Membeli belah di ikea – reward diri

Membeli belah di ikea – reward diri

Assalamualaikum .. tajuk kali ini reward diri pula. Siapa suka reward diri sendiri ? atau siapa yang kata itu semua alasan je nak shopping ? Dulu saya jenis ada duit simpan untuk kecemasan konon nya. Kemudian duit habis juga. Lepas tu dah selalu sangat agaknya duk fikir kecemasan tu sampaikan macam doa pula. Malangnya di makbulkan. Sabar je lah dengan dugaan kan. Tahun 2017 ni tak nak dah macam tu. Tahun 2017 ni masa untuk enjoy dan fikir benda baik baik je. Selalu lah fikir kita ni akan kaya raya dunia akhirat dan dapat bantu orang.

Sempena pindah rumah baru dan blog ada job besar yang dapat RM 4 digit ,dah pasang niat nak shopping barang ikea. Saya dah puas hati dapat shopping barang ikea walaupun bukan untuk diri sendiri pun.

Mak mak sangat saya ni.

Itu hari seolah olah lupa ingatan sekejap , seronok lah shopping wehhh .. saya belikan katil untuk anak-anak dah lama mereka tidur beralaskan tilam biasa je. Memang hajat nak buat bilik mereka cantik cantik. Tapi sekadar mampu lah.

Beli 2 biji katil ( satu katil single dan satu lagi katil single bertingkat ) , beli satu set meja makan ( papan meja , kaki meja x 2 , dan kerusi x 4 biji ), 1 set rak buku , 1 kerusi malas untuk ayah nya dan lain lain benda kecil tupperware dan barangan dapur. Harga baru RM1200 ++ tak ingat pula.

Murah kannnnnn .. 

Cuba tengok ada ke barang ibunya ? ada juga benda yang ibu teringin tapi tak mengapa lah . Lain kali je. Ibu lebih obses pada emas dari barang-barang hehe

Nasib baik muat kereta tapi anak anak semua terpenyek lah. Penuh kereta innova tu. Nasib baik lah juga rumah dekat dengan ikea  , barang yang paling besar tu papan meja dengan besi katil.

Geram juga dengan balang-balang kaca ikea , rasa nak beli semua. Tapi saya bukan rajin sangat menyusun dapur .So memang biarkan dapur se minimal mungkin. Bukan malas , tapi saya ada banyak sangat kerja tak sempat lah wehh .

Ni lah meja yang saya beli. Tapi tersilap ambil papan atas tu , nama barang ni memang semua tak ingatlah. Kena tengok resit balik. Nanti lah update balik entri ni. Masa nak ambik meja ni dan barang-barang lain memang dah penat sangat , Perut pun lapar. Ikea besar kawasan nya dan ramai orang. Memang kelam kabut.

Di bawah ni saya belum beli lagi. Ni wishlist saya. Comey sangat meja ni warna pink . alahaiii .. bukan nak letak makeup tapi nak buat meja menulis blog , Moga ada banyak idea ter inspirasi giteww.. Harga dia bawah RM400 pula tu. Eii gerammm

Nanti nak melawat ikea lagi , kawan kawan dah kirim memacam , tupperware , bakul baju , pan , jam , pinggan mangkuk dan berbagai2 nak bawa balik taiping nanti. Sangat seronok shopping terapi minda.

Para suami kena belanja wife setahun sekali. Baru lah rasa di sayangi dan di hargai. Dalam kes saya. Beli sendiri pun takpa dah seronok sangat dah.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

9 Comments

  1. memang keja nak memborong ja kalau termasuk dalam ikea ni 😀

  2. Meja kaki tu kukuh tak bee? Alaaa mcm best plak. Nak beli tapi mesti laki cakap dah xde ruang nak letak hahaha. Tak tahu nak sumbat mana dah, tapi suka meja tu nampak kemas

    1. Author

      meja tu kukuh tp jenis tk melekat pun kak , kalau nak kaki melekat kena beli jenis bulat .. sesuai untuk buat kerja

  3. barang-barang dari ikea memang bagus-bagus,,, tapi takut mau coba beli,,, takut mahal,,, 😀

    1. Author

      nanti mai rumah bee kita g ikea , dekat je hahah jangan sebak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *