Langgar Lari Pelumba Basikal Rafizi Hamdan

Share

Dalam berita tv3 tadi ada cerita kisah langgar lari pelumba kelab basikal Le Tua Rafizi Hamdan berumur 37 tahun. Rafizi Hamdan maut di tempat kejadian. Salam takziah di ucapkan kepada keluarga Arwah Rafizi Hamdan.Kemalangan tidak diduga. Kejadian di percayai belaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

langgar lari pelumba basikal

Petikan berita berkenaan langgar lari ini :

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Bagus betul buat penat je lari , tapi no plat kereta tinggal ..jelas pula tu ..Ini lah contoh kejadian , bila tuhan nak tunjukkan kebenaran maka dia akan tunjuk on the spot, walaupun laju mana kita pecut kereta. Takut juga bila kenangkan kisah kemalangan ni , sebab di jalanraya , apa-apa je boleh berlaku.

kredit : ctnhoney & ondscene

Kejadian ini betul-betul megemparkan.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

20 Comments:

  1. kalau x silap yang langgar lari tu dah serah diri

  2. takziah kpd keluarga mangsa

  3. takziah kepada keluarganya. besarnya kuasa Tuhan, pemandu nak lari tapi plat tertanggal.

  4. Harap2 pihak berkuasa kenakan hukuman yang seberat-beratnya ke atas pemandu tu…

    Untuk keluarga arwah..takziah diucapkan…

    Al-Fatihah…

  5. innalillah…suratan ajal arwah mcm tu kan.. yg ditinggal itulah yg sedihnye amat…

  6. setiap yang berklau ada ada balasanya… hamik ko haaa buat lagi last2 tak dapat lari

  7. Salam takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah buat arwah..

  8. tgk rakaman cctv tu dlm buletin utama mlm td..

    Al fatihah

  9. sekarang ni kan Bee, ramai budak2 n org dewasa kayuh basikal kat jalan2 raya.. basikal yg tayar nipis tu… dah jadi macam trend pulak.. kadang kalau dlm kete risau je terlanggar depa ni walaupun husband bawa kete slow…

    apa pun, takziah untuk keluarga mangsa… Al-fatihah…

  10. baru tahu berita ni..salam takziah buat keluarga mangsa..

  11. Takziah kepada keluarga. Si pelaku tidak dapat melarikan diri.

  12. AL-FATIHAH….takziah buat keluarga arwah

  13. kadang2 kita tak cari…tp org cari kita..ajal maut kan…tidak seorang pun dpt elak…takziah buat keluarga arwah..

  14. kesian… Takziah buat keluarga arwah

  15. ajal seorang peminat basikal,Al Fatihah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *