Madu Naqia Palsu : Memo Penafian

Sebagai blogger yang bertanggungjawab terhadap penulisan nya , saya ingin memperbetulkan kenyataan saya di dalam entri saya yang bertajuk #WW Misi mencari madu.

Didalam entri saya yang lepas saya tulis :

Saya mencari madu naqia tapi madu naqia tak jumpa , rupanya madu naqia telah di buat branding baru , Madu Zafran pula.

Anak-anak dan suami sangat serasi dengan madu ni , batuk teruk mana sekali pun .. selepas suap sesudu madu batuk mereka akan reda. Sebab tu saya tak suka beli ubat batuk dah.

meno nafi madu naqia

Perbandingan madu naqia asli dan palsu — kali pertama saya beli yang asli dan kali kedua saya terbeli yang palsu , dek info yang di khabarkan oleh stokis. Nanti kalau rajin saya ke stokis tu semula , tengok-tengok ada lagi tak. Tak puas hati nak juga pergi beri tahu pada stokis mereka. Sebab nya saya pelanggan tetap stokis tu.

Kira nya saya pun pengguna yang tertipu dengan stokis tu la .. huu .. memang saya suka madu naqia yang asal , sangat berkesan kalau ada batuk yang lama tak sembuh2 .. sejak saya beli madu yang di sangkakan madu naqia di dalam entri lepas  , kesan nya tak sama. Jadi saya berhenti membeli produk tersebut.

Pada sangkaan saya , madu itu tidak lagi berkualiti.

Saya sendiri mohon maaf kepada NAQIA CORPORATION SDN BHD. Di atas perkongsian tidak benar tersebut. Saya pun baru tahu setelah menerima email dari  MOHD HAFIZ ISNIN memerangkap  PENGARAH PEMASARAN  bagi NAQIA CORP SDN BHD seperti di bawah.

madu naqia email

Atau kalau tak boleh tengok gambar tu :

salam puan, saya selalu ikuti blog puan yang banyak berikan info berguna kepada kami
cuma ada kekeliruan yang timbul tentang madu naqia itu. sebenarnya madu naqia tidak pernah rebranding sepertimana yang puan dakwa. kerana madu za\’faran tu telah kami kenal pasti rupanya keluaran syarikat cina yang telah meniru madu kami dan telah mendakwa dibeberapa kedai dengan menyatakan bahawa ini madu naqia yang telah di brebrandingkan semula.
kami telah membuat report kpd KPNKK untuk membuat serbuan ke atas syarikat tersebut.memang ternyata bahawa bukan sahaja madu naqia ditirunya, air musoffa dan produk syarikat melayu yang lain pun ditirunya
oleh itu mohon pihak puan membuat pembetulan sebab blog puan telah dikunjungi oleh ribuan orang
jasa puan amat dihargai dan jutaan terima kasih
sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 0162267020 / 0341421221 dan sila lihat web kami terhadap penafian inihttp://www.naqia.com.my/MEMO+PENAFIAN
yang benar
MOHD HAFIZ ISNIN
PENGARAH PEMASARAN
NAQIA CORP SDN BHD

Terima kasih kerana menyedarkan saya. 🙂  —  > website madu naqia :   http://www.naqia.com.my

 

18 Comments

  1. kamilah 7 February 2015 Reply
    • ackholbeck 12 April 2016 Reply
  2. luthfisetyawanan 24 July 2013 Reply
  3. Ummi Hanie 18 July 2013 Reply
  4. mama3heroo 18 July 2013 Reply
  5. akubiomed 18 July 2013 Reply
  6. Juan 18 July 2013 Reply
  7. Anuar 18 July 2013 Reply
    • ackholbeck 13 April 2016 Reply
  8. zie fauzi 18 July 2013 Reply
  9. diana 18 July 2013 Reply
  10. Denaihati 17 July 2013 Reply
  11. ciklaili.com 17 July 2013 Reply
  12. titan 17 July 2013 Reply
  13. azman 17 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 17 July 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.