KOLEKSI RAYA RIZMAN RUZAINI DI FASHION VALET

Hi..

Seperti tahun-tahun yang lepas Rizman Ruzaini bersama-sama dengan fashion Valet mengeluarkan koleksi untuk Raya dan begitu juga tahun ini dimana koleksi raya 2017  dengan nama Julliette dan Romeo di lancarkan.

Untuk permulaan koleksi kali ni  hanya dijual di semua outlet Fashion Valet di Pavllion, Bangsar , Singapore dan di Publika sahaja sehingga kelmarin (14 mei 2017) . Untuk jualan online ianya masih belum dikemas kini.Mungkin akan ada dalam masa terdekat ini.

kalau tahun lepas Koleksi raya dari RR ni banyak bermain dengan campuran warna tapi bagi tahun 2017 ,RR lebih banyak menghasilkan koleksi mereka dengan menambah kain Lace di bahagian atas .Antara koleksi Julliette yang mencuri tumpuan:-

 

 

Penambahan kain lace pada busana membuatkan ianya nampak lebih mewah dan tidak terlalu sarat jika dibandingkan dengan penggunaan manik .Yang paling saya suka dengan koleksi ini ialah kain lace yang diguna kan adalah warna hitam dan nampak sangat kena dengan fabrik yang berwarna pastel.

Koleksi Romeo khas untuk lelaki menampilkan baju melayu yang disertakan dengan sampin berwarna hitam dengan corak logo RR.

Nampak ekslusif baju Melayu RR  ini.Cuma kalau tak salah saya koleksi ni lebih kurang sama dengan koleksi RR pada tahun 2014.Cuma pada bahagian logo di dada sahaja yang mungkin sudah di ubah untuk kelihatan lebih terkini.

Menarik tak koleksi raya Rizman Ruzaini kali ni?Mungkin dah ada yang tak sabar nak dapatkan salah busana  satu dalam koleksi ini. Good Luck untuk Rizman Ruzaini untuk koleksi raya mereka.

 

Comments

  1. Maznee pun dah mula shopping beli baju raya untuk anak anak dan suami

    Untuk diri sendiri belum lagi

    Mesti harga naik melambung

  2. Raya dah dekat sangat rupayanya

    Ramai yang nak jaga penampilan luaran. Semoga ramadhan ini bersihkan dalaman kita juga

    Amin

Speak Your Mind

*