Mencuci korset premium beautiful dan penjagaan premium beautiful

Share

Ya setelah hampir dua minggu saya memakai korset premium beautiful dah kurus ke ? Alaa tak lah kurus lagi ingat senang nak buang lemak tepu tu .. Saya masih cuba memakai corset premium beautiful dan membuat senaman untuk membakar lemak yang ada. Selain tu makan memang dah kurang bernafsu … Serik lah berbadan besar ni .. Baju asyik tak muat , mana larat nak beli selalu .. Dah lah susah nak cari saiz besar .. Itu lah dilema orang berbadan besar kan ? tapi lepas pakai korset premium beautiful ni harapnya badan tak membesar bagai johan lagi …

corset premium beautiful

Gambar di ambil setelah 2 minggu pakai corset

Mencuci korset premium beautiful dan penjagaan premium beautiful

Ok berbalik kepada tajuk , selalu terbebel panjang-panjang .. Korset premium beautiful tak berbau walaupun dah pakai banyak hari pun tak berbau . Beza dengan pakaian dalam biasa yang mana kalau pakai sehari pun dah berbau dan rasa tak selesa. Saya tak tipu bab ni lepas dah pakai baru berani cakap. Tapi sebagai orang islam nak tak nak kita kan nak solat dan mesti menjaga kebersihan pakaian tak kira pakaian luar maupun pakaian dalam so corset ni pun kena basuh. Saya basuh korset premium beautiful ni selepas 4 hari pakai.

Premium beautiful korset tak boleh basuh dengan sabun yang ada klorin , tak boleh jemur di bawah panas matahari basuh mesin, iron, dry clean, memintal atau memerah kuat, nanti ianya akan rosak. Jadi saya basuh dengan menggunakan sabun khas Premium Beautiful Natural Wash. Lepas tu angkat dan sangkut saja dalam rumah dalam semalaman sidai esoknya dah boleh pakai … Sebab tu lah bila pakai corset ni badan jadi selesa saja material yang digunakan ringan dan senang angin nak keluar masuk.

Kalau nak cuba corset premium beautiful ni call saya terus , cuba dulu 2 ke 3 jam kalau ok memang boleh beli satu set kan . Saya pun mula-mula fikir malas betul nak berkorset bagai tapi bila dah cuba tu rasa sedap pulak. Nak keluar rumah mesti pakai tau …

Email : tie2kay@gmail.com

P/s : Orang dalam pantang kalau pakai corset memang sedap . Hanya yang pernah beranak je tau macam mana perut rasa kosong bila anak dah tak ada dalam perut dan waktu tu lah kita kena jaga betul2 perut ni selain dari bertungku dan menjaga amalan pemakanan bagai .Dah kembang 9 bulan , nak kempiskan balik bukan senang kecuali orang yang memang metabolismanya tinggi.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

13 Comments:

  1. saya pulak basuh hari2 sebab cuaca panas ni berpeluh..kalo tak basuh yang dalam jerla…yang kena tang badan tu…basuh kasi tos air pastu sidai jer dalam bilik kasi kena angin

  2. nis baru2 laps pntg aritu rajin juge menyarung korset… ni dah dtg vitamin M semula… zasss ~ harus kubuat sit-up dgn istiqomah :p

  3. rasa tak bernafas kalau pakai korset. Rasa sempit sgt. Kena ada saiz utk heavyweight baru syok

  4. btul juga..salah basuh x ikut tips cpat rosak dan rugi la plak..

  5. dah nampak perubahan tu kan…kak sya dalam pantang barut cam biasa kot…kalau lepas tu tk jadi blh la kot contact bee… 😉

  6. Semoga cepat kurus..Hehe…posing kat sinki tu, cam menarik jerrr..hahahaha

    • haha cam menarik ke ? tak pernah buat ek ? esok try ..

      • Hahaha..tak de makna nak buat semua tu…Nanti pakai iphone baru bermakna kot ambil gambar cam tu..Puanbee lain la..hehe..Whatever gambar pun, kalau diambil dgn iphone, still terbaik laa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *