Master Chef Kecil Buat Cup Cake

Aktiviti malam sabtu kelmarin , ada kawan order cupcake 100 biji , saya memang tak larat nak buat seorang , nasib ada anak dah besar panjang,sikakak tulah dan dia pun minat masak nampaknya. Boleh juga di harapkan , tapi macam biasa lah , tak boleh lari dari penyibuk cilik tu , geram tengok dia .. macam-macam kerenah ..tapi una tak de , dia tidur awal pulak hari ni , kesian pulak kat dia so memang tak kejutkan dia , kami buat kek ni dari jam 8 malam. Sehingga jam 12 kakak dah masuk tidur , dan saya masih tunggu kek di bakar dengan laila bee tu sampai 2.30 pagi kot lebih kurang lah.

master chef kecil malaysia

Dalam proses nak mengadun dan menyediakan bekas jek , tapi jadi kelam kabut sebab kan budak kecik ni.. laila bee .. hahahahaha..

master chef kecil malaysia

Kakak semakin ayu le pulak.. puji anak sendiri ..

master chef kecil malaysia

Uli-uli , tepung ada lah sesudu kot , memang bagi laila main tepung tu kalau tak dia mengacau ,tak senang nak buat kerja ..

minum susu

Dah siap ..katanya .. “penat , nak cucu”

cup cake - aurora - strawberry - strawberry coklat

Hasilnya .. ada 3 jenis cupcake , strawberry cupcake , Aurora Cupcake dan juga Strawberry coklat .. semua hantar ke rumah kawan dah pun ..lincin..resepi coming soon , saya ada janji nak letak resepi Aurora cheese kan .Tunggu  yek .. Gambar tak cantik pakai Telefon N79 saya yang dah remuk skrin nya ..

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

47 Comments:

  1. hoho..comel la chef kecil tu.

  2. Pingback: Resepi kek : kek Aurora Cream Cheese — Puanbee Cool

  3. bee okay yek anak duduk mengadap buat kerja,saya walaupun anak ramai saya tak selalu minta tolong…takut lagi lambat siap…cantik cupcake bee..

  4. laila bee yg lebih2 ni nampaknya nk jadi chef..hihi…

  5. sedap cupcake nih, segala resepi dari blog boleh dikumpul buat ebook nih

  6. rasa berminat pula dan berhasrat untuk menjual di sekitar kampung. Macam mana nak buat ye?

  7. ape lg bee.. boleh le launch biz cupcakes ! serius wa cakap lu ni .. bukan maen2… haha

  8. rajin anak2 dara bee menolong..amik order ekk bee?bagus betul..nak bukak kedai jahit?jom kita joint venture.kihkih..

    tggu resepi dr bee..:)

  9. Wah… Kalau dah ade pembantu, kerja jadi mudah la kan kak. Tapi jangan pembantu buat perangai sudah la.

  10. Amboiiii.. rajin sungguh si comel main masak2 didapur..
    nak bawa ke sekolah ker??

  11. cita2 nk buka kedai jahot? gud2 boleh la tempah sokmo..

  12. cepat letak resepi..jangan tunjuk je..jeles ai tau..hihihi 🙂

  13. tiba2 rasa nak order pula…
    tengok pun dah sedap..
    belum rasanya lagi..
    eheheee

  14. Ada pembantu bolehlah ringankan beban kalau tidak tak menang tangan untuk buat semua.

  15. bestnya ada pembantu yang boleh diharap….
    hihih… nantikan resepinya 🙂

  16. alaaa tomei tomeiiiii.. part minum cucu tu paling kiutttttt hehehe

  17. Ibu Mifzal Arsyad

    untung ada anak pompuan..leh tolong mama kat dapur..cute je gambar penat masak tu..

  18. Yg laila bee tu lah yg paling sibuk …….

  19. banyak betul pembantunya..lepas nie boleh la bukak bakery coz ada pembantu yg rajin tolong

  20. bekas jalur-jalur tuh comel..

  21. Wahaha.. Lepas ni sudah boleh buka kedai! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *