Lan Coffee House – Nasi Ayam Authentic Chinese style

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar ? Kami dah cuba makan nasi ayam di kedai Lan Coffee House tu. Yeayyy … Nak di jadikan cerita. Ini cerita baling belakang lah ye. Hujung-hujung tahun 2015 kami ke Johor saja nak ambik en suami. Dia kerja sana kan. Teruja punya pasai kami mulakan perjalanan lebih awal. Jam 6 pagi dah keluar dari rumah. Singgah stesen minyak isi minyak lepas tu terus ke Johor. Sampai sana dah ngam-ngam jam 12 tengah hari. Teru cari kedai makan.

nasi ayam johor 3

Kawan suami suggest kedai Lan Coffee House ni. Nasi ayam sedap katanya. Kebetulan memang dekat dengan Homestay tempat suami menyewa. So okay lah. Anak-anak semua lapar dah. Nasi Ayam memang kesukaan anak.Mudah semua order nasi ayam je la.

Kelihatan pengunjung bersilih ganti. Ramai dan sangat sesak. Makan cepat-cepat terus pergi check in di Hotel lah. Tak mampu nak santai-santai makan. Nasi ayam boleh tahan sedap. Allhamdulillah.

nasi ayam johor 2

Kami sewa di Hotel bajet sahaja. Gambar tak ada la. Hotel tu bajet sungguh sampai malu nak cakap. Hahaha booking di agoda. Tapi bila kira tahap kepuasan hotel tu dengan bajet kira ok la. Setaraf harga katanya. No komen.

Sekian sahaja.

Terima kasih kerana membaca.

Puanbee

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Selalu bawa famili makan Nasi Ayam di Restoran Chan Abdullah. Sesekali nak tukar selera. 🙂

  2. Dalam bulan ni sahaja saya dah makan nasi ayam lebih dari 6 kali kot, itu semua sbb cuba rasa nasi ayam dikedai yang lain lain, so dpt tau mana kedai yg sedap

  3. selalu kalau pelanggan keluar masuk keluar masuk.. memang sedap la tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.