Kita Yang Bertuah …

Share

Saya memang suka membaca. Walau pun bahan bacaan saya tidaklah seilmiah mana, tetapi tetap saya memilih bahan bacaan yang saya rasa boleh membantu saya. Sama ada dari sudut mengayakan jiwa atau pun mengayakan angan-angan saya. 🙂

I met Margaret , a woman in her early sixties, in a couples group. She had cancer.

The disease was taking a toll on her appearance. Her complexion was ashen, her eyes had sunk in their sockets, and her hair had turned limp and colorless. But as she told me about her hospice meeting , her eyes burned brighter.

“I left the meeting to go to the bathroom, ” Margaret recalled, “and on the way back from the bathroom, I pass the laundry room. I saw someone had folded my laundry for me!” Margaret smiled. “Aren’t I a lucky woman?”

Indeed. She is lucky to know that she is lucky. ~ Learning from the heart : Daniel Gottlieb , page 106 – 107.

Diuji dengan penyakit yang ditakuti semua boleh menjerumuskan kita ke lembah kemurungan. Sedangkan sakit kepala sahaja pun boleh memporak perandakan hidup kita seharian, apatah lagi penyakit kanser. Dan betapa kagumnya orang lain yang melihat , bila dalam sakit itu pun insan yang sedang diuji itu, masih boleh melihat positif dan indahnya hidup mereka.

Ada juga insan yang sebegitu rupa, kan. Dan kewujudan mereka itu memang ada di sekeliling kita.

Ia membuat saya terfikir apakah kita yang sihat walafiat ini patut dan selayaknya melihat hidup kita penuh susah dan payah?

If we don’t have death , we can’t have life. We can’t understand what it means to live. ~ page 107.

Indahnya kita yang dilahirkan sebagai insan beragama Islam kerana sering disaran untuk mengingat mati. Bukan mati itu sangat , saya kira yang perlu kita teliti, tetapi tentang hidup ini yang perlu kita terokai dan hargai.

Rasa kebertuahan pada hidup ini dengan segala kekurangannya.

Kurang duit di kocek, tapi anak sihat dan tidak sakit. Kurang cantik di wajah tapi mata dan telinga jelas dapat melihat dan mendengar. Tiada gelang emas di tangan, tapi masih selamat berjalan ke hulu dan ke hilir tanpa risau diintip peragut.

Bertuah kan 🙂

Alhamdulillah.

Marilah kita belajar untuk melihat segala yang bertuah di sekeliling kita dan pejamkan mata pada segala yang kurang . Hidup kita pasti jadi lebih indah.

Artikle ini di tulis oleh~cikgunormah@klcitizen~sebagai penulis jemputan di blog puanbee.com , jadi mari ramai-ramai singgah di blog cikgu normah .. terbaikkk ! 🙂

cikgunormah

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

35 Comments:

  1. kita sememangnya bertuah.

  2. wah terbaik ni cikgu.. hampir terpejam mata nak senyum rasa bertuah dgn asyik 😛 .. Very menghilangkan keletihan n kesaratan akal sejenak 😀

  3. betul, kita sememangnya bertuah, satunya bertuah kerana kita umat Islam & umat Muhammad S.A.W.. kalau nak kira, banyak lagilah yang bertuah..

    • saya setuju..dilahirkan dalam kalangan ummat Muhammad, yg mane dicipta paling akhir berbanding ummat terdahulu tapi paling awal akan memasuki syurga.

      nikmat sihat itu hanya akan kita syukuri bila kita sakit. Orang yg sakit patut bersyukur, sebab Allah beri dia sakit untuk menghapuskan dosa dia.

      Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!

  4. Alhamdulillah.. walau poket kering, tp anak2 sihat.. 🙂

  5. istiqamah dlm berbuat sesuatu perkara itu penting …biarpun sedikit ..

  6. ye la..
    kalau ayik fikir pasal nak mati saja
    takut tak jadi kerja lain pulak..jadi baik la kita jalani saja kehidupan ni
    dengan penuh rasa syukur..
    sebenarnya apa yang kita ada sekarang ni
    ada lah yang terbaik untuk kita tapi
    kita jugak kena la berusaha untuk ke arah yang lebih baik..

  7. kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yg ada ini.. 🙂

  8. kebanyakan alpa di waktu sihat, tp tersedar betapa hebatnya nikmat itu di kala sakit. Semoga kita sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah.

  9. kalau pernah dapat sakit yang teruk, barulah kita tahu bersyukur..

  10. syukur alhamdulillah dgn nikmatNya

  11. Assalam, fuhhh,… kekadang pengalaman ini yang membuat kita lebih dewasa dan lebih matang utk menilai sesuatu itu… memang kita yg hidup lagi ini sangat2 bertuah kerana dapat mengumpul segala amal utk di bawah ke ‘Alam’ yang satu lagi iaitu alam yg kekal abadi… Bersyukurlah kita..

  12. HARGAILAH…NIKMAT YG DIBERIKAN….

  13. kadang2 kita tak sedar kita ni bertuah. kena jenguk2 sikit sejarah hidup. taraf hidup yang berbeza masa kecik dengan sekarang. Alhamdulillah

  14. bacaan motivasi yg bagus.. i laik

  15. Ibu Mifzal Arsyad

    syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya

  16. alhamdulillah syukur dengan apa yg kita ada..sentiasa merasa bertuah kerana dilahirkan sebagai islam dan inyaalllah mati sebagai Islam..:)

  17. bersyukur dengan ape yang ada n menghargai setiap detik yang kita ada.. (^0^)

  18. Bee, menarik entry dari cikgunormah@klcitizen. Mengingatkan kita semua mengenai kehidupan dan bagaimana kita patut bersyukur atas setiap pemberianNya.

  19. Untung jugak bagi orang Islam, setiap penyakit dan ujian yang datang jika diterima dengan redha, baginya pahala yang besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *