Manusia

Manusia suka agungkan title , contohnya title suami .. isteri kena hormat suami walau apa pun terjadi. Suami pun bukan semua perfect macam Nabi. Isteri pun bukan semua perfect macam malaikat. Semua tak sempurna. Bila isteri dah mula berperangai pelik , suami kena tengok apa salah yang dia da buat. Tapi tak . Dia lah manusia paling sempurna sampai tak nampak langsung salah dia. Kalau lah isteri tu tak sabar dan di canangkan satu dunia salah si suami. Comfirm tak akan ada yang hormat lagi si suami tu. Sebab ada orang lain akan menilai kita . Sebab manusia tak sempurna. Selalu ada salah.

Tetapi manusia ada yang banyak berfikir tentang perasaan orang lain. Dia akan jadi kepada hampir sempurna. Percayalah.

Contoh lagi antara bos dan pekerja , antara ibu dan anak , antara kita sesama kawan. Mana ada yang perfect. Semua orang patut rasa marah. Semua orang patut di pujuk di sayangi. Semua orang boleh luahkan pendapat. Bukan di buli. Di hamba abdikan. Kena faham part ni. Bila dah lama sangat di sakiti , hormat akan hilang. Sayang semakin menipis. Hinggakan satu masa tak ada apa yang tinggal. Masa tu jangan tanya siapa betul , siapa salah. Dua pihak dah rugi.

 

3 Comments

  1. Malaysia Sentral 2 October 2016 Reply
  2. Oyong Ilham 2 October 2016 Reply
  3. Bahrain 27 September 2016 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.