(MAKAN LOG ) Mr Bean Malaysia Bertempat Di The Curve

Suka Makan “Bean” ? Atau Sukakan Mr Bean ? Saya Suka Kedua-duanya… betul ni , bukan lawak tau .. saya suka makan makanan atau minuman berasaskan kacang soya , saya suka juga Mr Bean , saya suka .. saya suka….

Oleh sebab itu .. saya tak menolak apabila saya di jemput untuk merasa makanan yang berasaskan kacang soya di The Curve pada hari khamis lepas.

Sebelum tu … mari kita perkenalkan makanan apa yang puanbee duk kecohkan disini.

The Curve

Tengok gambar di atas … ada ke gerai yang menjual produk makanan segera berasakan soya yang ber set-set macam di atas ? percaya atau tidak .. walaupun saya macam tak percaya .. semua makanan di atas saya dah cuba.. jom lah korang cuba makanan ni .. tak jauh di The Curve dekat-dekat Ikea tu je.

Makanan segera yang menyihatkan dan juga sedap…

Perniagaan gerai segera berasaskan soya mula pada tahun 1995 , rangkaian utama bertempat di Singapore yang kini telah pun berkembang ke China , Jepun , Korea Selatan , Filipina dan sekarang ke Malaysia pula . Gerai Mr Bean yang bertempat di The Curve adalah gerai pertama di Malaysia , ya ..pertama tapi .. bukan terakhir.

Saya bertuah kerana menjadi orang terawal yang di jemput merasa makanan dan minuman di gerai Mr Bean yang pertama di Malaysia ini. Saya cadangkan kalau ada produk baru boleh lah jemput puanbee lagi.

Makanan di Mr Bean

Lokasi :
Lot K-G19-W, Ground Floor, The Curve Shopping Mall, Mutiara Damansara

Tujuan Mr Bean menjemput saya adalah untuk menyebarkan dan memberi pendapat jujur dari orang Malaysia gitu .. so pendapat saya memang akan jujur ikut apa yang saya rasa , tapi Mr Bean bertuah kerana saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam memilih makanan dan soya juga menjadi makanan kegemaran saya.

Mari saya perkenalkan produk MR Bean Malaysia denga komen-komen tak berapa pedas… tau tak masa merasa makanan tu .. saya terbayang saya ni di ibaratkan juri makanan dalam rancangan Masterchef .. awww kemain gediknya .. hehe.
Makanan pertama adalah PENKEK yang di perbuat dari Susu Kacang Soya , tepung dan juga bahan-bahan lain.

Yang saya nak cakap .. PENKEK Mr Bean SEDAP

Ada dua perisa yang saya suka …. Perisa Cheese Dan Perisa Tuna.. yang lain-lain boleh lah ..sebab apa dua je saya suka ? sebabnya sebelum PENKEK MR Bean di keluarkan mereka dah pun fikir , penkek mana yang akan menjadi pilihan bagi pelanggan-pelanggan mengikut usia tertentu.

mr bean

Penkek Mr Bean adalah sangat fresh , bila ada orang order baru di buat , Penkek Mr Bean hanya akan di simpan lebih kurang 4 jam sahaja , kemudian jika tak habis di jual mereka akan buang. Semua nya di lakukan demi kerana menjaga kualiti dan kesegaran makanan dan minuman yang di jual di gerai Mr Bean ,itu adalah kualiti standart yang mereka amalkan.

the curve

Penkek Cheese dan Penkek Custard Caramel , saya suka penkek cheese .. sedap sangat ….. tapi malangnya saya tak boleh makan banyak , cukup sekadar merasa sepotong ..kerana banyak makanan dan minuman lain saya perlu rasa.

Penkek Custard Caramel bagi saya sangat manis , mungkin kerana saya dah biasa makan makanan tawar-tawar .. tapi saya yakin jika di hidangkan kepada anak-anak saya mesti diorang sapu lincin.

Penkek Tuna … ermmm.. sedap sangat … jika saya ke sana lagi mesti akan sambar Penkek Cheese dan Penkek Tuna…

mr bean the curve

Penkek Cheese , telah di potong 4 ..untuk kami merasa.. tak puas makan sepotong ..waaaaa nak lagi..

Selain dari penkek perisa tuna dan cheese yang ada di gerai Mr Bean Malaysia yang bertempat di The Curve ada lagi beberapa perisa lain…

Mr bean the curve

Antaranya Penkek perisa Chocolate , Penkek perisa Red Bean , Penkek perisa Caramel Cystard…
Sedap-sedap belaka , tapi elok di makan ketika panas, jika sejuk kurang aummm .. dah liat sikit.

Kemudian kami di beri peluang mencuba pelbagai jenis air berasaskan soya … Saya belum pernah lagi dapat rasa air soya fresh yang betul-betul classic , soya yang sangat sedap .. untuk mereka-mereka yang diet dan menjaga makanan ini ada berita gembira … Semua produk makanan dan minuman Mr Bean menggunakan gula perang (sugar brown) bukan guna gula putih biasa. Sebab tu lah makanan dan minuman di gerai Mr Bean ni adalah makanan dan minuman paling berkhasiat.

Tak sama dengan produk lain yang telah di bungkuskan atau di jual di kedai-kedai biasa… korang patut cuba sekali … sekali cuba nak lagi..

