Menanti Perkahwinan Noraniza Idris Yang Bakal Diadakan Besar-Besaran

Biasa , selalu je lambat puanbee ni , wah wah ramai nak kahwin hujung tahun 2011 ni , selain norman hakim dan memey , noraniza idris dan juga Perkahwinan Faezah elai juga akan berlangsung dalam masa terdekat .. saya suka tengok baju perkahwinan artis cantik-cantik belaka .. apa yang sama dengan bakal pengantin semua di atas ? duda dengan ibu tunggal , bekas suami anak 5 orang dengan anak dara , dan anak dara dengan duda anak 3 , erk ? apa puanbee merepek ni .. sila abaikan ..itu je yang puanbee nampak selain majlis meriah dan mewah mereka .. orang kata “kalau dah jodoh tak kemana kan ” walaupun dulu ada orang bermati-matian menyangkal ada hubungan tup tup berkahwin juga ..

Apa-apa jo lah .. jom layan berita di bawah .. Harap-harap mereka semua bahagia ke akhir hayatlah hendaknya 🙂 tak baik doakan yang buruk2 kan ..

Perkahwinan Noraniza Idris
Perkahwinan Noraniza Idris


KUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.

Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan ‘Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011’.

“Pada mulanya keluarga saya menetapkan tarikh untuk kami bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya kami membuat keputusan lebih baik majlis ini diadakan serentak dengan sambutan festival itu. Lagipun jaraknya tidak jauh.

“Walaupun ia besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami,” katanya ketika sidang media mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.

Noraniza hadir dengan tunangnya dengan mengenakan pakaian warna sedondon iaitu hijau pucuk pisang.

Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal berkenaan setelah benar-benar mengenali hati budinya.

“Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.

“Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.

“Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini,” kata Noraniza.

Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.

“Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.

“Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini,” ujarnya.Majlis pernikahan yang akan berlangsung secara terbuka dijangka tamat pukul pukul 5 petang.

Selain perkahwinan kedua mempelai berkenaan, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.

Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

sumber : M.star

25 Comments

  1. sweet 23 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 23 August 2011 Reply
      • sweet 24 August 2011 Reply
  2. bEe 15 August 2011 Reply
  3. ayujamal 13 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 13 August 2011 Reply
  4. Ali ridha 12 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 13 August 2011 Reply
  5. eiela 12 August 2011 Reply
  6. nizamghazi 12 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 13 August 2011 Reply
  7. Ummi Hanie 12 August 2011 Reply
  8. juanita 11 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 August 2011 Reply
  9. transformed hw 11 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 August 2011 Reply
  10. nza 11 August 2011 Reply
  11. Jendela Hati 11 August 2011 Reply
  12. BSB 11 August 2011 Reply
    • puanbeeAuthor 12 August 2011 Reply
  13. taufiq arifin aka topimagine 11 August 2011 Reply
  14. Myra Jay 11 August 2011 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.