Makan ala shell out “seafood” di Melaka.

Allhamdulillah merasa maka shell out , saya sebenarnya cadang nak buat sendiri di rumah , konon-konon tunggu suami balik baru buat , tapi mana tahu suami yang berada di kejauhan pun merasa teringin nak cuba makan seafood ala-ala shell out ni. Tak pa lah kita pun … ” mata yang mengantung di sorongkan bantal , mana mungkin kita tolakshell out

Saya pergi berpandukan google maps , dari Johor singgah di Melaka kemudian singgah Port Dickson baru lah pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan satu hari sahaja.

Untuk cari restoran selera warisan d’ maria , anda perlu masukan data Jalan kota MITC Melaka , kemudian baru lah cari kota fesyen , restoran ini terleta di bahagian tengah , jadi kalau pusing memang susah sikit nak jumpa. Untuk orang yang jarang-jarang ke Melaka seperti saya ni memang pusing 4-5 kali juga sebelum jumpa restoran tersebut.

Alamat : 

Lokasi: Restoran Selera Warisan D’Maria
No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC
Ayer Keroh, Melaka.

Harga berpatutan : Untuk 3 set .. satu family makan cuma RM115

shell out 1

Bagi saya makanan di sini sedap dan simple je , anak-anak pun suka sangat , untuk mengelakkan pembaziran kami order 3 set sahaja , makanan rebut-rebut baru lah best!

shell out 2

Harga sangat berpatutan , anak yang paling kecil pun makan sampai habis , udang 6 ekor dia makan. hihihi … air asam boi pun sedap.

shell out 3

Orang datang silih ganti , tempat makan selesa , tak ramai orang lalu lalang , jika anak kecil dah habis makan boleh bermain-main di dataran tersebut.

p/s : Blog baru pindah hosting  , agak tak stabil lagi ..

Comments

  1. Kalau Melaka, saya teringin makan dekat kampung Portugese Seafood. Tak kesampaian lagi.. Selau pergi Melaka makan ikan bakar

  2. Makan begini best taw, lagi bersama family, konsep dia mengingatkan ani tentang makan dalam dulang bersama-sama 🙂

  3. Sedapnya saya juga suka makanan seafood….

  4. teringin juga nak cuba, tapi tak tahu di mana di kl ni

  5. makin popular kan makan cara shell out ni..bagi saya, ia popular sebab makan tu nampak macma berselera je..semua lauk dibentang depan mata..

  6. hmmm nampak ok tempat ni. harga akk x bgtau pun.

  7. wah mcm teringin pula trend makan shell out nih…

    kiranya tuan kedai pun senang kerja kan… takyah basuh2 pinggan bagai

  8. terimakasih sudah memberikan informasinya, sukses selalu ya

Speak Your Mind

*