Layan Sinopsis Drama Ramadhan Terakhir DiTv3

Layan Sinopsis Drama Ramadhan Terakhir DiTv3 Drama ini telah pun mula di tayangkan di tv3 mulai 26 julai , saya terlepas episod pertama .. biasalah semua pun terlepas :) saya seorang ibu yang sibuk agaknya..Drama ini adalah pengganti kepada drama anissa kan .. harap2 best ..

Tajuk Drama : Ramadhan Terakhir
Siaran : TV3 – Slot Samarinda
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam

Sinopsis Drama Ramadhan Terakhir DiTv3
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Drama Ramadhan terakhir

Drama Ramadhan terakhir

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Pelakon Ramadhan Terakhir Di TV3

Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.

Kebanyakkan pelakon drama ramadhan terakhir ni saya tak kenal , muka baru dalam bidang lakonan ke ? ish ..so jom layan …download link ramadahn terakhir setiap episod [ Link ]

(Visited 11 times, 1 visits today)

24 Comments

  1. Pingback: Download Link Ramadhan Terakhir Setiap Episod : Lagi Sensasi

  2. Pingback: Download Link Ramadhan Terakhir Setiap Episod | LagiSensasi.com

  3. isk..cm bole agak jer…dia(esma daniel) kan kawin ngn Khadijah….Sakinah tu mesti anak diowg kan???Yg Khadijah tu pulak dtg slaloo dlm mimpi supaya Hashim jaga anak diowg….hurm…tamat~ haha

  4. Pingback: OST Ramadhan Terakhir | Lagu Tema Ramadhan Terakhir | PuanbeeDOTcom Chanel

  5. Pingback: Ramadhan Terakhir Di TV3 | yanghangat.com

  6. haa..tgk banner drama ni baru pasan…fazlina ahmad daud tu ialah kakak @ adik ogy ahmad daud…ade iras2 tu sikit..tp mmg adik bradik tu..adohaii gediknye lakonan dia dlm ni..hehe :p

    nis xmnjiwai lg drama ni..mcm kureng minat la sgt,esok2 xtau le pulok :p

    • memang menggedik tapi menjadi lah , bee dah rasa seronok nak tonton lagi drama ni smlm punya best juga .. teringin nak tahu apa kesudahan cerita ni

  7. wahhh, cam best je.. sy lum jd ibu & x bz, tp t’lepas gak episod pertama.. heheee… xpe, kt nantikan episod2 seterusnye… ^^,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>