Khasiat Sebenar Susu Untuk Anak-Anak

Salam , nak cerita fasal susu lagi …jangan bosan yer…

Sebagai ibu bapa, kita harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Kanak-kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Ini memastikan mereka menerima pemakanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan ceria sepanjang zaman kanak-kanak.

Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien.

Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. S

Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Susu juga mudah dan senang untuk dihidangkan sehingga anak anda boleh minum susu pada bila-bila masa.

Anda boleh tuangkan susu ke dalam semangkuk bijirin sarapan yang sedia untuk dimakan atau hidangkan segelas susu bersama dengan roti sandwic.

Apa jua caranya ia adalah sarapan yang cepat lagi berkhasiat untuk anak anda waktu sarapan atau sebelum pergi ke tadika.

Kadang-kadang anak bee si husna yang 4 tahun tu agak susah ambil sarapan pagi , entah kenapa tapi jika kita pandai pujuk anak-anak untuk sarapan pagi mesti dia pun suka ,

una dan baby

Kadangkala una kurang berselera atau berkeras hanya mahu makan sejenis makanan saja. Baby si kecil pun sama , kurang makan , asyik nak susu saja …ntah kenapa sejak dua menjak nih baby dan una kurang berselera makan , depa tak nak ..dah bosan masakkan ibu ke apa ? kihkihkih ke susu tu sedap sangat ?

Sekali lagi, susu boleh dijadikan penyelamat!Walaupun ia tidak boleh menggantikan diet yang seimbang, kandungan nutrien dalam susu boleh membantu anak – anak kan nak buat cam mana , tak kan nak paksa jugak si kecik tu buka mulut , lagi-lagi jenis tak nak ..pastu rela tak makan ..tak apa ..merajuk akibat di paksa…

  • Walaupun ramai khuatir mengenai pengambilan lemak berlebihan, kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak seharusnya diberi susu rendah lemak, susu skim atau susu tanpa lemak, kecuali dinasihatkan oleh pakar pemakanan/diet dan pakar pediatrik.

    Kandungan lemak mengikut saranan susu hidangan untuk setiap hari adalah memadai dan ia boleh menolong membekalkan jumlah keperluan tenaga untuk tumbesaran yang normal.

    Susu mentah perlu menjalani proses pempasteuran untuk membasmi bakteria yang terkandung.

    Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang biasa digunakan, termasuk UHT (ultra-high temperature), sterilisasi, dan ultra-pasteur.

    Ini bukan saja menjadikan susu selamat untuk diminum, tetapi juga memanjangkan hayatnya tanpa penambahan sebarang bahan pengawet.

    Proses-proses tersebut memberi sedikit kesan kepada kandungan nutrien susu. Dengan perkataan lain, khasiatnya dikekalkan. Kini, susu yang terdapat di pasaran ditambah dengan sesetengah nutrien, misalnya beta-karotin, vitamin E, vitamin C, kalsium, serat makanan atau asid lemak perlu, seperti Omega 3 dan 6. Ini bertujuan memperkayakan susu supaya dapat memberi lebih khasiat nutrien.
    MamilGoldStep3

    Tapi bagi puanbee , pemilihan susu bergantung kepada kesesuain anak-anak dan poket ibu bapa 🙂 apa -apa pun puanbee nak share , saya pilih mamil gold sebab ada IMUNNORFOTIS hehe…untuk menambah daya tahan anak-anak jer..tak sanggup tengok diaorang demam , tak aktif , dan merengek hee….Sebelum nih una dan baby selalu benar demam , mudah berjangkit dah lemah , asal je pergi ke mana-mana cuaca panas , sejuk memberi kesan pada baby , mesti dema selsema berhari-hari , asal pergi ke playground , ada lah sorang dua yang demam , mesti berjangkit ..tak sanggup rasanya…so sekarang dah kurang malahan boleh di katakan tak de lah hee…

    Walaupun teknologi yang maju telah digunakan dalam pengeluaran susu, pastikan anda memeriksa tarikh luput yang tercetak pada paket susu. Jangan membeli susu yang tinnya kemek atau paket yang tembam. Susu sepatutnya diminum sebaik saja ia disediakan, dan tidak dibiarkan terdedah kepada habuk dan kerosakan. Simpan susu tepung di tempat yang kering dan sejuk.

  •  

    Show 7 Comments

    7 Comments

    1. ct mmg suka pack mamil gold ni,lain dari yg lain,anak ct kalau sarapan nak mkn nasi goreng aje,muak asyik buat nasi goreng hari2….

      • yer ke suka nasi goreng ? ank bee diorang tak nak maa\kan sgt , tapi sambil2 tu diorang ambik lah roti ke apa2..

    2. as salam… menyebok sket. anak saya dah 3 ahun. doc x kasi bg susu sangat. bagi pun, x pekat. cair. malam baru buat yang pekat. sbb, nanti dia x makan. dah kenyang dengan susu….

      • memang bebudak cam tu ..anak bee pun masuk 3 thn dah mula bagi susu 3 kali sehari ..nanti diorang tk nk makan..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.