Kisah anak 2 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum dan hai. Apa khabar anak-anak mak hayam ? Nampak sekarang mak dah rajin menulis semula kan ? allhamdulillah. Dah stop bisnes online jual baju budak. Sangat letih .. tak sanggup mak nak berniaga kecuali ada pembantu. Sekarang mak cuma aktif bisnes emas dengan kawan-kawan sahaja di facebook. Ada juga buka group kutu just for fun. Sambil menabung simpan duit dan reward ke diri sendiri. Selain dari itu mak jadi mak supir , mak chef dan juga mak akauntan domestik. Job besar-besar kemain kan ? MAK SUPIR tu mak buat part time bawa anak jiran dan anak saudara sendiri. Total 9 orang kanak-kanak riang dalam kereta mak. Itu lah hikmah nya beli kereta besar-besar. Memang family besar. Duit upah bawa anak-anak jiran boleh rolling isi minyak kereta sesambil bawa anak sendiri. Boleh beli jajan-jajan.

Mohamad Syamim 2 tahun 3 bulan usianya. Ikut tahun dah pun 3 tahun. Tapi nampak kecik lagi sebab lahir hujung tahun kan. 2 tahun 3 bulan baru lah mak dia boleh tenang – tenang menulis blog semula. Lama nya mak ber ” hibernasi.

syamim cat

Hari-hari ikut mak jadi pembantu peribadi mak hantar ambik kakak yang 3 orang tu. Kesian pun ada. Seawal 6.30 pagi dah kena keluar dari rumah. Lewat 10 minit sahaja nangis la si kakak-kakak. Jalan jem tak hingat. Sekolah kakak tu tak boleh lewat dari jam 7 pagi. Hari-hari kena baca yassin beramai-ramai. Walaupun pembelajaran mula lewat lagi sebenarnya.

syamim cat 2

Baju melayu berbelang memang gambar hari ni. Suka tengok budak lelaki pakai baju melayu. Lama dah mak ngidam anak lelaki pakai baju melayu. Selain dari tu teringin sangat nak tengok ayah dan anak lelaki bersama-sama ke masjid untuk solat. Ayah jauh pula.

Syamim 2 tahun 3 bulan. Sangat mesra dengan orang lelaki. Asal jumpa je .. dia akan pergi tepuk belakang orang tu. atau tepuk bahu ajak bersilat. Panjat-panjat sampai ke kepala. Tapi biasanya bab panjat ni dia berani panjat ayah je. Walaupun setahun ayah hanya jumpa syamim sebanyak lebih kurang 4-6 kali sahaja. Allhamdulillah. Syamim tak ada la buat peel kejap cam ayah. Kejap tak cam ayah. Kerana ayah pun rajin call guna video line setiap hari. Oh rasanya setiap 4 jam. Atau rindu sampai demam. Nasib baik tak. Tapi dengan orang perempuan syamim agak sombong. Dia pilih orang sikit. Kalau orang yang kurang dia berkenan. Baru pegang pipi pun dah kelam kabut dia lapkan.

syamim cat 3

*sofa baru beli tak sampai setahun kena toreh.apa kaitan ?

Syamim masih menyusu nenen , syamim suka makan nasi. Syamim suka makan buah tapi tak suka sayur. Syamim boleh bercakap bahasa jerman. Tetapi sangat lancar mengikut orang lain bercakap. Kalau menyanyi konpiden betul je walaupun hanya ikut ayat belakang sahaja. Syamim sangat sukakan haiwan. Semua haiwan adalah comel bagi syamim. Jumpa sekumpulan semut pun riuh rendah dia menjerit.

Okay itu je la mak nak cerita.

Tadi macam banyak. Tiba – tiba sikit je nanti la mak sambung.

xoxo

puanbee

Show 5 Comments

5 Comments

  1. hai syamim…
    ala kejapnyaaa masa berlalu… macma baru je dating2 jumpa Muaadz kan…
    takpe ibu dah aktif blogging, acik nis plak berhibernasi… cerita adik muaadz pun tak taip2 lagi aduhaii…

  2. zik

    samalah masa kecik tak suka makan sayur, tapi dah dewasa bedal jer apa yang terhidang.. huhu

  3. Datin Tyka

    umur syamim sama dengan anak buah DT.
    sama la tak makan sayur.
    pandai pulak dia tahu yang mana sayur.
    anak buah DT, DT yang jaga. sabtu ahad je dia jumpa mom dia. kalau dad dia, ikut cuti sebab kerja jauh.
    dah jadi anak DT dah
    huhu

  4. anak kedua saya pun lahir hujung tahun. memang kecik berbanding rakan sebayanya. apa saya buat cuma pastikan nutrisi cukup, ambil suplemen, makan bagi banyak. dan usahakan agar tinggi average. ni tengah usaha lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.