Memborong di Plaza GM Kuala Lumpur

Dah lama nak share benda ni , tapi itu la sibuk memanjang. Plaza GM KL merupakan tempat memborong terbesar di Malaysia. Telah di catatkan di  dalam Book Of Record juga. Pelabagai barangan tersedia untuk di borong , tinggal lagi pengunjung hanya perlu membawa duit. Jika ada yang ingin berniaga online , berniaga sambilan atau berniaga di pasar malam , ini lah tempatnya untuk mendapatkan barangan dengan harga borong dan berbaloi-baloi.

PLaza GM KL

Buat  gaya macam iklan zalora dalam tb “Kasut , mainan , tuala , tudung , minyak wangi , kerongsang dan pelabagai barangan lain ada di Plaza GM KL “

Ahaaa .. kelakar. Mula-mula sampai sini terkejut ya amat , suasana lain dari kedai-kedai biasa. Jangan sibuk tanya kalau tak nak beli konsep diorang berniaga. Diorang jawab benda-benda penting je , semua urusan cepat. Beli , bungkus dan bayar .. terus di hantar ke bonet kereta.

Pantas.

Biasa saya beli dengan banyak dan hantar ke kampung , emak saya berniaga secara sambilan. Untung memang berganda-ganda , walaupun di jual di kampung dan di beli di KL harga masih murah.

Seronok berniaga ni , kalau saya duduk kampung dah lama saya berniaga di pasar malam. Pernah bawa mak dan ayah datang , kemain diorang membebel sebab tempat sibuk sangat , ada 7 tingkat dan kami jalan ke semua 7 tingkat. Letih tak ingat.

GM Klang

Tempat menjual permainan ini bukan di Plaza GM ye .. di bawah bahagian tepi-tepi berdekatan dengan Plaza GM , kena pandai cari tempat dan pilih barang . Biasa la .. kalau barang murah sangat ada yang tak kena.

Koleksi Rahsia! Senarai Pembekal di Malaysia

Si Laila berkenan motosikal kecil ni , tak terbeli lagi. Setiap kali datang , walau pun banyak permainan princess , patung-patung comel-comel tetapi semua anak dara saya akan pilih mainan dengan remote control seperti kereta , helikopter. Tak de pandang permainan pompuan pun.

Plaza GM KL di buka setiap hari dari jam 10 pagi ke 7 malam sahaja. 6 petang diorang dah berkemas.

Ada video sewaktu di sana , nak upload tak lepas …huuu ~

giveaway

Nak tak gelang tangan ni ? kalau nak sertai giveaway di bawah ye >> apa lagi joinnnn ~ hadiah adalah hasil rembatan di GM Plaza KL ye ..

 

54 thoughts on “Memborong di Plaza GM Kuala Lumpur”

  1. As salam saya radio kecil…JDC yg ada botton 123…ada siapa boleh bantu
    Kawan saya cakap gm plaza ada 01113323234

  2. Kalau di Malaysia ade Plaza GM Kuala Lumpur, di Pontianak ade Ayani Mega Mall. Kayaknya seru bisa berbelanja di pusat perbelanjaan terbesar di Malaysia ini. Insya Allah ada jodoh dan rejeki, amin…

  3. Nor 'Arifah Ibrahim

    Saya peniaga dan pemborong… BEG, TSHIRT MUSLIM, MUSLIMAH, KANAK2, BAJU MUSLIMAH, MENGANDUNG, MENYUSU…

    Saya dah pergi GM chow Kit, GM Klang, Kenanga Mall…

    Tawaran Harga murah,
    1. GM, Chow Kit
    2. GM Klang
    3. Kenanga Mall

    Kepelbagaian jenis barangan jualan,
    1. GM Klang
    2. Kenanga Mall
    3. GM, Chow Kit

    Kemudahan/Facilites,
    1. Kenanga Mall
    2. GM Klang
    3. GM, Chow Kit

    Instagram : fira.azwa @ My Inspira
    Facebook : FiRa Azwa (Nor ‘Arifah Ibrahim)

  4. saya nk bli borong seluar legging tuk dewasa..cari kt google semua harga rm8 ke atas klu borong..sama mcm harga bli kt kdai je..klu ade yg jual seluar legging memurah boleh la wassap sy 0123433856..tq

  5. Puanbee…..bln mac ni cdang2 aya nak ke gm klang nak cri brang2 utk s jual…apa cdangan puanbee ttg biania ni..tq

    1. GM kl xberape best….dkt ngan opis sy.Sy berniage online..nk ke gm klang jauh sgt.Nk daftar ni lm ade ssm plk.

  6. siti silawati arip

    assalam dear…. blh bagi no contact x atau contact sy sb sy nak cari pemborong beg kat gm… sy peniaga secara kecil kecilan mohon bantuan yer tq

  7. Plaza GM KL saya belum pernah sampai. Tapi kalau GM Klang dah beberapa kali. Memang berpinar2 mata ni tengok tudung dan brooch. Murah plak tu. sebelum raya haji ari tu, pegi GM Klang borong tudung sedozen. Dapatlan murah RM27. Mana nak dapatkan!! Kat pasar malam pun RM 45. De Salma. Saya tolong beli untuk rakan2 jugak, tu yang sedozen tu…hihi

  8. ini lebih kurang macam shopping mall Kenanga dkat KL la kan? Tapi Kenanga tu cam pening je nak pegi.. hehe

  9. Nice article. Kalau kat KL, Plaza GM memang bagus tapi kedai-kedai yang ada tak sebanyak GM Klang. Kalau anda berada di Shah Alam atau PJ, pergi GM Klang sajalah, lagi banyak pilihan, parking pun murah. Restoran dan medan selera pun ada.

    Kedai kami berada di dalam GM Klang. Pemborong aksesori wanita sejak GM Klang dibangunkan sehingga sekarang. Datanglah ke kedai kami di 2F-15 dan 2F-13 di tingkat 2, GM Klang.
    Kalau saudara saudari nak cari Pandora Inspired, datang ke 2F-13.
    Kalau nak cari barang barang seperti gelang tangan, rantai-rantai beraneka jenis atau kerongsang, datang ke 2F-15.

  10. Assalamualaikum. ..puan saya berminat nak jual towel gm nie…boleh kita bersembang…boleh puan beri no tel puan…terima kasih

  11. Pingback: TOP 10 Entri Di Blog Puanbee Ogos 2013 | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  12. Pingback: Website rasmi GMKlang untuk mendapatkan barangan perniagaan secara borong online. | Puanbee.com - Kisah peribadi tak terlalu peribadi

  13. penat dah klik-klik ni puan bee oi… kalau tak dapat gak tak tau la kan ekhekhekhkehkehe…

    blum penah ke sini, may be satu ari nanti, setelah duit banyak kan..

  14. Pingback: Idea buat Contest & Giveaway di blog | Puanbee.com | Diari Ibunda

  15. Apa yang anda rasa apabila singgah di Puanbee.com ?

    Rasa seronok dan gembira bila tengok orang lain turut gembira dengan kehidupan hariannya.

  16. Q Apa yang anda rasa apabila singgah di Puanbee.com ?

    A – dah lama tak blogging apatah lagi BW.. dah miss byk perkembangan blog kawan2 & perkembangan kawan2 blog.. blog bee pun dah lain..
    “Diari Ibunda” tu satu penjenamaan yang bagus.. 😉
    Alla the best bee..

  17. Puan Bardboo

    Bard suka lg pergi GM Klang. Lagi selesa. Tapi selalunya pergi takde la memborong sangat pun.

  18. Q:Apa yang anda rasa apabila singgah di puanbee.com
    A:Saya rasa blog ini sangat menarik,byk info terkini terdapat di dalamnyer..dan ada juga beberapa info yg boleh dijadikan panduan.

        1. Assalam…ada sape2 tahu tak cara penghantaran barang niaga spt pakaian dlm kuantiti yg bnyak ke sabah…katakan dlm 400kg…anggaran kos bape ye..??? Mohon tunjuk ajar drpd kawan2 semua…tq

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *