Kisah di akhir september

Assalamualaikum, rasanya nak tulis panjang-panjang la pulak. Ada orang nak baca ke ? tak nak takpa la , tak paksa. Julai , Ogos dan September sangat sangat mencabar diri sebagai isteri dan ibu. Kadang-kadang menagis sendiri. Rasa macam nak terjun banggunan pun ada. Rasa je tau. Tapi bila tengok muka anak-anak , rasa diri ini kuat semula. Julai dan Ogos sehingga sekarang. Suami bekerja tak dapat gaji. Tak faham dengan syarikat tu. Sesetengah pekerja dapat gaji. Sesetengah pekerja tak dapat. Kot ye pun ekonomi tengah teruk. Anda syarikat besar tak kan basic pun tak boleh dulukan. Dah memang tak ada elaun apa apa pun sejak kata oil & gas semakin teruk ni.

Teringat ada orang cakap “ kalau duit tu masalah itu bukan masaalah sebenarnya. ” Bagi saya tak ada duit masaalah juga. Hidup di zaman mencabar di tengah bandar , bukan senang nak survive. Patut la ramai orang KL gila. Baik tua , baik muda. Baik agama apa pun. Banyak sangat di sekeliling kita becakap cakap seorang diri. Saya tak gila sampai nak cakap seorang diri , tapi masih boleh bercakap dengan blog.

Sejak sedar , ekonomi tak menentu sekarang tu la saya pergi belajar menjahit. Sebenarnya penat . Badan ni rasa tak boleh tampung , selalu letih dan sakit sakit badan ni. Pagi selepas hantar anak ke sekolah , saya memandu kereta 45 minit untuk ke kajang belajar menjahit. Dalam jam 11.40 macam tu saya dah kena balik. Jam 12 ambik anak sedara , jam 12.50 anak sendiri , jam 1 anak doktor , jam 1.26 anak sendiri. Jam 2 anak sedara dan anak doktor. Semua sekolah lain lain. Semasa aliya UPSR , saya ambik dia jam 4. Hari hari macam tu. Kalau ada kerja berkaitan pejabat pos saya akan selit di antara waktu di atas. Penatnya Masyallah. Selalu pujuk hati ni. Akan ada manis nya di kemudian hari.

cardigan-buat-sendiri

Dalam pada kalut belajar , ambik anak sendiri , anak orang dan anak sedara seramai 8 orang tu , saya jual emas di facebook , dropship saja dengan kedai dekat dekat.Untung boleh la buat belanja anak. Sempat juga menjahit. Tu baju di atas , cardigan tu saya jait sendiri tu , suka betul tengok intagram orang dubai dan arab  sana. Semua fesyen menarik hati. Saya ambik juga tempahan kalau ada yang nak tempah. Badan tak sama size elok lah tempah. Murah je upahnya. 

potong-rambut-syamim

Mohamad syamim , lama sangat tak potong rambut , sekali dah potong nampak lain sangat.Eh muka ayah ke muka ibu ni ? selalu duk puji dia ensem la .. Tau lepas tu apa jadi ? Tengok di bawah , main lompat lompat sangat sampai luka. Sebaris dari dahi , hidung dan mulut. Sakit mata ibu tengok.

luka-kepala

Sempat juga la jumpa Blogrdirect.com dan blogger lain antara nya kak lily. Semua aku ambik dah sekarang. Nak survive sementara en suami ku dapat gaji tertunggak nya. Bulan 9 juga road tax kereta mati kena renew , bulan 8 kena saman dengan DBKL. Saya ni rakyat yang tak pernah kena saman tau. Tetiba kena saman. Bulan 7 kereta rosak , ganti 4 bijik pluq , bulan 9 ni kereta rosak lagi , ganti bateri. Apakah malanya nasib. Tuan rumah pun dah suruh cari rumah baru tetiba. 13 tahun duduk sini .. tetiba dia datang kata nak repair syiling. Redha ..

jumpa-blogr

First time jumpa En Faez dan En Lee .. Happening diorang ni , punya kelakar. Maaf la akk kaku .. sebabnya .. dalam kepala banyak masaalah.

jumpa-pengasas-mama-juice

Paling best jumpa pengasas Mama Juice. Produk baru .. saya tengah cuba seminggu , tengok macam mana ok ke tidak kan.. Nanti kita tulis review.

Saya ada banyak masaalah , tetapi saya cuba terbaik untuk keluarga sendiri , cuba untuk senyum , cuba untuk bahagiakan diri ini. Lupakan saja semua benda negatif. Biasalah Allah s.w.t nak uji sekali sekala kan.

Nanti kalau rajin nak upload gambar baju baju anak-anak yang telah saya jahit. Best menjahit penawar duka lara.

Ok byee.. sehingga berjumpa lagi.

Comments

  1. sejak kenal & baca blog bee… memang mcm2 nis tengok dugaan menimpa bee n family..

    nis doakan semoga mentari muncul kembali dan berpanjangan insyaAllah….

    susah dunia sementara bee. jangan terkejut tgk di akhirat nanti darjat bee tinggi amin.. doakan nis jua

  2. Sabar ye :). Insyaallah bulan ni better 🙂

  3. banyak kisah di hari akhir dari bulan september …..

  4. Rohaya Yusof :

    Assalam puan bee..lama sgt kak aya tak menjengah…memang blog sendiri pun dah berzaman terabai…mmg terasa sgt beban kewangan skrg ni, kak aya faham yang PB hadapi..sama la kita, bezanya kak aya skrg ni mncuba jadi dropship, agen, dpt la org kata sesen dua…tp slow jgk sb bila ekonomi tak brp stabil , org mula berhati hati utk berbelanja, ni tgh fikir nak jual semua novel2 yang kak aya ada..kak aya doakan PB sukses dlm apa je yg sedang dilakukan…pandai menjahit tu lagi senang buat duit nanti, terutama musim raya…blog PB pun dah makin berjaya.Insyaallah sekejap aja mendung tu, mentari bersinar nanti.

    • waalaikumusalam , terima kasih atas doa dan kata kata semangat kak aya . hargai sangat kak .. ye lah dugaan mungkin tak lama kan .. semoga kak aya pun di beri rezeki menurah curah lepas ni .. aminnnnn ..

Speak Your Mind

*