Meehoon + Teh Hijau = Makan

Morning , hehehe seronok pula saya update pasal diet jer ni , selain dari saya boleh dapat jadikan motivasi diri saya dapat juga jadikan sebagai motivasi buat kawan-kawan yang turut sama nak berdiet , allhamdulillah .. baca komen puan kutu dan een , memang memberi dorongan buat saya.

Hari ni sarapan apa ?

saya bersarapan meehoon goreng , memang hari-hari kena masak sarapan , anak-anak bawak bekal kan .. lagipun hari ni lapar betul , malam tadi makan epal je .. semalam tak sentuh nasi langsung tu yang rasa lemah sikit , orang malaysia kan mana buleh berenggang dengan nasi tu …

dan Teh Hijau ..

Teh Hijau sangat baik untuk buang toksin , so mari lah kita ..

meehonn dan teh hijau

saya bersenam sikit je hari ni , jogging pusing padang 10 minit , buat regangan badan sikit dan lompat bintang 10 kali , muahaha ..risau si kay tak bangun lagi , takut kang saya berlama-lama di padang dia terlepas waktu pergi kerja pula .. istiri mithali katanyaaa….

sambil buat entri denga lagu di gomo .. jom2.

News Reporter
Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

62 thoughts on “Meehoon + Teh Hijau = Makan

  1. paling baik minum teh hijau sewaktu pagi bukan malam. setengah jam selepas bangun daripada tidur. ni salah satu cara untuk aktifkan metabolisme badan.

  2. kehkeh..lg byk baca entri nak diet,lg bermotivasi kutu.hari ni dah bfast berat, tgharie n mlmmakan gitu2 jer..bykkan minum air kosong..yes!!haha mari kita tgok siapa yg berjaya turunkan berat badan dulu, semangat nie..hihi

  3. leh tiru diet cara aku.

    pagi..breakfast. roti sekeping ke..epal ke..
    pastu..jogging. paling cikai 15 minit + senaman apa yang patut..
    tengah hari..makan cam biasa..
    petang.. jogging lagi..30 minit + senaman cam angkat dumble ke..angkat besi ke..pumping ke..
    malam.. makan buah aje..

    ulang-ulang.. dalam 2 bulan. aku hilang 10 kilo. haha.. tapi memang jadi gila kejap la jugak. Haha..nasi, daging, ayam..memang aku kontrol. Memanjang makan ikan dan sup aje..

  4. owh dah lama tak goreng bihun

    pagi td sarapan roti..tengahri roti…ada jamuan hi-tea tadi makan laksa penang…diet juga kot..hehehe

  5. bihun … fevret hanie tu … lama xmasak sbb xde stok bihun :p

    teh ijau den xbrape gemor tp ia sgt bagus utk nyahtoksin kan..kan …

    betul ckp kak yan tu..diet xleh berlapar…mkn sikit2 tp kerap2

    adei bile le den nk start wat sit up ni ??

    1. jom nis , start sekarang ..

      hehe hasut org untuk turut serta …

      jangan nak buat entri makan je ..

      wahahhaa .. bee suka , kalau tk minum teh hijau bee akan lama tk pergi ke “bank”

    1. he he he .. amboii nak ke karnival tu hari apa bro ?

      ala sy biasa gitu bukan semasa semangat berkobar2 ni je , memang malam malas nak makan , suka tunggu esok pagi baru makan

  6. perlahan2 ye bee, sikit-sikit, lama jadi kecik, hik!
    teh hijau tu bagus bee, ummi minum jugak sekali sekala, gilir2 dengan minuman lain.

  7. bee kalau nak betul2 kurus,jangan sentuh pun nasi tau..akak pernah amalkan selama 3 bulan memang langsung tak makan nasi cuma makan bihun goreng,roti dan makanan2 lain yg ada dalam rumah KECUALI nasi..dalam seminggu akak turun 1kg tapi senaman langsung tak pernah buat dalam masa berdiet tu..malas..hehehe

    1. kalau akk buat lagi ler slim ek ..

      bee tk boleh kalau tk jamah nasi nanti terketar2 , kepala sakit .. nak jaga nak pun tk leh bahaya .. tp selang 2 -3 hari tu ok leee

  8. teman kalau minum milo tak tambah gula, susu pekat langsung teman tak minum…keculai kalau kat kedai kopi, dah tak minum minuman bergas, seperti coke, coca cola dan yang sewaktu dengannye…minuman berais ketulpun dah tak minum lagi…dah tukar dari gula putih kepada brown sugar….

  9. nak diet, Tetapi banyakkan bersenam dan jaga pemakanan.yang kurang gula, kurang kolestrol dan lebihkan buah-buah. Dalam sebulan aje..leh turun banyak kalau kena caranya.

  10. selamat berdiet bee..sy bab tahan lapar ni dah x lalu dah..dulu suka diet tahan lapar..tp bab kata yanmie..mmg bagus utk kesihatan..

    apa pun…semoga bee success dengan diet bee..

  11. Kak Nurul pun nak berdiet tp x tahu bila nak start tambahan pula hubby kak Nurul ckp body kak Nurul skrg dia tgk dah ok just turunkan lemak kat perut je…….

    1. lemak di perut buat sit up je kak nurul , diet tu tk de sgt banyak kan minum air kosong je , sy ni seluruh badan nak di buang lemaknya ..

      jom lah mulakan sekarang ye kak nurul .. kalau tk nak kurus pun untuk kesihatan

  12. Salam Bee,

    Dalam berdiet tak boleh lapar bee, tu diet tak sihat namanya, bee boleh je ambil apa pun makanan tapi dalam kuantiti sedikit, balancekan pengambilan makanan, contohnya kalau ambil air manis secawan, bee kena ambil air masak sebanyak yang mungkin untuk meneutralkan balik gula tu, kalau makanan pulak macam nasi ambil sekali sehari dalam kuantiti sedikit, banyakkan sayur2, kalau benda ni bee abaikan bee dah siksa perut bee.

    biarlah kerap makan supaya badan tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. kalau rasa terlalu lapar tu yang membuatkan kita akan makan dengan lebih banyak, so dah sia-sia disitu

    macam akak sebab ambil HL shake, semua tu dah ada dalam shake, akak cuma perlu makan hidangan biasa sekali je sehari, so memandangkan sekali je boleh makan hidangan biasa, akak pastikan menu akak tu menarik dan sedap, yang penting tidak terlalu berminyak dan berkolestrol tinggi serta kuantiti yang sedikit, minum air dulu sebelum makan, insyaallah kenyang lama hehee, kalau lapar juga ambillah buah-buahan dan air masak.

    kalau air masak tu pula toksah cakaplah berapa liter akak minum, sebab dalam semua ni air masak tu yang penting, kalau malas minum air masak tak guna nak berdiet, air tu membantu dalam sistem perkumuhan, lagi kerap ke tandas lagi bagus 😀

    1. betul juga cakap kak yan tu, diet jangan sampai berlapar nanti datang penyakit lain pula,,,senang je bee…ingat ni saje ‘ berhenti sebelum kenyang’ insyaallah tidak akan memudaratkan

    2. air masak memang kena minum banyak bee tau … dedulu bee pernah pergi stokis HL , lepas tu diorang sarankan bee minum 3000 L sehari huhu tk pernah cukup lagi ..

  13. Teh hijau takpenah minum lagi 🙂

    Myra dok tengok diorang diet makan scramble egg dengan salad buah 🙂

    Apapun teruskan usaha ye Bee 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *