Lawatan Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Cuti sekolah dua minggu , tak tahu kemana ? Boleh lah buat lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur bertempat berdekatan Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.  Bayaran masuk ke Taman Burung adalah RM25 untuk pemegang Mykad dewasa dan RM12 untuk pemegang Mykid.

Tak tahu jalan untuk ke Taman Burung ? guna lah waze .. haha macam saya .. guna waze pun tersesat .. asyik salah masuk jalan. Walaupun sebenarnya dah banyak kali ke Taman Tasik Perdana tu. Apa punya pelik ..

Kena ketawa dek husband sebijik .. ehh .. jangan main-main .. suka sesat tapi lepas juge drive sampai ke Taiping .. syukur lah ..

taman burung kuala lumpur

Berbalik kisah tadi .. pergi taman burung buat apa ? Seronok juga melayan anak-anak beri makan pada burung .. sediakan duit syiling banyak-banyak untuk beli makanan burung.. kalau saya tahu dah beli siap-siap kat luar .. anak bagi makan macam tebar pasir je ..haishh ..

taman burung kuala lumpur

Anak dara 3 pingitan .. yang belakang tu anak saudara … rombogan cik kiah hari tu .. mak ada 3 .. anak ada 7 orang .. kemahen kan ? macam rombongan bas sekolah dah .. syukur la muat mpv tu ..

taman burung kuala lumpur

Laila nak makan ikan ni .. dia suruh panggang hik!

taman burung kuala lumpur

Baby syamim leka tengok burung .. melampau kan .. syamim siap bawa makanan bekal segala .. lain – lain minum air je banyak .. panassssssss .. meyesal pun ada pergi hari tu .. tapi sebab bawa anak saudara dari taiping tu .. gigihkan juga la ..

taman burung kuala lumpur

Cantik kan ? dia minum susu dari tangan kita .. best ..

taman burung kuala lumpur

Ni kalau kat luar belum tentu dapat buat .. jinak betul burung merak ni .. ikut kita semata nak makanan je .. comel sangat …

Taman burung di tutup pada jam 7 malam.

Sekian .. tak ada idea nak membebel .. sibuk sangat sekarang ..   Bye 🙂

16 Comments

  1. zul 24 July 2014 Reply
  2. hanari 16 July 2014 Reply
  3. nurul huda 15 June 2014 Reply
  4. Eellee Nana 14 June 2014 Reply
  5. Kujie 13 June 2014 Reply
  6. Nia 12 June 2014 Reply
  7. diana 11 June 2014 Reply
    • puanbee 11 June 2014 Reply
  8. Moms Avenue 11 June 2014 Reply
    • puanbee 11 June 2014 Reply
  9. Bahrain 11 June 2014 Reply
    • puanbee 11 June 2014 Reply
  10. akubiomed 11 June 2014 Reply
    • puanbee 11 June 2014 Reply
  11. Hijab Terkini 11 June 2014 Reply
  12. myrujukan 11 June 2014 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.