Mari-mari tengok pilhan air soya nya pulak…

the curve - mr bean

Minuman Soya classic dengan pertambahan 25% gula perang dan Icy Pearly Soya Milk 100% tambahan gula perang.
Saya paling banyak minum 2 jenis minuman soya ini.. Mr Bean saya nak cakap lah .. saya suka dengan cara mereka hidangkan minuman , semua air soya mereka belum di tambah gula , semasa order air mereka akan tanya berapa peratus gula yang kita hendak ..
Minuman soya pertama saya , soya classic tu .. hanya 25% sugar brown yang di tambah.. saya suka ..kurang manis dan rasa soya kaw kaw punya…

Icy pearly soya milk sedap juga.. tapi manis sebab 100% tambahan gula kan , tapi tak pe masih menggunakan gula perang.
Jika penkek mempunyai 4 jam talian hayat , tetapi air soyanya pula mempunyai 6 jam talian hayat , selepas 6 jam , mereka akan memasak kacang soya , memesin dan membancuh semula…
Mereka tidak menggunakan pengawet tambah , pewarna tambahan oleh kerana itu makanan dan minuman mereka tidak tahan lama.

mr bean

Selain dari itu .. saya amat rekomen pada korang untuk mencuba Smoothie Manggo ni .. manggo campur soya ..perghh sedap dan tidak terdapat di mana-mana lagi.

Selain dari 3 minuman yang saya suka di atas , ada banyak lagi pilihan lain…antaranya …
• Soya + Cendol
• Soya + Tembikai
• Soya + sirap jadi bandung

Semuanya unik dan sedap , memenuhi citarasa semua orang lah saya kira

Apa yang harus di tekankan disini adalah

Mr Bean Soya Bean Attributes – Non-genetically Modified (NGMO), Identity Preserved Soya Beans, Premium Grade I, High Protein

Maksudnya , kacang soya yang di pilih adalah kacang soya bermutu tinggi , premium 1 , Tidak ada perasa tiruan , pengawet dan juga tinggi protein.

Produk lain pula…. Hehe .. banyaknya.. siyes .. saya rasa sikit-sikit tapi perut senak betul malam tu … Aiskrim Soya Classic dan juga Aiskrim The Hijau.

mr bean

Aiskrim soya classic .. aiskrim nya ada 2 perisa sebenarnya .. satu perasa Teh hijau .. tapi ye lah .. mana larat nak cuba lagi .. aiskrim saya pun tak luak .. satunya saya tak suka sangat sebab manis .. tapi ada orang tu sampai lincin dia makan .. hehe ..sorry bro..lawak-lawak aje ..

Ni lah aiskrim yang bro tu makan , dia tambah coklat rice .. sedap agaknya ..lincin dia makan .. haha … nak tau sapa bro tu ? Rahsia .

Tau Fu Faa dengan bebola beras berintikan kacang dan juga red bean.. perghhhh ..– Dalam gambar petak no 3.

Last sekali … saya rasa Tau Fu Faa nya pulak .. saya membuat ramalan Tau Fu Faa ala-ala macam yang di jual di pasar malam , tapi ternyata ramalan saya tak benar belaka. Tau Fu Faa ni lagi sedap … dan ada kelainan sebab ada bebola beras tu .. Tau Fu Faa nya pulak lincin sangat .. masuk dalam mulut cair.. masuk cair .. perut pun dah sempit sangat .. jadi saya mintak tapauuuu .. memang tak tahan .. boleh buat saya terbayang-bayang setiap masa.

OK Lah .. saya bebel panjang sangat dah ni …. Tak guna kalau saya taip lagi panjang .. baik korang terjah je terus ke Gerai Mr Bean di The Curve tu .. alaaa saya tahu ramai yang selalu ke sana untuk dating tengok wayang , shopping-shopping kan .. singgah lah di gerai Mr Bean tu yaaa…

Lokasi :

Lot K-G19-W, Ground Floor, The Curve Shopping Mall, Mutiara Damansara

Facebook :
Website :
Email : feedback@mrbean.com.my

Menurut staff Mr Bean, akan datang ada contest di fanpage mereka… so apa lagi LIKEEEEEEEEE lah dulu

Gambar selebihnya di facebook saya  link

42 Comments

  1. r.ahmadi 17 October 2012 Reply
  2. budak felda 6 July 2012 Reply
  3. Ummi Hanie 29 June 2012 Reply
  4. dennis 29 June 2012 Reply
  5. onie 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 June 2012 Reply
      • onie 29 June 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
          • onie 29 June 2012 Reply
            • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
              • onie 29 June 2012 Reply
  6. spudin 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 June 2012 Reply
      • spudin 29 June 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  7. ummiarissa 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  8. dennis 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  9. Denaihati 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  10. akubiomed 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  11. Hafizul 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 28 June 2012 Reply
      • Hafizul 1 July 2012 Reply
  12. spudin 28 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
      • spudin 29 June 2012 Reply
  13. cik tom 27 June 2012 Reply
  14. titan 27 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 June 2012 Reply
      • titan 29 June 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 29 June 2012 Reply
  15. Jebeng Otai™ 27 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 June 2012 Reply
  16. nurmisnan 27 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 June 2012 Reply
  17. Bro Framestone 27 June 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.