Kisah Rumahtangga : Menantu vs Mertua

Kesimpulan selepas baca cerita ni . Semua menantu dan mertua ada kelemahan masing-masing , nak tegur biarlah berhemah ..jangan ingat mertua tak ada buat salah dan menantu tu kurang ajar je. Jangan pulak ingat menantu tu boleh di buat apa saja sebab orang muda tak boleh melawan cakap mertua. Sama-sama ada kelebihan dan kelemahan tegur/tanya dan nasihatlah secara berhemah , tegur dengan baik. Ada sesuatu terjadi sila jangan tuduh tanpa usul periksa , pastikan ada bukti dan terbukti baru boleh tuduh . Kalau tuduh tanpa bukti sahih dan cakap ikut sedap mulut , ianya nya boleh menimbulkan perasaan “sakit hati” atau “hilang hormat ” dan juga “FITNAH” . Fitnah , sakit hati dan tidak hormat adalah pekara buruk yang biasa ada dalam masyarakat kita .. ye tak ? kalau boleh tak nak biasakan lah ..

bacalah  cerita di bawah. Nak ambik anak jap..

Menantu vs Mertua

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul – betul menghabiskan borehhh…

menantu vs mertua

Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…

Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal..

“Kamal, mari kita main dam haji…”  katanya kepada Kamal…

“Boleh juga… ”  kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu..

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…

” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum..

“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…

Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )…

Kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji…

Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ?”  Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa..

Sumber :  http://zamzarinazambri.blogspot.com/2012/06/kisah-benar-menantu-vs-mertua.html

Search

Comments

  1. nice story….pandai je dorg tu kan….hik3
    syamila recently posted..Akhirnya masalah selesaiMy Profile

  2. hubungan yang baik sesama manusia perlulah dititikberatkan dalam kehidupan…
    donnyien recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  3. hehe nice story.setiap org masing2 ada kelemahan.baguslah kamal n pak mertuanya dua2 dh ok..:)

  4. ade org xleh terima teguran macamtu..tp dlm kes kamal ni bgus la..dua2 sedar kelemahan masing2 :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Putar AlamMy Profile

  5. comel je cerita ni…. semoga kita semua dpt pengajaran dari cerita tu :)
    sha recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  6. Ini macam cerita yang diceritakan oleh Mantan Imam Masjid Negara di Forum Perdana Hal Ehwal Islam untuk topik “Jiwa Kacau” Saya dengar Dato’ bercerita tentang cerita ni. Sebijik sebulat..Hehehe

    Thanks share Pn Bee…
    Mummy Akmar recently posted..Perkembangan Pencapaian Anak 2 Tahun: BercakapMy Profile

  7. ni memang kiusah benar ke? rasa macam lawak pun ada..hihi..
    Puan Bardboo recently posted..African Safari di Toulouse | Bawa Ammar Tengok BinatangMy Profile

  8. mcm siot lah, kelakar ler pula entry nih, hehehe
    Juan recently posted..Produk Perkhidmatan Yang Diingini dari Eizil NetworkMy Profile

  9. wahahaha… dua2 terkena kann…. baru le fair n square :p
    Ummi Hanie recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  10. kira dah tahap ok bah tuuu..
    titan recently posted..Kenali blogger kacak bawah tanah – Eizil.comMy Profile

  11. Nasib baik didalam sindir tidak kena halau keluar cari rumah sewa sendiri.
    akubiomed recently posted..Melayan SimSimi yang minat Aaron Aziz Adam dan HawaMy Profile

  12. terbaik la cerita ni.. banyak pedoman.. dalam kelakar.. hehe
    cmratu recently posted..Akhirnya bertukar juga..My Profile

  13. Hehehe.. sengeh..sengeh dayah Baca.. ambik iktibar je la..
    dayah recently posted..apa yang kita mahu dalam hidup kita?My Profile

  14. Salam,

    Heheee lawak pulak bab sindir menyindir tu, tapi bagus juga ada pengajaran disebaliknya :D
    yanmie recently posted..Semak Keputusan UPSR 2012 Online Dan SMS – Tarikh Keluar Keputusan UPSR 19 November 2012My Profile

  15. Ada juga hasil dari permaianan dam mereka yer,sehingga kedua-duanya berubah…..!
    galut recently posted..TuneTalk-SimKad Prabayar Yang MembayarMy Profile

  16. lawak tapi moral of the story yg terbaik. rasanya mentua n menantu memang susah untuk tinggal sebumbung…
    Denaihati recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  17. hehehe..comel gile crite ni…senang tul berubah both menantu & mertua…hanye kerane dam haji… hehe
    Nadot recently posted..Bila Eyriqazz MengomenMy Profile

  18. Dalam perhubungan sesama insan, hormat-menghormati itu adalah penting, sebaik mana pun individu tersebut, kita tetap manusia biasa yang tidak lari dalam melakukan kesilapan.

    Dalam cerita ni, nasib baik menantu dan bapa mertua sedar, ada banyak kes yang sebaliknya. Semoga kita semua akan dilindungi dan diberikan perhubungan yang baik dengan keluarga dan kenalan kita.
    Eizil recently posted..Anda tanya Eizil jawab.My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge