Laila Serik Kena Gunting

Laila Serik Kena Gunting

Laila serik sangat-sangat lepas terkena gunting beberapa hari lepas. Walaupun kesian .. ye lah anak kan , kecil lagi dah meraung-raung kesakitan. Tangan laila terkena gunting secara tak sengaja. Laila tolong husna pegang kertas manakala si husna gunting kertas. Tak sengaja dia tergunting isi jari bahagian tapak tangan. Bahagian isi gemuk. Bayangkan macam mana isi gemuk tu tergunting sampai berlubang. Kesian.

laila

Dah masuk 5 hari , laila masih tak nak guna tangan kanan dia , dia gengam , tak nak buka kecuali semasa nak sapu ubat je! lain-lain memang dia gengam tangan tu. Laila kata kalau buka rasa pedih.

Bila laila nampak gunting , seolah-olah fobia.. ” tak nak gunting .. tak nak gunting .. laila tak nak main gunting.. husna yang gunting tangan laila .. ” itu yang dia jerit kan selalu.

laila dan husna
laila dan husna

Rasa nak marah pada husna , tapi kesian juga husna tak sengaja dah la puasa. Jadi layan la si laila yang sakit. Paling best .. laila dah macam puteri. Nak apa semua husna buatkan.. janji jangan bagi tahu ayah. Mustahil la ayah tak tahu , belum sempat ayah balik ibu dah kasi video laila meraung dengan gambar ke ayah nya melalui wee chat. Zaman teknologi kan.. ayah cuma boleh ambil tahu pasal anak-anak melalui facebook / instagram atau wee chat atau whatsapp. Sebab tu la saya sentiasa update gambar anak-anak di intagram terus link kan ke facebook.

EH Husna boleh puasa , memang tak sangka .. walaupun mula-mula kemain banyak kerenah , tak tahan dugaan .. kejap-kejap buka peti ais , tapi lama-lama dia faham. Walaupun kadang-kadang tak puasa penuh. Tak apa lah .. tak kisah sangat , sebab husna baru je 6 tahun. Husna makin slim , kakak pun sama .. hanya kerana puasa .. jeles tengok budak-budak cepat sangat berat badan turun.. kalau kita jenuhhhh ~

Baju dan kasut laila pakai  tu sebenar nya untuk di pakai di hari raya .. tapi dah pakai awal-awal la .. si laila ni mana tahan tengok baju cantikkkk , suka ber fesyen .. dah shopping baju raya untuk diorang .. cuma kakak dan husna beli ada baju selain baju kurung. Si laila dah melebih-lebih … 6 pasang untuk laila seorang tau .. adehhh mak dia satu je , ayah belum beli apa-apa … nampak tak permainan nya disini ? bongsu selalu lebih ..  🙂

P/S ; Lama tak tulis pasal perkembangan anak-anak ni , mood asyik kelaut je … kalau nak tulis kerenah diorang memang panjang .. tak boleh berhenti.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

12 Comments

  1. ala….kesian nya… kita yg dewasa ni pun mesti sakit.. ini kan pulak budak2….

    bee, x lama lagi si bongsu nak jadi kakak.. itu yg manjanya semacam je… 🙂

  2. ala sian laila.. teringat kes nis sndiri terkena gunting. sakit woo.. kalau budak kecik mcm laila, lagilah sakit kan…

    owh husna sebaya anakku munirah yer.. tu lah, nak marahkan ponteng puasa, tak patut pula baru nak masuk 6 thn

  3. memang suka berfesyen betul laila nih..hehe

  4. no komen lepas tengok gambar laila berkaca mata..sooo sweettt..hahaha

  5. bagus husna puasa..irsyad juga y jenuh..hehe

  6. lawak la ayat “nampak tak permainan nya disini “, hehehe

  7. kesian kat laila, moga cepat sembuh yer. Alhamdulillah Husna pun dah start puasa, terbaiklah.

  8. Kesian dekat Laila… Semoga lepas ni dia lebih beringat supaya perkara yang sama tidak berulang di lain kali..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *