kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan (2)

Sebelum itu jom baca

Kita bukan dalam sejuta, kita dalam bilionan part 1 –disini

Kita mahu, bila dibangkitkan nanti di waktu yang tiada akhirnya lagi, terbentang segala yang indah untuk dipaparkan di hadapan semua manusia.

Untuk itu, kita harap dan bertekad agar kita lebih positif pada hari ini. Hari ini yang mencorakkan hari esok. Semua pun tahu itu, bukan. Untuk positif saya kira, ia perlu usaha dan pengorbanan.

Rasululullah sendiri , telah menunjuk jalan. Bagi mencapai positif, kita perlu berhijrah. Perubahan kena berlaku.

Gambar kenangan una dalam baldi
SENYUMLAH ! Gambar kenangan una dalam baldi semasa umur 2 atau 3 tahun kot , tak ingat dah hihihi 🙂

Bermula dari dalam diri.

Saya mencadangkan :

Pertamanya~ kita perlu memasang niat dan azam untuk menjadi lebih baik dari semalam, tetapi secara berperingkat. Tanpa azam , kita tidak akan ke mana. Kata kuncinya ialah berperingkat.

Kalau hari-hari semalam kita, kurang senyuman. Kita berazam untuk senyum dahulu. Mulakan senyuman dengan orang yang kita sayang. Biasakan dahulu. Setelah biasa, kita senyum pula pada orang yang setiap hari kita akan jumpa. Contohnya , penjaga laluan masuk bangunan atau tempat letak kereta di kawasan tempat kerja. Biasakan. Setelah itu kita tambah dengan orang di sekeliling. Biasakan.

Alah bisa tegal biasa.

Bukan begitu kah?

Keduanya~ingin menjadi positif, kenalah kita latih untuk bercakap dengan diri sendiri dalam diam dengan kata-kata positif. 90 peratus masa kita biasanya kita akan bercakap sendirian tanpa suara. Segalanya , cubalah kita biasakanmelihat dari sudut positif.

Kita kurang duit di kocek, tapi anak-anak kita tak sakit. Bukankah itu postif ? Anak kita tak pandai mana, tapi dia sangat mendengar kata. Bukankah itu positif ? Suami kita tak menolong tapi, dia tak pernah memukul kita walau kita membebel tak sudah. Bukankah itu positif ? Dan banyak lagi yang positif , kalau kita menukar perspektif kita untuk melihat.

Cuma, adakah kita mahu atau tidak ?

Ketiganya ~jadilah orang yang pemilih. Memilih bahan bacaan yang kita baca, orang yang kita dampingi, siaran radio yang kita dengar , siri televisyen yang kita tonton. Secara berdikit, dan kita biasakan.

Mungkin kita tak suka siaran rado Ikim, tapi cuba buka pada waktu-waktu tertentu, misalnya waktu azan dan sesudah azan. Ia sangat mengasyikkan. Cubalah.

Atau, kalau dalam sebulan kita membaca sebuah novel cinta , cuba dalam 3 bulan sekali kita baca pula buku motivasi yang sangat banyak sekarang. Atau kalau tidak mampu pergi saja ke blog Ustaz Pahrol Mohd Juoi atau blog Saifulislam atau blog Suhaibwebb. Banyak pengisian bercorak motivasi dan ukhrawi di sana secara percuma.

Cuma, adakah kita mahu atau tidak?

Bagi saya secara peribadi , saya sangat terkesan dan mula berubah menjadi lebih positif , bila mendengar bual bicara Dr Muhaya di radio Ikim. Di sini, banyak koleksi temu bual itu secara percuma. Hampir setiap pagi, saya ulang dengar , satu- satu secara bergilir, dalam beberapa minit selepas subuh.

Terakhirnya, saya kira, hubungan kita dengan Allah perlu kita jaga. Ah , seperti ustazah pula saya ni, kan.

Bukan begitu.

Terus terang saya katakan, hidup lebih terurus, bila saya lebih menjaga hubungan saya dengan Allah.

Bukan kata bohong dan bukan niat mendabik dada. Tetapi berkata dan menulis dari pengalaman sendiri dan saya berdoa moga hubungan saya ini secara istiqamahnya terjaga. Kerana saya sangat yakin dengan ini. Dan keyakinan ini bukannya tidak berasas sama sekali.

Positif diri bukan suatu yang statik. Ia dinamik. Hari ini ia meningkat , menjulang tinggi, mungkin esok ia jatuh merudum akibat suasana di luar. Tapi kita sebagai manusia punya satu kelebihan iaitu usaha dan senjata kita ialah doa.

Moga setiap kita membawa perubahan positif setiap hari, walau pun ia sekecil zarah. Tetap ia bermakna dan memberi nilai di neraca paling adil nanti di sana.

Salam kasih.

Artikle ini di tulis oleh penulis jeputan di Puanbee.com iaitu ~cikgunormah@klcitizen~jom singgah dan baca entri terbaru cikgu normah bertajuk Kita saling melengkapi, pasti korang teruja membacanya 🙂

13 Comments

  1. budakserius 13 March 2012 Reply
  2. kl@n@ 29 February 2012 Reply
  3. Ummi Hanie 29 February 2012 Reply
  4. bardboo 29 February 2012 Reply
  5. titan 28 February 2012 Reply
  6. nza 28 February 2012 Reply
  7. Denaihati 28 February 2012 Reply
  8. muazfaris 28 February 2012 Reply
  9. anif 28 February 2012 Reply
  10. azman 28 February 2012 Reply
  11. shraqs 28 February 2012 Reply
  12. nurmisnan 28 February 2012 Reply
  13. TopiJerami90 28 February 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.