Kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan

Ada berapa bilion manusia dalam dunia ini ya, sekarang?

Berdasar World Population yang telah dikemaskini pada 24 Januari 2012, bilangan manusia di dunia tika ini lebih 6.8405 bilion orang.

world population
world population

Ishh, ramai sungguh.

Dan kita adalah salah seorang dari lebih dari 6 bilion orang tersebut.

Adakah kita ini signifikan dalam bilangan sebesar itu?

Kalau pun kewujudan kita ini memberi kepentingan, tentunya kepentingan itu tidak memberi kesan kepada seluruh populasi dunia ini, kan. Entah-entah, kewujudan saya atau ketiadaan saya pun tidak membawa sebarang makna bagi masyarakat setempat saya pun, kecuali bagi beberapa orang yang mengenali.

Bila difikir sedemikian, sedih rasanya . Setelah 46 tahun atau 64 tahun menapak dan bernafas di atas dunia ini, dan akhirnya kita tahu bahawa kita ini tidak sepenting mana pun. Sedih juga, kalau difikir begitu, kan?

Sedih kita, terguris kita, kecewa kita, sebenarnya tidak membawa makna bagi 6 bilion manusia ini. Rasa terbeban kita, sebenarnya tiada makna pun atas alam maya ini.

Dan bukan kita sahaja, ramai sekarang yang hidup mati mereka juga tidak memberi impak pada seluruh manusia ini. Ibarat nyawa seekor nyamuk, yang matinya tidak akan ditangisi.

Tetapi, benarkah rasa itu? Rasa tidak berharga di dalam bilangan berbilion itu? Rasa senegatif itu?

Saya pasti ramai yag tidak bersetuju.

Kerana setiap dari kita yang beragama tahu. Indahnya Islam sebagai agama, meletakkan nilai individu itu amat tinggi dan berharga. Kerana setiap kita ini, setiap dari kita , setiap 6.8405 bilion manusia yang hidup tika dan saat ini akan ditanya dan dipertanggung jawabkan atas apa yang diperlakukannya waktu dan saat dia hidup .

Kalaulah hidup ini tiada harga, akhirat itu tidak akan ujud.

Pentingnya kita, pentingnya sebuah hidup kita, ia akan dinilai nanti. Yang ditanya dan dinilai bukan tentang mati kita, tetapi tentang hidup kita itu sendiri.

Nampakkan pentingnya sebuah kehidupan itu. Dan jelas, hidup kita bukan tiada harga. Ia bukan perkara enteng.

Dan benarkah hidup saya selama ini telah terpenuh dengan segala yang baik? Tipulah kalau saya menulis bahawa hidup saya semuanya bertitik pahala.

Dan apakah selamanya sebelum ini hidup saya sentiasa sepositif ini? Memang berbohonglah saya, jika saya kata, saya memang lahir sebagai insan yang sentiasa positif.

Kerana saya seperti anda semua punya kisah silam tersendiri.

Dan kerana kisah silam itu tidak boleh hendak saya padam dari jalur hidup saya , makanya, saya bertekad untuk terus bergerak ke hadapan, namun, dengan cara mengambil jalan yang lain dari jalanan kisah silam itu. Saya ingin garisan yang saya lalui selepas ini sentiasa positif dan lebih baik dari kisah silam.

Bagaimana dengan anda?

Jika jalan hidup anda penuh kesilapan, kesedihan, kesunyian, marah, dendam , tidak puas hati, benci, geram, takkan anda ingin terus berada di jalanan itu hingga anda mati nanti.

Dan bila dibangkitkan dan ditanya bagaimana kita habiskan jalur hidup kita, adakah semua itu yang ingin kita bentangkan nanti? Melihat semula, semua segala negatif dalam hidup kita itu semula , walau sesudah mati?

Janganlah mengasihani diri sendiri tidak bertempat . Hidup dengan air mata tak sudah, atas tercalarnya hati akibat dikecewakan, atau remuknya hati bila impian tak terlaksana.

Positifkan diri, kerana positif itu membina emosi, dan emosi yang stabil akan membuah tindakan yang baik serta cemerlang. Dan tindakan itulah yang akan dibentang nanti untuk kita lihat dalam bahagia di waktu perhitungan semula , insyaAllah.

Bagaimana ingin positif kan diri?

