Krisis Nuklear Jepun – Radiasi Dikesan Dalam Loji Air Tidak Selamat Untuk Bayi

Tahap radioaktif dalam paip air menimbulkan ketakutan kepada penduduk Tokyo kini menyebabkan bekalan air botol makin kehabisan.

Ketakutan makin ketara apabila tahap radiasi tidak selamat kepada bayi juga dikesan di loji rawatan air Kawaguchi, Wilayah Saitama.

Kakitangan sebuah pasaraya berkata, air botol habis dijual sejurus tersebarnya berita terbabit.

Pelanggan tidak menghiraukan had membeli 2 botol air berisi 2 liter.

Mereka yang mempunyai bayi dibenar membeli botol air 3 setengah liter.

Ketua Setiausa Kabinet Jepun, Yukio Edano meminta rakyat bertenang kerana pentadbiran di Tokyo sedang berusaha memulihkan keadaan.

Trak membawa bekalan air botol juga mula tiba pagi tadi untuk mengagihkannya kepada dewan bandaraya dan pusat pengumpulan lain.

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

2 thoughts to “Krisis Nuklear Jepun – Radiasi Dikesan Dalam Loji Air Tidak Selamat Untuk Bayi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *