Kuih Loyang Atau Kuih Goyang ?

Kuih loyang merupakan kuih tradisional malaysia.. lama dah kan ? baru-baru ni semasa saya di kampung , saja saya melawat emak kawan saya .. kawan saya tak ada di rumah , tetapi mak nya saja ada. Emaknya menjemput saya masuk ke dapur kerana beliau tengah membuat kuih goyang katanya..

ada ke macik ton panggil kuih loyang dengan nama kuih goyang ..hik2

kuih loyang

Biasa lah penyibuk .. dah makcik ton (mak kawan saya tu) ajak saya ke dapur , memang tepi dapur sungguh lah tempat saya .hihi sempat tolong goreng kuih loyang sampai habis bancuhan yang makcik ton buat … bawa anak-anak sekali .. kasi diorang kenal … sempat makcik ton luah perasaan , anak nya tak kawin lagi .. minta sorang anak saya untuk di jaga .. hahaha gelak besar saya di buatnya … tak akan sesenang saya serahkan anak saya pada orang ..

kuih tradisional

Buat kuih goyang ni lambat. Aku nak kemana tak boleh lagi tak siap , lauk tengah hari pun tak masak lagi .. hanpa mai salah hari la kalau tidak boleh makan nasi sekali .. ”  kata mak cik ton ..

Takpe .. saja melawat cikton , sejak kawin saya tak pernah datang sini kan ? ” kata saya menambah ..

 ” Haaa lama hang tak mai , padahal seberang sungai jek … anak berapa dah ? ” tanya cik ton.

Anak 3 dah cikton , tu anak dara bertiga tu anak saya la tu .. ” kata saya sambil membuat kuih loyang nya.

ooo 3 anak dara , takde lelaki ka lagi ? takpe beranak lagi sorang bagi cukup 4 baru elok ” kata cikton (normal sapa2 pun akan cakap macam ni pada saya hehe )

Pastu macam2 soalan lagi keluar …. ada jugak tanya nak di buat apa banyak-banyak kuih loyang ni ..  nak bagi pada orang kenduri katanya.. sedekah jek .. esok2 kita kenduri orang pulak tolong .. begitu lah amalan orang kampung di kampung saya. Jiran dan mak kawan2 macam kawan2 sendiri jek.. beza di kuala lumpur ni ..

kuih tradisional malaysia

Kuih loyang hanya gunakan santan , gula dan tepung gandum dan di goreng di dalam minyak menggunakan acuan berbentuk bunga ros , pembuatan nya amatlah renyah sebab kena celup acuan tu ke dalam minyak satu demi satu ..pheww orang yang penyabar je boleh buat kuih loyang ni gamaknya .. saya pernah buat tetapi tak jadi .. hahaha .. tak malu lagi mengaku .. Sesetengah orang panggil kuih rose.

ermmmm ~ kat sana tak makan , balik rumah di KL teringat pulak .. aiyoo~

26 Comments

  1. Norasikin 1 December 2012 Reply
  2. Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  3. hafizmd 30 November 2012 Reply
    • Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  4. nadia 29 November 2012 Reply
  5. Jebeng Otai™ 28 November 2012 Reply
    • Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  6. puan kutu 28 November 2012 Reply
  7. JunAina 28 November 2012 Reply
  8. akubiomed 28 November 2012 Reply
    • Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  9. LOLA 28 November 2012 Reply
  10. Hazmin Hamudin 27 November 2012 Reply
  11. Denaihati 27 November 2012 Reply
  12. MaMa3Hero.com 27 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 November 2012 Reply
  13. transformed hw 27 November 2012 Reply
  14. diana 27 November 2012 Reply
  15. nurmisnan 27 November 2012 Reply
  16. Azie 27 November 2012 Reply
  17. Ummi Hanie 27 November 2012 Reply
  18. papa mifz 27 November 2012 Reply
  19. ummiross 27 November 2012 Reply
  20. kakngah 27 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 27 November 2012 Reply
      • sicantikmatahari 27 November 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.