Layang-layang tidak berjaya di layangkan

Posted by

Pengalaman pertama buat anak-anak bermain layang-layang. Tak sangka seronok juga main layang-layang dengan anak-anak. Duk la cerita dulu ibu main layang-layang naik tinggi , layang-layang buat sendiri jek guna kertas surat kabar dan benang opah dan lidi kelapa. Tapi anak-anak beli jek RM10 .. senang hidup..

Untuk menambah kepercayaan anak-anak dan ketaksuban bahawa ibu diorang ni terer sangat main layang-layang , saya pun cuba la naik kan layang-layang , tapi tak berjaya… alasan tak de angin.

januari 062

Aksi ketawakan anak-anak , sakit perut gelak kat diorang .. orang main layang-layang mula-mula je lari , diorang pusing seluruh padang bawak layang-layang , memang penat la …

januari 079

Ni aliya , lari pusinggggggggggggggggg seluruh padang , tak tengok orang .. akhirnya layang-layang dia tersangkut dengan layang-layang budak kecik tu .. henseng boy siap merungut , Β ” apa la nasib kita ni Β  .. “

januari 076

” Tak naik-naik juga layang-layang ni , agaknya tak de angin kot ” Β kata-kata seorang ibu yang berdolak dalih pada anak-anak nyee

januari 067

Ibu pakai kasut tinggi , berapa kali nak terjatuh .. last2 bukak kasut .. puas hati …

januari 066

Yeayy naik .. sikit jek …

januari 065

main layang-layang

Buat kajian

ibu :” angin lalu kot belah mana , ambik daun layangkan .. lepas tu nampak angin terbangkan daun tu kemana “

anak-anak “oooooooooooo … daun jatuh ibu “

ibu : “tu makna nya takde angin , dah ! jom balik .”

πŸ˜› ok tak alasan tu ??

19 comments

  1. bee!!!! hehehe… saja jea tegur kuat2 kt sini…. main lyg2 kat mana tu? main kat tmn rekreasi yg ada tasik dekat kepong tu..ishh… apa plk nama tmpt tu. alaa… yg dr gombak sblm smpai simpang gi FRIM tu… kt situ angin selalu kuat. sure blh terbang lyg2 bee tu.

  2. hihihi…nak tergelak baca entry ni…punyala byk alasan si ibu… mujur anak2 faham…zie last main layang2 5 bulan lepas… main tepi pantai….syok je tgok layang2 tu naik…maklum la..tepi pantai..angin pun kuat… πŸ™‚

  3. Semasa kecil dahulu pun buat layang sendiri dengan surat khabar, benang jahit ibu saya dan penyapu lidi. Bising emak saya sebab benang jahit habis dibuat main layang-layang. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *