Lelaki Kacak & Awek Awek Aweknya.

Share

Kadang-kadang rasa jeles kat lelaki kacak yang sorang ni , bukan nak layan saya a.k.a wife dia , tapi asyik melayan awek awek aweknya , huh! ok ni kadang-kadang rasa jeles sikit dengan anak-anak tapi biasanya , suka tengok bila si lelaki yang sibuk kalahkan menteri ni melayan anak daranya. Bukan selalu ..susah sangat..

Oh Abang , ai tk merungut hanya luahkan rasa jek…

 [kay] dan baby

Awek pertama si lelaki kacak ,

Murtabak Di Batu feringgi

Awek Ke dua si lelaki kacak..

Kakak dan Nasi nya

Awek ke-tiga si lelaki kacak ..

Pasembor

???? siapa punya Pasembor ni ? Inilah satu-satunya sajian yang saya puas hati makan di Batu Feringgi Pulau Pinang , satu jek restoran yang makanan yang sedap saya singgah so boleh lah promot disini.. ahaks..

RESTORAN QASEDAH , korang mesti nampak bila otw nak ke Batu Feringgi , besar punya restoran ni , banyak bas-bas pelancong berenti untuk makan disini. [saya ada ambil gambar restoran ni , tapi hilang pulak dalam folder lappy ni , so tk de rezeki korang nak tengok restoran tu , cari jek label restoran warna hijau].

Lelaki kacak tu yang nak sangat pekena Nasi Kandaq , Saya layan je ..saya bukan peminat Nasi Kandaq so makan pasembor tu jek , Si Lelaki kacak dengan awek-awek-aweknya jek makan nasi , lauk macam-macam ada , paling unik telur sotong. Haaa pernah tak makan telur sotong di buat lauk ?.

Bagus juga contest si titan ni , buat aku nak buat entri puji laki jek .. walaupun rupa tak kacak sangat , tapi macho tu ade.eh puji lagi …. hehehehe~

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

20 Comments:

  1. oit..aku memang kacak la. bukan machoo…

  2. kdg2 kita si isteri ni jeles gak bila husband layan terlebih si anak-anak kan? hehe…

  3. fuyoo!!
    kirim salam kat awek no.2 tu..
    selera dia makan..
    eheheheee

  4. lelaki ni dgn anak syg lain dan isteri sayang lain hehehe..

  5. Biasalah tuh sudah menjadi sifat bapa yang penyayang akan anak-anaknya. Anakkan permata hati dan peghibur ketika hati yang lara. 🙂

  6. yang ketiga tu tak tahan..haha

  7. ahakss bee..jeles sudah…. nis pun kengkadang jeles gak bila si kacak bawak anak pegi breakfast lepas solat subuh tu.. :p

    hmm..nis biasa order telur sotong dibuat gulai tu..sgt sedap bee… kat tmpt kami ni ada port makan best :p

    • heheh kadang2 depa tk fikir pun kita ni , pepandai le bawak diri ..ngeee

      order ? oh memang ada jual ek ? bee tk tau pulak ..

      yaa .. parit buntar apa yg best ?

  8. Memang terliOq aaaiiihhh tengOk pasembOq tu…=9

  9. ada 3 awek-awek comel, penat tu lelaki kacak nak layan…hehhehe

  10. Comel2nya awek,ummi pun berkenan, patutlah lelaki kacak tu tak layan bee,hikhik!!
    Tentu seronok melancong ke Penang kan bee, lama tak makan pasembor Penang mai..

    • nghahahaha .. umie.. kalau umie pun tk layan bee lah yek .. seronok lah tengok anak2 seronok , bg saya tk de apa sgt pun dalam pulau , pusing2 itu jek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *