Lupa Nak Hidupkan Lesen (Lesen Dah Ikut Tarikh Hari Lahir)

Kelmarin kay (suami) cakap , nanti sediakan roadtax kereta semua, nanti dia nak hidupkan roadtax kereta , saya ni pelupa , sampai tarikh ngam-ngam nak dekat dah ni roadtax tak di hidupkan lagi , semalam nampak polis buat sekatan jalan kemain banyak .. saya mula risau .. hahaha .. lepas tu siap sms kat kay ..

“bang bila roadtax tu mati ? takut lah nak keluar .. banyak roadblock plak ni”

“6 hb 5 .. tak pe .. keluar lah belum tamat lagi , jumaat abang bayar lah …”

saya pun lega lah kan ..

Sekali semalam juga saya ke bank ada urusan sikit , kad pengenalan tak boleh guna. Cipnya rosak .. Pegawai bank tu minta lesen saya untuk pengesahan ,ok lah hulurkan lesen memandu tanpa ragu-ragu dan muka penuh yakin ni…sekali pegawai bank tu cakap

“kak lesen akk dah tamat ni”

“eh bila tamatnya ?”

“20/4 Kak … tengok ni “ sambil hulurkan lesen ..

Nak di jadikan cerita cip kad pengenalan tu masa tu lah tak boleh scan kan ..saya syak cip tu tak rosak .. cip kad pengenalan jadi gitu sebab si baby sorok botol susu yang ada nestum dia dalam handbag , sekali tumpah habis basah semua koleksi kad .. aiyoo budak ni..

Sibuk ke roadtax kereta , tapi lesen dah memang sedia mati pun.. alahai .. ya .. saya seorang pelupa.

Roadblock Polis

Nampak ? depan rumah je tu roadblock polisnya .. selalu lintas di kawasan tu untuk hantar dan ambik kakak hari-hari..dan selalu jugak lepas .. Nasib baik Allah tu tak gerakkan hati incik polis tahan saya kan …..

Dah lah saya pernah kena saman sekali je dalam seumur hidup ni.. saya dah penakut tak sanggup kena saman lagi hahaha (rakyat jelata yang baik hati begini lah )

pejabat pos tesco ampang

Jadi ke pejabat pos lah kita nak hidupkan kembali lesen memandu tu .. bahaya wooo ..dah lah hari-hari memandu ..dari pagi sampai ke maghrib .. itu pun baru lepas ambik kakak dari sekolah agama .. bayangkan hidup saya hari-hari sibuk begini.. dulu masa anak sorang selalu merungut boring ..sekarang tak de istilah boring .. tak cukup masa tu adalah..

Hidup lesen mengikut tarikh lahir

Kali ni .. saya hidupkan lesen memandu pada 4 mei 2012 dan tamat pada 30 ogos 2013 .. yes .. saya dapat merasa 3 bulan lesen percuma … sebab ikut lesen sekarang di selaraskan ikut tarikh hari lahir kita kan ..

Harga hidupkan lesen RM32 ( baca di berita katanya RM30 )  

Boleh semak saman traffic melalui email dan sms dah sekarang .. klik link

(Visited 5 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. Eh kalau lesen mati bulan 5..tapi besday bulan 4..dia mati bulan 4 ke 5?

  2. Dah ikut tarikh lahir?

  3. saya dapat setahun lebih sebab hidupkan lesen ikut tarikh lahir tanpa bayaran tambahan….

  4. saya sendiri hidupkan lesen untuk 2 tahun terus, senang

  5. Azie lesen dah ikut tarikh lahir dan dah habis P Pun tapi time nak bawa kena ada En. Hubby disebelah hahhaha. Tak berani drive sorang2 takut masuk longkang kihkihhh.

  6. 3 bulan percuma?..xder la depa dh kira skali.. :)

  7. saya sendiri pun kadang2 lupa nak hidupkan lesen

  8. lesen nis lmbt lg sbb baru je dpt lesen penuh thn lepas… ada 2 thn lebih lg

    bab roadtax sume nis amik port.. hihi

    ye, kite kaum pompuan ni mmg mdah jd pelupa.maklumle dh byk urat putuih :p

  9. en suami pernah jadi lesen mati tp lupa.kutu belum lg la..dh hidupkan juga ikut tarikh lahir..ye ke percuma bukan kena bayar ke iku tbulan yg kita tambah?entah ekk lesen kutu pun en suami hidupkan..kutu ni bukan tau apa.wakaka lg terok!

    • haha lagi senang kalau jd mcm ko tu kutu , sebenarnya bee pun biasa kay yg hidupkan tp dah emergency tu , kang tunggu dia hidupkan pakai bee tk dek lesen nak bawak keta pulak ..terpaksa..

  10. Kebanyakan situasi yang pernah saya alami, polis jarang check lesen pemandu yang terdiri dari kalangan kaum wanita..Kena yer???hehehe

  11. Salam Bee,

    Lesen akak tamat bln 8, nampaknya kalau renew nanti akak untung 4 bulan heheee 😀

  12. saya renew terus 5 tahun, hehe

  13. kak sya pun pernah bawa kete lesen mati dh dekat 4 bulan…hik3..sedar pun bila kawan2 ofis dok bercerita bab lesen…

  14. orang perempuan memang pelupa. haha..

    • sbb banyak nak fikir , jadual anak semua duk dlm kepala je .. semua tarikh penting yang berkaitan suami n anak kita ingat , bab diri sendiri je lupa ..

  15. sy igt akak ambik gamba polis
    ops bersih td..ehe
    jgm mare, gurau je

    • gambar ops bersih 2.0 dan bersih 3.0 ada je , dengan video live lagi .. tapi saja malas publish ..

      sebab suami akk kerja di situ je ….

  16. LOL, huhu, sama la kita sekali seumuru hidup..
    haritu kena pun sebab lampu belakang tak nyala. tup2 pi bayar sama RM150, cakap je tak sampai 100.huh..kena beringat la pasni, nak ambil risiko kat roadblock pastikan lesen hidup, roadtax hidup, kalau tak free je.. 😀

  17. oh , sy pun hampir lupe..

  18. Sudah iPhone 4S boleh set peringatan supaya dapat beri alert bila tarikh sah lesen luput.

  19. Saya pun dah renew setahun aritu.. kena tambah xtra RM15.

  20. senangkan ikut tarikh lahir, lepas ni xboleh beri alasan lupa kat abg polis. RM2 ringgit tu utk service pejabat pos.

Trackbacks

  1. […] , kalau tak memang susah lah nak dapat gambar kakak .. pergi Tesco dah lama pun hari yang sama hidupkan lesen kelmarin.Sekarang ni saya suka berangan , bila on laptop saya hanyut baca blog , berita , facebook […]

Speak Your Mind

*