Laila demam malam

Sebelum tu buka cerita laila demam malam , puanbee tukar theme blog.. jangan tanya kenapa , tak ada apa-apa sebab , saja je tukar sebab teringin nak guna theme warna putih. Lagipun ini adalah theme lama saya. Rindu ~  Laila demam berjangkit dari ibunya.. Saya rasa serba salah ni , esok ada event .. tak pernah tinggal anak kepada ayahnya lagi-lagi dalam keadaan demam. Harap ayah boleh jaga Laila la . Lagipun Laila nampak sihat di siang hari , cuma malam je meragam sikit. Amin!

anak demam malam

Gambar Laila beberapa hari lepas, nampak kamera terus possing macam ni…

Antara kerenah si laila bila demam malam , badan nya akan panas sangat-sangat .. membahang , bibir pun jadi merah menyala , batuk , muntah. Muntah bukan keluar isi apa-apa tetapi semacam buih-buih dengan sedikit susu gitu je.

Memang tak boleh tidur , apa yang perlu buat adalah .. bawa laila mandi , siram mulai dari kaki ke atas. Beri ubat demam 5ml saja. Dan air kosong secawan. Dan Allhamdulillah laila boleh tidur dengan tenang sampai pagi. Panas badan pun kurang sikit. Siang nya laila nampak ok. Siap petang lepas ambil si aliya balik dari sekolah boleh pergi padang main buaian dan badminton. Malam jam 8 ke 9 malam ok lagi. Tunggu la bila laila mula letak kepala atas bantal.

Dalam keadaan demam pun degil jugakkkk …  tak nak tidur siang. Macam-macam alasan dia bagi ~ Harap-harap esok laila bertambah sihat. Ngee~

14 Comments

  1. akubiomed 22 March 2013 Reply
  2. hatiputera 19 March 2013 Reply
  3. Hafizul 19 March 2013 Reply
  4. Datin Tyka 18 March 2013 Reply
  5. Juan 17 March 2013 Reply
  6. eiela 17 March 2013 Reply
  7. Ummi Hanie 16 March 2013 Reply
  8. nurmisnan 16 March 2013 Reply
  9. mrs.yie 16 March 2013 Reply
  10. Denaihati 15 March 2013 Reply
  11. sukma 15 March 2013 Reply
  12. sicantikmatahari 15 March 2013 Reply
  13. ejam 15 March 2013 Reply
  14. afif 15 March 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.