Make 11.11 Fly – Traveloka ada buat promosi sempena sale 11.11 tahun ini.

Assalamualaikum dan hai sekali lagi. Puanbee tengah rajin nak menulis ni. Meh nak kabo kan promosi terkini sempena 11.11. Semua website online sibuk la buat promosi 11.11 ni. Puanbee pun sibuk la ambik tahu kot kot ada yang berkenan kan. Pssstt 11.11 besday anak lelaki saya. Meh bagi hadiah meh. Ada yang berhajat nak fly fly dengan keluarga sempena cuti sekolah atau korang yang dah memang kerja 24 jam fly tu mari lah tengok promosi terkini TRAVELOKA. Jangan lambat bertindak nanti melepas.

Pada

10.11.17

11.11.17

12.11.17

Traveloka mengadakan promosi pergi ke mana sahaja.
Minimum 2 pax termasuk penerbangan pergi balik. 

KLIK LINK INI UNTUK MELIHAT DISKAUN TERKINI – > https://www.traveloka.com/en-my/

Take noted ! take noted !  jangan lupa tunggu promosi dari TRAVELOKA ni. Rugi sangat lah kalau lepaskan peluang.


Korang kalau nak melancong macam mana perancangan korang ? kalau saya selalu survey tiket paling rendah. Maklum lah ramai kan. Mak ayah campur anak dah 6 orang. Kalau lah dapat tiket dengan diskaun sebanyak 70% wah untung nyaaaaaaaaa … tak payah 70 % lah .. kalau dapat 50% pun best gila dah tu.

So macam mana cara nak book tiket tu nanti ?

Korang rancanglah sekarang cuti bulan 12 ke .. pilih tempat nak pergi , survey harga sekarang dulu. Kemudian pada 10.11.17 sehingga 12.11.17  nanti korang tengok website Traveloka dan terus book jika harga kedaboooommmmm murah.

Jangan tangguh-tangguh rugi kalau lepaskan peluang.

 

Saya tak nak pergi jauh , dapat pergi ke Kundasang Sabah pun best dah. Langkawi ke … haha eh tapi tu dalam negara pulak. Teringin nak pergi makan seafood fresh-fresh dan murah di sana. Tengok  korang share di facebook bukan main lagi ek. Kesian mak buyung teringin ambyat dengan gamat fresh. Hahaha …

Si kecik syamim tu kemain dari kecik sebut nak naik kapal terbang. Siap cakap mak dia tak boleh naik sebab ibu besar. Dia sorang je nak naik. Kesian anak aku. Teringin naik kapal terbang

Teringin juga la nak bawak dia Fly fly away dari Malaysia ni. Sebenarnya saya pernah fly sendiri di temani adik dan 4 orang anak. Syamim masih baby umur 4 bulan masa tu. Tapi tak lah jauh sangat. Kami pergi Bandung sahaja. Ayah nya masa tu kerja di Jakarta. Jadi ayah gerak dari Jakarta ke Bandung. Saya dari Malaysia ke Bandung. Jumpa di sana . Sengaja saya pilih hotel berdekatan dengan bandar , jadi nak makan  nak kemana pun senang. Baby demam masa tu sebab sejukkkk .. turun dari kapal terbang dah terasa sejuk sampai ketulang.

Ni bulan 12 ke atas ni memang sejuk lah rasanya. Kami pergi dalam bulan 3 macam tu. Sejuk.

Semua tiket saya beli online. Di Malaysia saya dah rancang tiket pesawat pergi balik. Hotel di boking dan bayaran semua saya dah  buat siap-siap di Malaysia . Saya dah tulis siap-siap nota nak kemana dan perancangan 3 hari saya di sana.  Semua research dan harga saya dapat dari website seperti Traveloka ni la. Sempat lah pergi melawat ke Tangkuban Parahu tu. Tengok gunung berapi dari dekat.

Tak susah pun travel dengan anak-anak kecil , Malahan seronok dan teruja . Kalau ada rezeki nak pergi lagi melancong kemana-mana. Australia pun macam best. Nak pergi duduk ladang buah dia tuh.

Alamak jap lagi saya je lah bookig tiket tu yeee.. DUIT mai kat ibu lekaih! … Ibu nak melancong ni oiii…

Macam mana nak dapat kupon da diskaun di Traveloka ni ?

Download applikasi dia cepat. Download sekarang tau . Nanti 10.11.17 dah boleh mula survey harga dah . Bulan 12 nanti dah boleh fly. Untung kan macam tu. Zaman sekarang , mana ada promosi yang best best tu kita serbuuuuu .. rugi kalau lepaskan.

Klik link untuk lihat promosi bermula 10.11.2017 hingga 12.11.17 — > https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111

Android boleh download di Google Play manakala iPhone boleh download di Appstore , percuma je .

Cara dapatkan kupon dan diskaun hebat TRAVELOKA 

Cara pembayaran Traveloka 

Yang bagusnya Traveloka ni , kita boleh pilih nak bayar dekat mana. Ada banyak cara pembayaran , tak payah lah buka akaun kad kredit semata mata nak booking Hotel dengan Kapal Terbang. Susah kemain ,  kami dulu nak bayar Hotel di Bandung kena pakai kad kredit.

Tips membawa anak kecil melancong 

  1.  Pastikan semua passport di pegang oleh seorang yang paling di percayai dan tak pelupa lah. Ni perkara paling takut. Kalau hilang susah.
  2. Semasa booking tiket pesawat , booking makanan sekali. Kami kelmarin nasib booking makanan , anak punya la lapar tetiba. Sebelum naik pesawat tak lapar , tetiba pesawat dah gerak lapar sangat pulak dah.Makanan dengan anak saya memang penting. HIHIHI.
  3. Semak keadaan cuaca awal-awal. Saya tak bawak baju tebal-tebal masa pergi bandung , tak rasa cuaca bandung tu akan sejuk kalah genting highland ni. Tak pasal anak demam dan kami kena cari dan beli baju tebal setibanya di hotel.
  4. Bawa ubat-ubatan seperti penandol, ubat cakit perut, minyak panas, losyen ,  minyak angin dan lain -lain . Kami tak bawa , nak beli panadol syrup pun kemain susah. Maklum lah tempat orang.
  5. Pastikan plastik, air mineral, selendang, blanket, tisu basah, coklat, baju, pakaian , pampers , stroller dan mainan anak  anda dibawa. Ni semua berguna bila anak dah mula meragam.
  6. Anak minum susu botol kena saya tak tahu la bagaimana , sebab saya BF mom. Semua anak BF . Korang kena bersedia kot bab ni.
  7. Sentiasa pesan ke anak-anak alert dengan keaadaan sekeliling. Sentiasa tengok adik beradik lain kot kot hilang terleka.
  8. Ada lagi tak ? korang tambah lah kat bawah.

Pendek kata .. Kalau nak melancong  tak payah takut lah. Cepat-cepat survey dan mintak cuti je .. lepas tu sstandby tengok Traveloka . Tiket murah wehhh …

Kalau ada rezeki nak melancong lagi. Penat dah duduk Kuala Lumpur. Hahaha .. ok bye .. nak habaq tu ja.

11.11.17 banyak sale oiii .. jom serbu semua.

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

2 Comments:

  1. wah.. best ni.. esok dah start…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *