Lagi sekali entri dengan tajuk lelaki kacak , idea spontan saja , kalau menang syukur , kalau tak menang tak pe sebabnya contest ni memberi idea untuk kita selalu update blog dan sentiasa fokos untuk kenali seo blog masing-masing sama ada kacak atau tidak , blog ini adalah blog wanita jelita mana boleh lawan blog lelaki kacak di luar sana , tak mungkin boleh menang contest seo hahah .. sila pasrah.Post untuk join contest tu bertajuk lelaki kacak nak lagi kacak baca disini.
Bila lelaki kacak yang bawak anak perempuanya pergi shopping ini lah jadinya .. hehe sebelum ni tak pernah si ayah nak bawak anak-anak gadis ni pergi shopping sendiri , mesi ada ibu untuk fikirkan konsep fesyen dan keperluan kita membeli tu. Biasanya kalau saya membeli saya fikir panjang. Contoh membeli bulan Mac ni. Raya pulak bulan Julai , lagi beberapa bulan je , alang-alang dah membeli biarlah beli untuk raya sekali.
Ni tidak .. lelaki kacak kalau beli barang anak perempuan. Tahu apa dia buat ?
Kakak pilih je mana kakak nak
ok ayah .. mana-mana pun tak pe ?
mana-mana je , ambik lah mana kakak nak. (lelaki kacak le tu kan ?)
Dan hasilnya adalah seperti di bawah . Seperti yang saya cakap di atas , saya suka fikir panjang kalau nak membeli ye lah , satu nak berjimat , tak nak lah beli lepas tu pakai 2-3 kali je , alang-alang membeli kena lah beli yang berbaloi-baloi nak-nak kalau benda tu mahal. Atas RM50 dah mahal dah bagi saya , orang lain tak tahu le…
Saya tak setuju dia beli kasut ni , sebab kasut ni tak sesuai pakai dengan baju kurung , atau skirt atau pakai ke majlis-majlis tertentu , 100% tak setuju .. tapi bila tanya pada suami.
laaa kenapa abang ambik kasut tu ?
dia yang pilih ..
habis tk leh pakai raya le ..
biar lah dia yang nak kasut tu , suruh dia pakai jugak dengan baju kurung. (lelaki kacak begini ke ? )
saya diam je le ..walaupun macam-macam lagi benda nak cakap dan fikir hahah .. saya kalau boleh suka tengok anak dara ni bergaya sikit cam ibunya ..tk le bergaya sangat tapi punyai gaya yang sama dengan adik-adiknya ..ceh .. tk setuju betul lah ..tapi benda dah jadi pun. Ini lah rumahtangga bila dua pendapat bergabung menjadi satu.
Tema si kakak ni senang je , Barbie , Mickey Mouse , Princess tak pun yang tempatan Upin & Ipin .. hahah .. budak -budak sekarang. Bertuah sungguh .. tak macam zaman saya dulu .. baju sekolah pun tk bertukar ni kan baju biasa.
Gambar penuh kakak. Ni kes nak pujuk kakak le tu , sebab kita shopping barang adik-adiknya di Gingersnaps , Lepas tu kakak tarik muncung panjang , ayah tk sampai hati bawak kakak shoping tempat lain , tinggal ibu dengan baby dan una , dan ayah shopping dengan kakak. Sweet pulak rasanya bila lelaki kacak ai tu bawak anak pompuan dia shopping , sebabnya memang tk pernah depa shoping berdua-dua an gitu ..
Entri penang tangguh lagi , gambar banyak nak di editkan ..masa cemburu kat saya …













lelaki memang kacak kalau bawak anak atau adik pompuan pi shopping
Juan recently posted..Download Movie Filem Bunohan 2012 DVDrip Mediafire
Lelaki kacak tu apa ya ???
Rina As recently posted..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik Blog
lelaki kacak tu , lelaki handsome , gantang lah gitu rina .. heheh ..
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
memang kacak, sebab bawa anak-anak shopping
kimmie recently posted..Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
ya.. kimmie tk join ke contest ni ?
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
nak join juga, belum sempat membuat entri lagi. sambil2 mencari model lelaki kacak heheheeh
kimmie recently posted..Informasi: 20 top brand tahun 2011.
bee..boleh ke buat entri lebih dari satu untuk contest tu? akak x tahu pulak..hihi

mrs.yie recently posted..TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BR1M DI LANJUTKAN | RAYUAN BANTUAN RM500 SEHINGGA 31 MAC
memang tk boleh kot , bee cuma nak bykan backlink je hehehe
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
Wah.. mmg mantaplah puanbee.. ada jer idea buat entry lelaki kacak.. Good luck..
Azyani recently posted..Lelaki Kacak – Lelaki Boleh Menjadi Kacak Apabila…
thanks ..hehe idea ni dtg tiba2 jek ..
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
Idea yg datang tiba2 tu buatkan ia jd mantap.