Nanti saya bincangkan dalam artikel akan datang, insyaAllah.

Salam kasih.

~cikgunormah@klcitizen~

Please follow and like us:
follow subscribe - Kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan0

21 Comments

  • Adibah

    12/03/2012 at 5:31 PM Reply

    harimau mati tinggal belang…manusia mati tinggal nama..(betul ke ni?)

  • […] Kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan part 1 -disini […]

  • puan kutu

    24/02/2012 at 5:51 PM Reply

    yup akan terus mencuba menjadi lebih positif..

  • mnsar

    23/02/2012 at 4:26 PM Reply

    Hidup memang perlu positif…selalu…segala yang berlaku tu dugaan dari Allah

  • bardboo

    22/02/2012 at 2:51 AM Reply

    best juga sesekali layan entri motivasi macam ni..tak sabar nak tunggu next entri, cara positifkan diri..

    bg sy, untuk positifkn diri, kita kena selalu dekat dg org2 yg positif gak..huhu..

  • puanema

    21/02/2012 at 9:33 PM Reply

    hum… jgn kita salah ertikan hidup kita di bumi Allah ini..

    • Adibah

      12/03/2012 at 5:29 PM Reply

      betul…setiap apa yg berlaku ada hikmahnya…;)

  • titan

    21/02/2012 at 6:27 PM Reply

    uihh, memanglah ramaiii manusia..

  • rahman

    21/02/2012 at 4:28 PM Reply

    ibarat setitis air di lautan, lebih kurang camtulah hidup kita di dunia ni

  • Denaihati

    21/02/2012 at 4:06 PM Reply

    kita dr berbilion yg bernasib baik, lahir dlm islam. sudah ada jalan. amat bersyukur. bg org bukan islam tercari2 sebelum memeluk islam.

  • ummiross

    21/02/2012 at 3:12 PM Reply

    bee, cikgu.. hidup yang positif membuka banyak lorong-lorong bahagia, sebab itu dalam Islam tiada istilah putus asa, berjalan terus dengan penuh tunduk mengharapkan kasih sayang dan belas ehsanNya…

  • nurmisnan

    21/02/2012 at 11:53 AM Reply

    Bee.. kehidupan ini jangan kita sia2kan lagi2 bila masa itu kita biarkan
    pergi tanpa mengisi ilmu dan pahala2 yang Allah beri bonus pada hamba-Nya.
    Dengan melakukan sunnah2 Rasulullah SAW + menghormati kedua mak abah
    kita + suami = ganjarannya Syurga + pahala + hikmahnya…

    nice sharing here Bee… thanks

  • Ummi Hanie

    21/02/2012 at 11:51 AM Reply

    hidup perlu positif kan cikgu .. dahlah sementara sgt tempoh masa kita di dunia yg fana ni…

  • anif

    21/02/2012 at 11:01 AM Reply

    Skrip kehidupan kebanyakkan kita ni sebenarnya lebih kurang sama.. Ada yang diuji dahulu dan ada yang terkemudian..

  • taufiq arifin

    21/02/2012 at 10:55 AM Reply

    erm, betol jgak kan… ape sumbangan yg telah sy buat kt dunia ni… 🙁

  • madammondoq

    21/02/2012 at 10:22 AM Reply

    btol.. apa pun.. hidup perlu diteruskan… walau apa pun cabaran yg mendatang..

  • azman

    21/02/2012 at 10:05 AM Reply

    PUAN BEE : ANDA MENANG PAKEJ PERCUTIAN KE PENANG!!!!!!!

    • Ummi Hanie

      21/02/2012 at 11:50 AM Reply

      thniah bee ! leh berjimba2 kat feringghi 😉

      *menyampuk jap

    • Denaihati

      21/02/2012 at 11:43 PM Reply

      tahniah pbee, menang bercuti ke penang. jangan lupa tapau pasemboq

  • Juan

    21/02/2012 at 8:56 AM Reply

    betul tuh, pelbagai liku liku hidup setiap manusia itu berbeza, kekadang kita lihat mereka spt tiada masalah akan tetapi setiap manusia ada pengalaman yang berbeza, tidak semua itu indah

  • shraqs

    21/02/2012 at 8:35 AM Reply

    Itulah peri pentingnya pegangan agama dlm diri, hilang pedoman.. maka hilanglah arah tuju dlm kehidupan

Post a Comment