KOD jarum mesin yang sesuai dengan mesin

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Rasa nak menjerit bila tersalah beli jarum  mesin jahit . Eh bukan salah beli. Memang tak tahu pun. Bila dah balik rumah tengok balik dengan bekas jarum yang lama baru lah tahu. Dan secepat kilat kita google kod dia. Kenapa lah tak google sebelum ke kedai. Bukan nya dekat … wuuuwuwuwu dan sebenarnya lagi tak sabar nak jahit blouse tu. Kain satin . Tak sabar tengok hasilnya. Dan pertama kali nak jahit satin pun.jarum mesin

KOD    Untuk    MESIN YG SESUAI

  • HA        untuk mesin jahit biasa(kepala hitam or portable)
    Seperti Singer,Brother dan yang lain2.
  • DB        untuk mesin industri highspeed yang jahit lurus.
    Seperti mesin jahit Brother,Juki,Jelita .
  • DP        untuk mesin industri Singer yang boleh jahit lurus dan
    sulam.
  • DC       mesin jahit tepi industri.
    Seperti Singer,Brother,Juki dan lain2.

Bagi pengguna mesin portable hanya perlu memastikan 2 pekara :

  1. Kod jarum mesti HA
  2. Saiz jarum mesti ikut kesesuaian kain yang hendak di jahit.
  3. Nombor jarum dan kesesuaian kain yang
    hendak di jahit.
    # no 9 = untuk kain nipis/halus
    # no 11= untuk kain licin/sutera
    # no 13&14 = untuk kain biasa /cotton
    # no 16 = untuk kain sederhana tebal/ langsir
    # no 18 = untuk kain tebal/ jeans dan lain2
    # jarum emas=untuk kain lycra/jersey

kredit kod jarum kepada madam : http://azrafesyen.blogspot.my/2012/09/kod-jarum-mesin-jahit.html

Ok la .. kena pergi kedai peralatan menjahit lagi. Daa~

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

8 thoughts

  1. jarum pun ada kod dia yang tersendiri ya, ingat kan ada pakej semua jadi beli terus semua skali asing2x ya. leceh plak macam tu. Nasib baik orang lain yang jahitkan. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *