Jul
2012

Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?

Macam mana nak kurus ? tanya KevinZahri sambil cebik muka. Tak dapat ku lupakan .. maka pelbagai jawapan keluar dari mulut peserta antaranya … tak makan nasi , banyakkan bersenam , kira kalori dan macam-macam lagi. Kalau saya tanya korang lah , macam mana nak kurus ? dah tentu korang pun akan tertanya-tanya , macam mana nak kurus jugak , sebabnya kebanyakkan orang yang dah kurus tak akan tanya soalan tu , dah orang yang tak kurus akan tanya dan dah tentu tak ada jawapan yang tepat , kalau ada comfirm dah kurus.

Ok berbelit sikit.

Sebenarnya maksud perenggan intro yang panjang berjela tu. Korang kalau nak tahu lebih tepat , padat dan dapat bayangan macam mana nak kurus , memang patut menghadirkan diri ke Seminar Jom Kurus anjuran KevinZahri. Bayaran RM50 sahaja , percuma takdek …. saya akan pujuk Kevin buat lagi , tapi mungkin tahun depan.

Gambar ketika sesi seminar jom kurus  - Bersama blogger di seminar jom kurus

Didalam seminar tersebut , KevinZahri minta semua peserta adakan kertas dan kalkulator , untuk kira kadar metabolisma , kadar kalori yang perlu di ambil dan di buang , kadar penurunan dan target untuk kekalkan badan yang sihat.

Topik 1 : Macam mana nak kurus ?

  • Tak makan nasi ? nasi bukan lah masaalah tetapi kuantiti yang jadi masaalah.
  • Sukatan nasi yang boleh di ambil jika hendak kekalkan berat badan sedia ada adalah segemgam nasi , sukat nasi tu dengan gemgaman tangan sendiri , kerana tak semua orang sama saiznya. Kalau besar saiz badan mungkin perlukan lebih , dan kecil mungkin perlukan lebih kecil sukatan nasi.
  • Jika hendak kurangkan berat badan pula , kena kurangkan nasi , dari segemgam tu jadikan setengah gemgam.. perghh macam mana nak puas makan ?
  • Kevin cakap , mula-mula memang ada rasa macam-macam sampai mengigil pun ada , tetapi lama kelamaan bila dah biasa semua akan jadi biasa sahaja.

Cabaran 7 hari menu diet berkesan. 

Topik 2 : Senaman wajib tak ?

  • Kevin kata , senaman tak wajib tetapi harus hukumnya , tak senamam pun boleh kurus tetapi mesti tahu dan belajar cara pengiraan kalori tersebut.

Topik 3 : BMI perlu tak di ambil kira ?

  • Kevin kata , tak perlu sebab nya BMI tidak mengambil kira jumlah otot , tinggi dan lebar atau pun jenis rangka seseorang. Bagi Kevin , dia lebih suka bangun tidur dan tengok cermin , puas hati atau tidak .. kalau puas hati tu ok lah … tak semua orang nak kurus , dan tak semua orang nak gemuk. Tepuk dada tanya selera. Tetapi semua orang nak sihat kan ?

Topik 4 : Jika tidak kira BMI apa yang perlu di kira ? jawapannya adalah kira BMR (basal metabolic rate) maksudnya jumlah kalori yang di perlukan oleh setiap orang , tak sama ye ..kena kira dulu berapa BMR yang di perlukan. Sila guna kalkulator ..

Formula untuk mengira BMR

Wanita : 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7 x umur dalam tahun)

Lelaki : 66 + (13.7 X BERAT dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm) – (6.8 x umur dalam tahun )

Cth di kira untuk wanita , berat 90 , tinggi 161 dan umur 28

: Wanita : 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm ) – (4.7 x umur dalam tahun)
655 + (9.6 x 90 ) + (1.8 x 161) – (4.7 x 28)

= 1677.2 kcal/day -

  • Jumlah Kalori asas tanpa melakukan apa-apa aktiviti , atau koma. Kita wanita tersebut perlukan jumlah kalori di atas. Tetapi jika wanita tersebut melakukan pelbagai aktiviti lain kena kira DCR dan LOA pula.DCR (Daily Caloric Requirement) adalah jumlah kalori yang di perlukan sepadan dengan aktiviti yang kita lakukan sehari harian.

Untuk mendapatkan DCR kita perlukan formula di bawah.

DCR = BMR X LOA

Jadi kena tahu apa itu LOA pula.

  • LOA adalah tahap kecergasan seseorang. Bermula dari 1.2 sehingga ke 1.9
  1. Orang biasa yang melakukan kerja-kerja harian yang biasa = 1.2
  2. Orang yang tambah sikit kerja mungkin = 1.3
  3. Orang yang buat kerja biasa tambah sukan 3 kali seminggu = 1.5
  4. Nelayan atau atlet = 1.9

Korang berada di LOA mana ?

Saya 1.3 sebab naik turun tangga , kata kevin

Jadi .. DCR = BMR X LOA

DCR = 1677.2 X 1.3

DCR saya + 2,180.36 kcal/day – Ini adalah kalori yang saya perlukan untuk sehari.

Jika saya ambil lebih maka saya akan gemuk , jika saya ambil kurang saya akan dapat membakar lemak berlebihan. Dan jika saya ambil pada-pada je saya akan dapat kekalkan berat badan. Sebab itu lah Kevin tekankan supaya semua orang mengira kalori yang di ambil. Sukat , kira dan makan. Perghhhh …

  • Jadi .. kevin dah beri bayangan .. sesiapa yang rasa nak turunkan berat badan secara cepat.
  • Guna formula ini = Ambil makanan kurang dari jumlah DCR dan lakukan senaman. Jika tidak lakukan senaman tetapi ambil kurang kalori dari jumlah DCR pun boleh kurus cuma mengambil masa sedikit.

Topik 5 : Soal jawab tentang makanan.

  1. Herbalife ok tak ? jawapan ok kalau kita mampu kerana makanan tu mahal.
  2. kena minum banyak air sangat-sangat ke ? jawapan tak , tengok kepada warna air kecil sahaja , jika kuning semacam kurang ambil air , jadi kenalah tambah minum air.
  3. Sauna ok tak ? Jawapan ok sangat kerana ianya dapat membuang air berlebihan dalam badan.
  4. coklat ok tak ? Ok .. asalkan coklat gelap yang kurang gula dan ambil sedikit-sedikit , sebab manusia perlukan sesuatu untuk menyeronokkan perasaan.
  5. Kopi / Nescafe ok tak ? jawapan ok .. kopi dan nescafe elok untuk jantung , yang tak elok adalah gula dan krimmer atau susu yang di tambah di dalam minuman tersebut.
  6. Makan malam ok tak ? boleh selagi kalori yang kita ambil tak sampai tahap kalori yang di perlukan (DCR).

Ishh banyak sangat tips yang di berikan.. rugi lah jika sesiapa tak datang hari tu .. yang penting .. didalam Seminar Jom Kurus ni bukan sahaja fokos pada bagaimana hendak kurus , tetapi mengajar kita satu ilmu yang kita akan guna pakai seumur hidup .. kita boleh mencegah pelbagai kemungkinan penyakit serius yang di akibatkan oleh makanan. Kita boleh mula mengira kalori dan hidup dengan sihat.

Nanti saya sambung lagi .. kalau ingat .. Insyallah .. kalau jauh tak dapat ke seminar tu dan nak juga boleh cuba beli E-BOOK Kevinzahri – Klik banner di bawah

 Kurus dengan kevinzahri

Search

30 thoughts on “Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?

  1. Pingback: Kenali Rawatan Liposonix Untuk Kembali Kurus Dan Langsing | ~ Puanbee Blog ~

  2. Pingback: Tidur dan Kesihatan? Kurang tidur antara penyebab obesiti ? | Puanbee.com | Diari Ibunda

  3. Pingback: Selamat Hari Raya Aidilfitri

  4. Alhamdulillah byk kan dpt ilmu?apa yg bee beri penerangan nie kutu ada baca di blog kevin.yg penting dietlah secara sihat..semalam timbang kutu turun 2kg lg..total 12kg dh lost.4kg to go utk berat badan ideal.huhu..
    puan kutu recently posted..HAPPY BIRTHDAY TO ME!My Profile

  5. Pingback: Lepas Sahur – Update Blog, Solat, Tidur | Pondok Kecil

  6. gelak je tgk point Herbalife mahal. hehe. ada cara nak beli Herbalife dgn murah. cuma ramai xtau caranya sbb tak pernah nak ambik tau.

    bagus point entry ni. apapun. pemakanan sangat penting menentukan kesihatan kita. kdg2 makan tu kita risaukan kalori je. tapi kita lupa ttg khasiat makanan. kita cut makanan kalori kdg2 kita ter’cut’ sekali nutrisi yg kita perlu sehari2. itu yg kdg berat turun, tapi lemah longlai. hihi

  7. Kalau ada peperiksaan bertulis mesti Puan Bee dapat skor A+. Apa yang Puan Bee kongsi sama seperti isteri saya kongsi kepada saya. Sebenar kalau hendak dibandingkan dengan harga seminar RM50 tidak padan dengan tip yang diberikan. Rugilah kalau terlepas peluang menghadiri Seminar Jom Kurus ini.

    Buktinya isteri saya sendiri mendapat kebaikkan dan berjaya mengurangkan berat badan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Call me Pak LongMy Profile

  8. Pingback: Testimoni : Bersama Blogger di Seminar Jom Kurus Kevin Zahri | Puanbee.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge