Latihan fizikal baru PLKN 2012 bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bila baca berita pasal Latihan fizikal baru PLKN 2012 ni memang sangat baik di buat , kalau begitu saya teringin nak masuk PLKN untuk kuruskan badan saya , Ada satu program baru di perkenalkan program I-smart memberi penekanan kepada pelatih-pelatih PLKN yang mempunyai masalah membaca dan menulis.

Semak status kemasukan PLKN sms dan online

Bagus betul .. semoga anak-anak yang ada kekurangan semasa masuk kem PLKN nanti , keluar dengan pelbagai kelebihan lain.

Latihan fizikal baru PLKN 2012

Latihan fizikal baru PLKN 2012

LANGKAWI – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memperkenalkan latihan fizikal yang baru khusus bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan, tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad berkata ia akan dapat melahirkan pelatih-pelatih yang lebih berwibawa dan membawa ke arah pembinaan sebuah negara yang sihat.

“Kita perlu melaksanakan program yang berbeza dari tahun ke tahun untuk melengkapkan diri para wira dan wirawati dengan pelbagai ilmu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 3 siri 8/2011, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini lebih 500,000 pelatih dari 87 kem di seluruh negara menjalani program itu sejak ia mula diperkenalkan lapan tahun lepas.

Beliau berkata, tiga program yang baru diperkenalkan kepada pelatih PLKN di seluruh negara tahun ini ialah budaya kerja, kesihatan reproduktif sosial dan I-smart.

Program I-smart memberi penekanan kepada pelatih-pelatih yang mempunyai masalah membaca dan menulis. – Bernama

Sumber Gambar : Berita Harian
Sumber Berita : Kosmo

Comments

  1. sepatutnya lebih ketegasan di beri pada pelatih barulah perubahan akan nampak kepada pelatih dan kurangkan penceramah dari luar yang membosankan kepada pelatih dan juga kelas kenegaraan yang membosankan kepada pelatih.

  2. Pacifista :

    adik2 saya semua dapat PLKN ni.saya je yang tak pernah join sebab masa tu PLKN ni takde ­čÖé

  3. Sepatutnya perlu merangkumi BMI yang tidak ideal. Ia adalah diskriminasi kepada golongan obes dan perlu juga program untuk yang mempunyai kurang berat badan.

Trackbacks

  1. […] Terkini :┬áProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memperkenalkan latihan fizikal yang baru khusus bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan, tahun depan – Puanbee.com […]

Speak Your Mind

*