Kungfu Steam Seafood – Rasa seafood sebenar

Hai .. Salam ramadan dan salah sejahtera buat sahabat pembaca blog puanbee.com. Diharapkan semua anda berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Meh sini akak nak rekomendasi satu restoran seafood yang saaaaaaaaangattttttttt sedap masakan nya. Saaaaangaaaatttttt fresh dan manis isi seafoodnya. Tak tipu .. sungguh ni akak cakap.

Restoran Seafood Kungfu Steam terletak di Puchong Selangor . Akak pergi makan dengan anak-anak. Enjoy sangat makan di situ cuma terkilan sebab ayahnya tak ada. Akak dengan anak-anak memang peminat seafood  tau .

Tak de sorang lagi dalam gambar ekk ..

Set Makanan Tengah Hari – Ramen Seafood Pilihan

Istimewanya di sini , anda pilih nak makan mee dengan bahan apa dan kuah apa. Hanya dengan 3 langkah mee hoon atau ramen pilihan akan terhidang. Akak cuba ke tiga – tiga jenis kuah . Kuah kari , kuah sup dengan kuah tomyam. Sedapnyaaaa .. ya ampun .. nasib baik jauh , kalau dekat nak juga pergi hari hari. Tapi akak cuba ramen je hari tu. Mee hoon biasa dah makan kan

Cara nak pilih

  1. Pilih kuah seperti  Superior Soup  , Curry Laksa Soup dan Tom Yam Soup.
  2. Pilih Mee hoon atau Ramen
  3. Pilih bahan  – contohnya macam akak pilih di bawah ni.

Ramen Curry Laksa Soup dengan Autralia Beef Sliced / kalau tak makan daging boleh tukar dengan Chicken Sliced , Rasa kari lemak .. macam mak masak jek…

Ramen Superior Soup dengan Bursting Beef Balls , tak makan daging boleh tukar dengan fish ball. Dalam balls tu ada daging cincang uols . Kalau rajin tengok video akak di youtube.

Ramen Tom Yam Soup dengan Seafood , sedappppppppppppppppp .. adeh tak tau nak tunjuk macam mana sedap tu.

SET HIDANGAN atau ALA CARTE MAKAN SEKELUARGA ATAU MAKAN RAMAI-RAMAI MENYAMBUT SPECIAL DAY DENGAN TERSAYANG.

ok di bawah ni , akak dah tunjuk satu satu gambar sebab akak tak makan dalam  set tetapi makan ala – carte. Kalau pergi ramai ramai lagi elok ambik set hidangan lah. Boleh pilih sesuai dengan bajet kita dan seafood apa yang kita suka. Kalau rasa alah susah la nak pilih set kita suruh je seorang pilih seafood apa dia suka. Pergi 10 orang ada 10 pinggan dah. Banyak tu ..

Akak makan Kepah , Udang , Ketam , Ikan Siakap , Signature Flower Crab Poddridge (special sangat nanti akak ceritakan ) ,  Sea CUCUMBER UDON .. Haaa banyak tak uols ? semua sedap sampai lupa dah makan banyak.

 

Apa yang special nya. Semua seeafod di kukus / steam di dalam periuk khas. Di bahagian atas seafood di steam , di bahagian bawah nya adalah bubur nasi di kukus . Terkesima akak seketika bila dah makan semua seafood baru lah siap bubur nasi nya. Yang di beri nama Signature Flower Crab Poddridge. Paling akak terkesima bila tahu , dalam bubur nasi tu tak ada apa-apa perasa tapi sedap. Dari mula akak tengok mereka tak letak apa-apa perasa melainkan beras dan ketam sahaja. Bila dah siap nasi tak melekat malahan menjadi elok teksturnya. Dan ada rasa manis dari ketam dan bahan seafood lain yang di kukus di atasnya sebelum itu.

WEfie sikit dengan owner restoran.

Sambung tengok ketam masak. Merah merah isi manis macam ada gula. Ye lah fresh kan.

 

Di bawah ni SEA CUCUMBER UDON.

Sangat sedap. Yang paling akak teringat sebab dah kenyang dan tak boleh makan banyak dan sedap. Bayangkan tak ada perasa seperti garam tapi ada rasa bila makan sedap ya amat. Cendawan unagi tu memang lah fav akak uols. Bila makan udon dengan cendawan terasa krup krap dari bijan dan kenyak dari cendawan. Dan paling special ada gamat tu. Sea Cucumber kan gamat. Dapat lah merasa. Sedap amcam sotong rendam. Tapi lagi sedap dan fresh rasanya.

Zoom sikit gamat. Sedap .. Cicah pula dengan sos manis . Oh sebut pasal sos. Semua seafood di atas kita boleh pilih sos. Ada banyak sos di sediakan ikut selera kita. Pedas , manis , hongkong , cina , thai , melayu sambal belacan pun ada. Macam macam jenis sos ada. Pilih aje lah.

Di bawah akuarium tempat simpan seafood dia , fresh kan ? tak tau nak habaqqq fresh tahap mana lagi dah.

Nah video amatur dari akak. Mai mood rajin nak video kan.

Review dari akak.

Keseluruhan makanan memang fresh , sedap dan menyihatkan. Tetapi akak nak air manis. Mana – mana restoran akak pergi mesti nak try coffee dia. Harap owner pertimbangkan ada air manis lah lain kali.

Keseluruhan restoran bersih dan kemas , layanan bagus. Tandas pun bersih.

Pada pandangan akak kalau nak lepak makan pelan-pelan dan enjoy makan boleh ke sini. Tak bising restoran nya.

Itu sahaja , terima kasih kerana membaca .

Enjoy ..

Puchong KungFu Steam ???

Address:

No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A, The Cube, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.

Contact:
+6016- 213 2828

Business Hours:
Monday to Friday 11.30am- 2.30pm, 6pm- 11pm ;
Saturday and Sunday 11.30am- 2.30pm, 5pm- 11pm

Facebook:
Kungfu Steam Seafood

Comments

  1. Menu seafoodnya lengkap, ada aquariumnya pula. Boleh kapan-kapan mampir ke sana.

  2. bikin ngilerr.. makanan nya enak-enak semua.. 😀

  3. Mantap… Siang hari makan dengan yang pedas-pedas….

  4. jadi pingin segera makan kepiting, soalnya saya paling suka makan-makanan laut. Ngiler

  5. Sedapnya dapat makan seafood panas panas

    dah boring pula makan rendang hari

    Alhamdulilah Malaysia ni mewah makanan sampai boleh pilih nak makan apa

    Syukur sebab rezeki yang Allah swt beri

  6. Ya Allah, sedapnya nampak!

  7. Ibu teringin nak makan steamboat dalam cuaca sejuk

    Insyaallah bulan 8 ni nak pergi cameron

    Ada rezeki makan kat sana

    Hehe

  8. hmm.. sedapnye ada bakso pula

  9. Memang sedap makan juadah masa berbuka ni

    Terasa nikmat banyak Allah swt beri pada kita

Speak Your Mind

*