LESUNG BATU HELLO KITTY VIRAL

Share

Lesung batu ni di gunakan untuk menumbuk bahan bahan rempah atau bahan bahan untuk di jadikan pes dalam masakan. Kalau guna lesung batu tu kiranya cara tradisional la sebab ramai orang dah beralih arah menggunakan blender eletrik kalau nak menghancurkan bahan bahan untuk masakan.

Tapi penggunaan lesung batu sehingga kini masih di pratikkan. Sebab ada beza dari segi rasa kalau kita blend bahan bahan guna lesung batu dengan blender elektrik tu. Terutama kalau nak buat sambal belancan serius memang sangat berbeza kalau guna blender elektrik dengan di tumbuk dengan lesung batu. Sudah semestinya cara tradisi lebih sedap berbanding yang moden walau kaedah moden lebih cepat berbanding kaedah lama.

Sampai sekarang rasanya setiap rumah masih ada lesung batu.. sebab memang menjadi keperluan juga termasuk di rumah saya. Penggunaan lesung batu masih relevan mungkin sebab tu ada yang kreatif membuat lesung batu berbentuk hello kitty.

Almaklum la.. orang perempuan kan sinonim dengan kerja kerja di dapur & suka sesuatu yang comel. Ni kalau anak dara dapat maybe rajin sikit kot masuk dapur hehehee.

Agak kreatif & memang comel. Saya tak tahu maha di jual.. Tapi terbaca dari viral yang tersebar di media sosial. Jadi kalau berminat pandai pandai la google yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *