

Kredit : Yanmieonline.com

Terkenang kakak masa dia mula masuk ke tahun 1 – LINK

Search

, , ,

12 Responses to Mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014

  1. [...] LINK — Mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014 [...]

  2. Candice Michelle 1 June 2012 at 5:28 pm #

    ini adalah kali pertama saya di sini, Terima kasih kerana berkongsi!

  3. Mama adam 25 March 2012 at 6:15 am #

    Wahhh… Kalo adam, darjah satu 2015, so, tahun 2014 la daftar kan? Tapi, kalo time tu kami pindah rumah, tetap kena panjat pejabat pendidikan
    Mama adam recently posted..Jika Anak MerajukMy Profile

  4. Ummi Hanie 25 March 2012 at 12:56 am #

    eloklah daftar awal … jgn jadi mcm kes kami aritu terrrlupa nk daftar utk si abg tu… trpakse laaa panjat pejabat pendidikan… kan renyah
    Ummi Hanie recently posted..Tips hilangkan kahak bayiMy Profile

  5. puan kutu 24 March 2012 at 7:36 pm #

    kalau negeri kedah bley on9 gak ekk?hari tu p sekolah cikgu kata bulan berapa ntah pendaftaran dibuka.lece gak byk benda nak kena bawak.bil api air pun mau ka?keke..
    puan kutu recently posted..Dah SampaiMy Profile

  6. akubiomed 24 March 2012 at 12:48 am #

    Saya tidak faham kenapa ada 2-3 kali kerja.
    1. Bawa surat beranak ke sekolah untuk mendapat cop pendaftaran anak sekolah
    2. Isi pendaftaran anak secara sekolah online.
    3. Pergi ke sekolah sekali lagi untuk pengesahan kelas.
    4. Isi borang yang sama berulang-ulang lagi. :-(
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tontonMy Profile

    • puanbee 24 March 2012 at 7:39 pm #

      sebenarnya bukan dua kali kerja , untuk daftar online tu , kita boleh tk buat , cikgu akan tolong key in.

      cuma kena pergi isi borang di sekolah saja , bila surat pengesahan dah sampai nanti , kita bawa ke sekolah sekali lagi.

      itu lah yg sy buat untuk anak sulung sy tu
      puanbee recently posted..Gambar-gambar kenangan di Hotel Holiday Inn Batu FeringgiMy Profile

      • akubiomed 24 March 2012 at 11:20 pm #

        Okaylah pihak pengurusan mahu buatkan. Sekolah anak saya ibubapa perlu buat. Siap kena marah-marah lagi dan ugut kalau tidak isi cari sekolah sendiri.
        akubiomed recently posted..Pakej Lengkap membuat Cakoi dan Donut daripada HairulMy Profile

        • puanbee 24 March 2012 at 11:27 pm #

          oh ye ke ? saya baru tahu yg syarat isi borang online tu wajib , sebab anak saya tk kena buat , cikgu tolong buatkan cuma isi borang dan daftar jek , jangan lmbt takut sekolah penuh kena pergi ke sekolah lain pula
          puanbee recently posted..Gambar Irma Hasmie BertunangMy Profile

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun 1 - Negeri Selangor 2014/2015 Kini Di Buka | Puanbee.com | Diari Ibunda - 4 March 2013

    [...] Mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014 [...]

  2. Cerita Daftarkan Anak Tahun 1 — Puanbee & Lifestyle - 18 April 2012

    [...] Syarat bagi mendaftar Sekolah Rendah Tahun 1 Bagi Sesi 2013/2014 — Pautan link [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge