Kelmarin kay (suami) cakap , nanti sediakan roadtax kereta semua, nanti dia nak hidupkan roadtax kereta , saya ni pelupa , sampai tarikh ngam-ngam nak dekat dah ni roadtax tak di hidupkan lagi , semalam nampak polis buat sekatan jalan kemain banyak .. saya mula risau .. hahaha .. lepas tu siap sms kat kay ..
“bang bila roadtax tu mati ? takut lah nak keluar .. banyak roadblock plak ni”
“6 hb 5 .. tak pe .. keluar lah belum tamat lagi , jumaat abang bayar lah …”
saya pun lega lah kan ..
Sekali semalam juga saya ke bank ada urusan sikit , kad pengenalan tak boleh guna. Cipnya rosak .. Pegawai bank tu minta lesen saya untuk pengesahan ,ok lah hulurkan lesen memandu tanpa ragu-ragu dan muka penuh yakin ni…sekali pegawai bank tu cakap
“kak lesen akk dah tamat ni”
“eh bila tamatnya ?”
“20/4 Kak … tengok ni “ sambil hulurkan lesen ..
Nak di jadikan cerita cip kad pengenalan tu masa tu lah tak boleh scan kan ..saya syak cip tu tak rosak .. cip kad pengenalan jadi gitu sebab si baby sorok botol susu yang ada nestum dia dalam handbag , sekali tumpah habis basah semua koleksi kad .. aiyoo budak ni..
Sibuk ke roadtax kereta , tapi lesen dah memang sedia mati pun.. alahai .. ya .. saya seorang pelupa.
Nampak ? depan rumah je tu roadblock polisnya .. selalu lintas di kawasan tu untuk hantar dan ambik kakak hari-hari..dan selalu jugak lepas .. Nasib baik Allah tu tak gerakkan hati incik polis tahan saya kan …..
Dah lah saya pernah kena saman sekali je dalam seumur hidup ni.. saya dah penakut tak sanggup kena saman lagi hahaha (rakyat jelata yang baik hati begini lah )
Jadi ke pejabat pos lah kita nak hidupkan kembali lesen memandu tu .. bahaya wooo ..dah lah hari-hari memandu ..dari pagi sampai ke maghrib .. itu pun baru lepas ambik kakak dari sekolah agama .. bayangkan hidup saya hari-hari sibuk begini.. dulu masa anak sorang selalu merungut boring ..sekarang tak de istilah boring .. tak cukup masa tu adalah..
Kali ni .. saya hidupkan lesen memandu pada 4 mei 2012 dan tamat pada 30 ogos 2013 .. yes .. saya dapat merasa 3 bulan lesen percuma … sebab ikut lesen sekarang di selaraskan ikut tarikh hari lahir kita kan ..
Harga hidupkan lesen RM32 ( baca di berita katanya RM30 )
Boleh semak saman traffic melalui email dan sms dah sekarang .. klik link














Eh kalau lesen mati bulan 5..tapi besday bulan 4..dia mati bulan 4 ke 5?
watie recently posted..Samsung telah melancarkan Galaxy S III
Dah ikut tarikh lahir?
saya dapat setahun lebih sebab hidupkan lesen ikut tarikh lahir tanpa bayaran tambahan….
hatiputera recently posted..LELAKI KACAK KAHWIN DUA WANITA DALAM SATU MALAM
saya sendiri hidupkan lesen untuk 2 tahun terus, senang
Azie lesen dah ikut tarikh lahir dan dah habis P Pun tapi time nak bawa kena ada En. Hubby disebelah hahhaha. Tak berani drive sorang2 takut masuk longkang kihkihhh.
3 bulan percuma?..xder la depa dh kira skali..

Jebeng Otai™ recently posted..Wireless Charging
saya sendiri pun kadang2 lupa nak hidupkan lesen
ROJAK recently posted..Khairy VS Rafizi
lesen nis lmbt lg sbb baru je dpt lesen penuh thn lepas… ada 2 thn lebih lg
bab roadtax sume nis amik port.. hihi
ye, kite kaum pompuan ni mmg mdah jd pelupa.maklumle dh byk urat putuih :p
Ummi Hanie recently posted..Budak hilang, Nayati sudah kembali ke pangkuan keluarga
en suami pernah jadi lesen mati tp lupa.kutu belum lg la..dh hidupkan juga ikut tarikh lahir..ye ke percuma bukan kena bayar ke iku tbulan yg kita tambah?entah ekk lesen kutu pun en suami hidupkan..kutu ni bukan tau apa.wakaka lg terok!
puan kutu recently posted..Menuju Syurga Dari Dapur
haha lagi senang kalau jd mcm ko tu kutu , sebenarnya bee pun biasa kay yg hidupkan tp dah emergency tu , kang tunggu dia hidupkan pakai bee tk dek lesen nak bawak keta pulak ..terpaksa..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Kebanyakan situasi yang pernah saya alami, polis jarang check lesen pemandu yang terdiri dari kalangan kaum wanita..Kena yer???hehehe
sebab perempuan skema , hahaha ..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Emm bukan..sebab perempuan ni dia pandai main psikologi…Tak caya try la kat cik ababg tu…hahahahaha..kebanyakan polis buat sekatan kan kaum lelaki..hehe
Hafizul recently posted..Siri #02 – Penjelajahan Mentransformasi Laman PICTB
Salam Bee,
Lesen akak tamat bln 8, nampaknya kalau renew nanti akak untung 4 bulan heheee
sama lah kak , bee pun bulan 8 tu
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
saya renew terus 5 tahun, hehe
amboi hahah .. renew setahun je tu pun kalau rajin 2 tahun , tk pernah lebih dr 2 tahun
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
kak sya pun pernah bawa kete lesen mati dh dekat 4 bulan…hik3..sedar pun bila kawan2 ofis dok bercerita bab lesen…
syamila recently posted..Breastfeeding Program
waa lagi lama , tp perempuan biasa tk de hal kan ..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
a’ah kan..tapi tetap kena hati2..bahaya tu byk kete tk de lesen…
syamila recently posted..Melawat Doktor Mata dan Tandas Awam
orang perempuan memang pelupa. haha..
titan recently posted..Pengalaman jual baju kurung..erk!
sbb banyak nak fikir , jadual anak semua duk dlm kepala je .. semua tarikh penting yang berkaitan suami n anak kita ingat , bab diri sendiri je lupa ..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
sy igt akak ambik gamba polis
ops bersih td..ehe
jgm mare, gurau je
Terbelog recently posted..30 Juta Mata Ganjaran Petronas
gambar ops bersih 2.0 dan bersih 3.0 ada je , dengan video live lagi .. tapi saja malas publish ..
sebab suami akk kerja di situ je ….
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
LOL, huhu, sama la kita sekali seumuru hidup..

haritu kena pun sebab lampu belakang tak nyala. tup2 pi bayar sama RM150, cakap je tak sampai 100.huh..kena beringat la pasni, nak ambil risiko kat roadblock pastikan lesen hidup, roadtax hidup, kalau tak free je..
syahrilhafiz recently posted..Google Update Pagerank Kedua 2012
haha kesian tu malang tk berbau , sy kena pun sbb terlanggar belakang kereta org sikit ja , tp pergi berserah kat balai polis org tu pun tk dtg ..sengal
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Haha..sengal tak terubat..
Hafizul recently posted..Perginya Tak Kembali Lagi
haha org kata lurus bendul tk pa lah janji happy , tk pasal2 bayar saman kan ..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
oh , sy pun hampir lupe..
muazfaris recently posted..Pesta Buku KL dan Baucer Buku PTS RM800
pergi renew cepat
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Sudah iPhone 4S boleh set peringatan supaya dapat beri alert bila tarikh sah lesen luput.
akubiomed recently posted..Juara didalam kehidupan saya
lepas ni ingat sbb sama dengan tarikh lahir
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Saya pun dah renew setahun aritu.. kena tambah xtra RM15.
anif recently posted..Samsung Galaxy S III – Lebih Besar Dan Lebih Bijak
uit kena tambah pulak ye .. kenapa ?
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
senangkan ikut tarikh lahir, lepas ni xboleh beri alasan lupa kat abg polis. RM2 ringgit tu utk service pejabat pos.
a’ah lupa lagi tak tau lah .. hihih .. jenuh kena luku dengan abg polis tu nanti …
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)
Buat reminder la dekat iphone tuuhhhhhh…Comfirm tak kan lupa doh sebab iphone tu akan ditilik hari-hari..hehehe
dah tk lupa punya , ikut tarikh lahir kan ..
puanbee recently posted..Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)