4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan Β batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai

4 KHASIAT SERAI

  • Mengatasi gangguan pencernaan

Teh serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

  • Detoksifikasi

Serai mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat telah disingkirkan.

  • Menurunkan tekanan darah

Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai dapat menurunkan tekanan hipertensi.

Pengambilan teh serai dapat mengurangkan sakit haid dan rasa mual.

  • Menyegarkan dan Menyejukan

Meminum segelas serbat (rebusan) daun serai dalam cuaca panas dapat menyegar dan menyejukan badan.

Selamat mencuba πŸ™‚

30 thoughts on “4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai”

  1. Pingback: Persedian menyambut kelahiran bayi dan untuk ibu juga !

  2. Pingback: Saya pilih SHAKLEE sebagai set Bersalin / berpantang , Macam best je ! - Puanbee.com

  3. Pingback: Resepi ikan asam pedas perlis | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  4. sebagai rawatan kanser pun boleh juga kerana 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser. Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.

  5. sama tak khasiat dia serai masuk air panas dengan serai masuk tomyam panas..
    sedapnya tomyammmmm

  6. tak pernah buat macam nien suami selalunya soh kutu buat air halia.klu air halia yg kt kedai tu mmg depa boh serai sekali.bagus utk buang angin dalam badan..:)

  7. tq share..byk jugak khasiat serai ni ek..badan mmg xde angin bee,tp selalu naik angin ade le…he3”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *