Mandulkan Kucing Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Taiping

Share

Dah lama berniat nak mandulkan kucing ni , antara sebab saya nak sangat mandulkan adalah kerana faktor tempat tinggal saya sendiri memang tak sesuai membela haiwan. Sebelum saya mengambil kucing-kucing ini untuk di pelihara dah banyak kucing lain terbiar , di pukul , di marah kerana mencuri makanan rumah orang , di buang kerana membuang najis di anak tangga. Tak lepas juga ada yang membaling anak kucing dari tingkat 4 ke bawah. Pernah juga saya tengok anak kucing mati dek kerana masuk ke tempat yang terletak meter elektrik , macam mana anak kucing tu masuk ke situ saya tak tahu la..

Kebetulan ibu kucing beranak di rumah saya  , maka saya tak sampai hati nak buang anak kucing itu , 3 ekor saya beri pada orang lain untuk bela , 2 orang tu adik saya sendiri di Taiping dan kakak ssaya sendiri. Seorang lagi adalah blogger aziewan.com.

Kemudian ibu kucing yang sama beranak lagi 6 ekor anak kucing , saya tak sanggup nak bela … dan biar je anak kucing dengan ibu tersebut , entah kemana orang buang mereka dan tinggal hanya seekor anak kucing. Sedih mengenangkan nasib anak kucing tersebut. Susah untuk saya ambil dan bela semua nya ..

Jadi …

kucing

Kerana sayang la saya ambil keputusan untuk mandulkan 2 ekor kucing saya ni , seekor betina , seekor jantan .. agar tak membiak ,,, kerana saya tak mampu bela dan agar tak ganggu jiran-jiran saya.

Dah tanya ustazah hukum nya harus , sebab niat tu baik bukan saja-saja nak mandulkan kucing .. kalau saya tinggal di kawasan luas , ada tanah memang boleh bela banyak kucing . Namun tak sampai 50 ekor juga kot… 

mandulkan kucing

Dah sesat – sesat cari tempat ni , telefon pihak jabatan berkali-kali , pusing Taiping segala saya sampai la … sekali lupa kasi kucing puasa la … ye la .. dalam kepala fikir ,.. kejap lagi nak mandulkan dia , kot tak selera makan , nanti sebab sakit .. kita bagi dia makan banyak-banyak .. sekali kena biar kucing puasa selama 12 jam …. wahh balik la dengan tanpa buat apa-apa .. esok kita pergi lagi.

Bayaran PERKHIDMATAN MANDUL KAN Kucing betina RM80 manakala kucing jantan RM50. Terlupa nak tanya had umur sesuai untuk kucing di mandulkan , tetapi kucing saya 7 bulan dah boleh di mandulkan.

Proses memandulkan kucing jantan di panggil Neuter manakala bagi kucing betina di panggil Spay. Neuter adalah proses di mana ke dua-dua testikal kucing jantan akan di buang. Dan Spay pula adalah pembedahan di bahagian uterus , tiub fallopio dan ovari kucing betina akan di buang. SUMBER — > Langkah-langkah sebelum dan selepas mandulkan kucing.

No telefon Jabatan Perkhidmtan Veterinar Taiping – 05 – 807 2703 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

10 Comments:

  1. elokla mandulkan… beranak pinak laju sgt kucing2 ni

  2. kalo utk kebaikan bersama..ape salahnye kan..

  3. kita suka nak bela kucing…tapi kawasan tak mengizinkan…hmmm

  4. setakat ni tak pernah cuba mandulkan..mungkin nanti mikhail dah besar nak bela kucing saya pun cuba la cara nih..

  5. bertuah kucing ni dapat tuann yang perihatin. nampak laila gomol kucing macam gomol baby dah….

  6. kucing xde mati pucuk ke??hehe

  7. Bagus juga mandulkan nanti terbela sikit kucingnya…

  8. Lepas ini makin subur kucing-kucing setelah dimandulkan.

  9. Bagus info ni kak, bagi pecinta kucing macam kita, Azie ingat nak buat juga tapi tunggu dulu la kot, ingat nak tengok juga anak2 putih lahir.

    • tunggu putih beranak sekali , cr baka yg kembang2 best la azie …. akk nak mandulkan di taiping , kl susah , akk tk tau jalan sgt ..taiping pun sesat juga akk ni .. adeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *