anak kecil membaca

Kerenah Anak Pabila Diajar Dan Disuruh Membaca

Husna 5 tahun , agak suka membaca di bandingkan si kakaknya ketika umur kakak 5 tahun. Tetapi masaalah husna ni cepat boring , suka nak baca benda yang lebih advance gitu .. abc tak main lah .. masaalahnya kalau huruf abc tak kenal mana boleh baca buku cerita tak gitu ..sudahnya ibu yang kena membaca untuk dia. Macam-macam kerenah anak-anak ni.

  • Una dah penat baca yang ni ibu
  • Huruf tu una ingat tapi lupa
  • Dahaga air lah
  • Hurup ni (a)di katakan (b) dikatan (d) keliru lah

Semua kat atas tu alasan husna..kalau melayan memang tak larat lah .. banyak alasan nya .. kadang-kadang dia cakap , tak boleh baca depan orang .. kita bawak masuk bilik berdua je .. pun tak boleh ..dia tertidur sambil baca.. sudahnya cam mana ?

anak kecil membaca

UJI Husna setelah membaca
Ikut turutan seperti dalam buku husna

Da de di du do de

Dari kira ke kanan ingat , siap sebut laju .. belagak ..Kanan ke kiri ok lagi .. tapi bawah ke atas memang dia tak boleh .. bermakna husna tak mengenal lagi .. saya perasan husna keliru dengan huruf a, b , d sebabnya huruf ni di tulis dengan abjad kecil nampak sama. Jenuh juga nak kenal kan huruf dia .. hari ni ingat esok lupa.

Harap una boleh membaca secepat mungkin sebabnya sekarang ni budak sekolah rendah di kira markah dari LINUS. Bukan melalui peperiksaan seperti lalu.

Post lama > 8 cara jadikan anak genius – Dato’ Fadzilah Kamsah

Aliya si kakak una pun asyik kena LINUS dan aliya pelat pulak tu sampai sekarang umur dia 8 tahun .. LINUS aliya agak lemah. Aliya juga tak suka membaca , dia suka melukis , mewarna , mengira dan baca jawi.

Pelik kan ? Untuk matematik , agama , lukisan memang 100 je markahnya .. tapi mata pekajaran lain lemah sebab puncanya dia tak nak membaca walaupun soalan .. hari-hari saya perati je cara aliya ni belajar , dia suka skip .. soalan bergambar dia buat dulu siap dengan warna lagi tu ..

Aliya tu hari-hari kena paksa membaca , kelat muka dia tiap kali kena membaca , tapi terpaksa juga suruh dia membaca hari-hari umur dah 8 tahun , tak boleh gagap-gagap membaca , bukan tak boleh baca tapi tak lancar lagi.

Harap sangat diorang ni lancar membaca..

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

16 thoughts to “Kerenah Anak Pabila Diajar Dan Disuruh Membaca”

  1. Budak-buadak memang banyak karenah kan. Hurmmm Bila la Azie nak merasa melihat telatah dan karenah anak-anak ni. Terindu kat anak saudara di kampung.

  2. guna rotan. abah aku dulu..guna rotan masa ajar kita orang membaca adik beradik. nak tak nak..kena rajin baca. aku tak suka kena rotan..haha..kakak aku pun kena gak. hoho..

  3. Sekolah untuk tahun 1 kalau boleh biarlah boleh membaca kalau tidak akan tertinggal kerana murid perlu mempunyai kemahiran membaca belum lagi untuk menafsir kehendak arahan atau soalan.

  4. rajin juga nampak una tu kan, cuma biasalah budak2 memang tak boleh concentrae lama2 bee..moga anak2 bee yang lain akan fasih membaca dalam masa terdekat.

      1. asmkum….kbtlan sngt2…smua yg puan nytakn d sini mmng2 sama sngt dngn ank2 sya.ank sy pn kedua2ny prmpuan…yg 5 thn 2 prblm yg sma sngt2 ngn ank puan yg 5 thn 2.yg ke2 pn 8thn jgak sbijik jgk ngn cara ank puan….yg 8thn 2…
        tp sy lbh rsaukn si adik 2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *