Lindungi Mata dengan Omega 3 – Omega 3 untuk ibu mengandung

Ambil makanan yang berasaskan Omega 3 amat baik untuk membantu penglihatan anda kerana retina memerlukan DHA yang banyak, kurang memakan makanan yang berasaskan khasiat ini akan menjejaskan penglihatan.Ada masanya akan belaku kekeliruan kerana terjadinya pertukaran visual antara ayat atau huruf oleh pesakit.

DHA membantu dalam penyakit ‘Retinitis Pigmentosa’, sejenis penyakit keturunan yg menyerang bahagian retina.Ini menyebabkan masaalah penglihatan seperti buta pada malam hari, penyempitan skop penglihatan dan hilang deria melihat.

Omega3 untuk ibu mengandung.Tahukah anda,Omega 3 juga penting untuk ibu mengandung? Ini adalah kerana :

  1. Pada peringkat ketiga kehamilan,ibu akan memindahkan kebayakkan simpanan DHA yg ada padanya kepada bayi dalam kandungan.
  2. DHA amat penting kepada bayi dalam kandungan untuk pembentukan sistem saraf dan otak bayi.
  3. kekurangan DHA dan EPA ketika seseorang wanita sedang hamil boleh menyebabkan masaalah tekanan darah tinggi (yang belaku dalam tempoh kehamilan sahaja).
  4. Kekurangan kedua-dua bahan ini akan membuatkan si ibu kehilangan 3% jisim otaknya yang akan menggalakkan penyakit gila meroyan.

FAKTA MENARIK tentang  Omega3 .

  1. Mengikut kajian,kematian masyarakat Eskimo dan Jepun yg gemar memakan ikan adalah jauh lebih rendah berbanding masyarakat lain di dunia.
  2. Amat baik untuk mengangkut bahan-bahan toksin pada kulit dan amat penting semasa proses perkumuhan usus,buah pinggang,dan paru-paru.
  3. Menurunkan risiko kematian akibat sakit jantung sebanyak 20%.
  4. Mengelakkan masaalah keradangan secara semulajadi.
  5. Mengurangkan risiko seseorang mendapat penyakit kencing manis dan sakit sendi.

P/S ; Update semula entri lama , 29 / sep /2010 . Tak de orang komen pun waktu tu .. 🙂

18 Comments

  1. Juan 24 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 April 2012 Reply
  2. Hafizul 22 April 2012 Reply
  3. akubiomed 22 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 April 2012 Reply
      • Juan 24 April 2012 Reply
      • akubiomed 24 April 2012 Reply
      • akubiomed 24 April 2012 Reply
  4. Ummi Hanie 22 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 24 April 2012 Reply
  5. Jebeng Otai™ 21 April 2012 Reply
  6. puan kutu 21 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 21 April 2012 Reply
  7. Ibu Mifzal Arsyad 21 April 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 21 April 2012 Reply
  8. hafizal 21 April 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.