Latihan Teater Hari Ke Dua

Hari jumaat si kakak buat latihan teater lagi. Dia dah boleh buat sikit-sikit cuma malu dan untuk cover malu , si kakak suka senyum lagi. Alahai geram tengok dia .. belakon watak marah pun senyum , watak terkejut pun senyum , watak mati pun senyum .. tapi nak masuk kumpulan teater tu , tapi tak nak buat …

Saya rasa macam ,biar aku ke lah yang masuk teater ni

Tapi ye lah bila fikir balik , diorang berlatih dengan orang tak kenal. Budak Malaysia campur dengan budak Arab . Bahasa memang lain sangat-sangat , tapi itu lah satu- satu pengalaman terbaik untuk kakak.

20120624-094330.jpg

20120624-094339.jpg

Tengoklah sesi latihan yang saya intai dari tepi-tepi .. kakak punya bangga sebab belakon dalam teater siap pergi bercerita dengan kawan-kawan disekolah. Paling tak tahan bila dia balik dan cakap ibu ada 3 kawan sekolah agama nak masuk teater

apa hang ingat ibu ejen pencari budak ke ?

ishhhhhh

20120624-094631.jpg

Gambar akhir .. tak sabar nak tengok penyudah teater ni , tapi nampak budak2 baik budak Malaysia mahupun budak Arab sama naik je ……

MAIN BANYAK ……

About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. ooo blaja teater ekk..nak join jugak ler…mesti hari2 pergi kelas..sebab………………………hahaha…

  2. wah, mesti best tgk anak anak mencuba benda baru, heheh

  3. ADa bakat berlakon rupanya anak dara bee nih..menurun bakat sape lah tu gamaknya ya??

  4. Alooo mesti kakak excited x sabar nak tunggu hari persembahan..

  5. akak…komen ciktom masuk spam ek?tlg unspam ye…xtau la nape 2,3 hari ni jadi problem..komen blog lain smua masuk spam..

    • ok akk dah unspam , rasanya sebab ciktom masukkan link blog untuk komen , kalau letak link blog aje ok ..sekali dia dah spam , semua dia spamkan ..

  6. comelnya budak2 masuk teater….

  7. Budak-budak ambil masa untuk dibentuk. Yang penting pendedahan lama-lama nanti dia berdisiplin. :-)

  8. pernah join tetaer masa study, tapi lepas tu keluar sebab tak tahan gelak, jenuh menahan ketawa.

  9. Bagus aktiviti sebegini.. Sebagai peningkat keyakinan diri.

  10. Pernah masuk teater zaman sekolah best :)

  11. Yang penting ada keberanian nak masuk tu kira ok lah,tambah skill dalam pergaulan dgn rakan2 bukan melayu.

  12. Semoga berjaya kakak.

    Rajin berlatih akan pasti puncak jayanya.

    Napa puanbee tak join skali?

  13. mati pun senyum, mati dalam iman kot. namanya budak, kat mana pun banyak main punya…heee

Speak Your Mind

*