Salam bahagia
sedikit perkongsian ilmu yang saya dapat dari WIKI sebenarnya , tapi apa salahnya saya ulang taip disini bagi mengingati diri sendiri dan juga orang lain untuk menunaikan zakat.. kepada en suami ku.. bayar zakat ye.. bayar awal2 takut lupa..
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Lafaz Niat Zakat Fitrah
Wang sebanyak _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala.
Syarat Zakat Fitrah
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
- Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


[...] Lafaz niat zakat fitrah [...]
[...] Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal. sumber [...]
[...] terbesar syukur diatas nikmat Allah Yang Maha Kaya . Lafaz niat zakat fitrah boleh rujuk DISINI Sumber Asal : e-mosque | CikguDahlia | PuanBeeZakat Fitrah 2011 __spr_config = { pid: [...]
salu hubby akak yg urus mende2 ni..hehee
sarahnajwan recently posted.."BERTUAHNYA DIA"
memang kak
terima kasih sebab mengingatkan

Pacifista – X recently posted..Review Terkumpul Untuk Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – X
sama-sama ..
wanita ini istemewa…zakat fitrah ditunaikan oleh ketuanya…jika belum berkahwin masih tanggungjawab ayah mahupun walinya…jika sudah berkahwin itu tanggungjawab suami mahupun walinya…tapi atas kesedaran kita jika mampu…wanita itu boleh membayar zakat fitrah buat dirinya sendiri….
azura recently posted..Fikir Positif melawan SLE
dulu2 saya kematian ayah , sejak saya mula pegang duit dan belum berkahwin saya bayar sendiri tk nk susahkan mak konon , hehe lepas kawin suami lah yg bayar mcm biasa
[...] ← Kontest Menang Duit Raya Lafaz Niat Zakat Fitrah → [...]