Azyani recently posted..Lelaki Kacak – Lelaki Boleh Menjadi Kacak Apabila…
tu lah dianya azyani
,
nak tanya sikit loading blog akk ok tk ?
setakat ni buka blog ni loadingnya ok jer kak..
Azyani recently posted..Lelaki Kacak – Lelaki Boleh Menjadi Kacak Apabila…
untung ade laki2 kacak tu..

LangkawiHomestay recently posted..Padang Matsirat
ni macam nak bagitau yang dia suka shopping aje..
titan recently posted..Komisen kedua dari BuatCoklat.com
wah… lelaki kacak mesti kacak masa shopping kan tu yg main beli je..hehe..
btw, cam ranking no2 je.
muazfaris recently posted..Tip naikkan PageRank Blog PR2
gambar lelaki kacaknya tak ada ke? hehe…
bardboo recently posted..My Pinky Moments
saya pun rasa kalau lebih dari rm5o tu dah mahal dah tu..kena jimat2 sikit duit ni..bukannya senang nak dapat duit kan kak..
bardboo recently posted..My Pinky Moments
lelaki mmg gitu bee… kalo nk shopping ni kita ibu2 jugak kena pening2 kpale.. org laki main beli mcm tu le… tp cntik juge kasut tu bee, buat pakai kasual.. baju kurung pun bukan slalu pakai kan.. yup, bg nis atas rm50 tu dah mahal…
pewitt cun lah kakak
Ummi Hanie recently posted..Annisa’ program baru di TV Al-Hijrah
Bestnya tunjuk sahaja pun dapat. Anak-anak yang paling bergembira.

akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil
tunjuk sahaja , untuk anak2 je ye ..ibunya tak .. hahaha
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
kacak jugaklah en kay tu mahu belikan anak mengikut apa yg anak mahu,kalau en suami suruh kutu pilih jer, langsung apa yg kita tunjuk semua sesuai.mmg takde taste.semua pun ok bg beliau.haha..
puan kutu recently posted..Kempen Lagi
kacak lah sgt , sampai tk nk pilihkan haha .. kakak pe lagi .tunjuk2 ..
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
Saya serahkan pada wife..saya kurang kacak bila bab pakaian anak2…saya bagi duit jer

azman recently posted..It’s not about the money
sama le dengan lelaki kacak kita , tp kali ni dia bawak kan so dia serah kat anak dia pulak ..hikhik
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
mane gambar si lelaki kacaktu.. hehehe
taufiq arifin recently posted..KENAPA PEREMPUAN TAK SUKA MAKAN KAT KEDAI MAMAK
lelaki kacak maluuu .. akk tk ambik gambo dia , sebabnya shopping tk sekali , plus lepas baik terus dia pergi kerja balik ..haru
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
rajinnya encik ayah yg kacak bwk anak gadisnya bershopping
rina avail a.k.a cik betty recently posted..Lotus Beach Resort : harga bilik murah dengan Lotus Hot Deal
bersebab lah cik rina

puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
cuba bayangkan lelaki kacak pakai kasut nih.. KACAKKAH?? hik3
nurmisnan recently posted..10 kebaikan minum susu
Salam Bee,
Entry ni akan lebih bertambah2 kacak kalau postkan sekali gambar lelaki kacak tersebut heheee

yanmie recently posted..Resepi Chilled Strawberry Cheesecake
Tu ler kak yan..gmbr lelaki kacak tuh dia x selit sekali..hehe..lelaki kacak tuh segan kot..hahaha
UpProfits recently posted..Ultrabook Toshiba Portege Z830 segalanya Ultra
bukan segan kot , memang segan pun ahaksss
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
dia malu le kak..kehkeh dia tk bape suka
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping
Ok tu.. lelaki kacak yang memahami anaknya
hehe..
anif recently posted..Aktiviti Semasa Cuti Sekolah
hati lembut ..
puanbee recently posted..Lelaki Kacak Shopping