Memori Roti Canai Gulung

Memori betul roti canai gulung ni , korang pernah rasa tak roti canai gulung ? di tempat saya ada seorang pakcik jual tapi dia letak nama Roti Bom lah pula , tapi di kedai mamak tu kadang-kadang ada jual roti canai jenis gulung ni , tapi susah nak dapat lah.

Sebenarnya roti canai jenis ni lagi sedap antara semua jenis roti canai yang lain , roti canai yang di buat cara gulung ni , lebih ranggup dan bertekstur … nyummm ..

Doh roti canai

Cara nak buat roti canai gulung , ikut pesan dan gaya dari mak saya dulu , sebenarnya .. bila ada anak..sekali sekala ajak anak-anak tolong masak juga best .. mereka memang suka sangat.

tebar roti canai

Alas untuk menebar roti canai .. kakak tanya ..kenapa tak buat macam di kedai mamak tu ? jawabnya tak de tempat atau meja macam di kedai mamak tu … pusing-pusing sama je kan.

tebar roti canai

Lepas tu boleh lah tebar atau tarik-tarik roti canai tu , jadi seperti kat atas ni..

doh roti canai siap di gulung

Dah tarik-tarik .. tebar-tebar jadi pulak seperti di atas ni , nampak tak dalam gambar sebelah kiri adalah doh yang belum di tebar , sebelah kanan yang ala-ala bunga ros tu adalah roti canai yang telah di tebar dan di gulung. Itu yang buatkan roti canai jenis ni lebih ranggup.

Dan roti canai yang telah siap di bakar atas kuali leper …

baby laila
baby laila

Baby tengah buat muka kesian nak tolong .. tolong katanya .. Resepi sila google , saya main campak je bahan-bahanya hikss.. dulu .. 6 tahun lepas saya buat tak jadi , sekarang baru rasa nak buat ,jadi pulak tu ,kalau tak malu lah dengan anak-anak. Ingat dulu-dulu .. masa mak saya buat roti canai .. macam mana baby dalam gambar tu macam tu lah saya adik beradik duduk keliling talam tengok mak buat , muka haruslah muka simpati begitu baru mak kesian, lepas tu mak bagi lah seorang sejemput tepung untuk kami uli-uli, buat ala-ala tanah liat tu haha..Memori ku ~

25 Comments

  1. Ummi Hanie 8 February 2012 Reply
  2. titan 5 February 2012 Reply
  3. zie fauzi 5 February 2012 Reply
  4. yanmie 4 February 2012 Reply
  5. Yumida 4 February 2012 Reply
  6. mama adam 4 February 2012 Reply
  7. izan ishak 4 February 2012 Reply
  8. TopiJerami90 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
  9. puan kutu 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
      • puan kutu 5 February 2012 Reply
  10. fieda 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
  11. adele 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
  12. Gen2Merah 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
  13. akubiomed 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
      • akubiomed 4 February 2012 Reply
  14. yayansmum 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply
  15. kakchik@ella 4 February 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 4 February 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.