Kerenah anak berpuasa

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bila di ingatkan memang kelakar tengok kerenah anak berpuasa ni. Walau pun puasa diorang tetap aktif .. bila petang menjelma mula lah keluar pelbagai ragam dari diorang. Ada blogger cakap “keliru bila datang blog saya , sebenarnya anak puanbee berapa orang ? “

Meh lah saya jawab .. anak saya tiga orang ya .. yang sulung kakak , kedua una dan akhir sekali baby kadang-kadang panggil dia laila bee. Disebab kan anak saya tiga-tiga perempuan , memang orang susah nak cam . hehehe

Kakak berpuasa ok aje , siap pergi buat latihan teater lagi tu .. kakak memang ok sebabnya dia pun semasa sahur makan banyak , macam makan tengah hari , berbuka pun banyak makan juga. Si kakak juga jenis kurang dahaga berbeza dengan husna.

Husna hari pertama berbuka pada jam 3.40 , ok lah tu baru 5 tahun sebab dulu kakak nya berumur 5 tahun mesti buka jam 12.30 tepat-tepat lepas dia balik dari tadika.

Tapi , masyallah .. macam-macam alasan keluar dari mulut dia. Pantang bunyi azan je mesti nak terjah dapur , kejap-kejap ambil cawan isi air dan buat gaya nak minum , kadang -kadang ambik buah kurma , tapi tak makan , dia olok-olok aje .. Dah dekat 3.40 tu pun dia cakap..

“Ibu una tak tahan dah ni .. tak pe una minum air je , una tak makan…”

“laaa.. mana boleh gitu una , dah minum air kira tak puasa ye …”

“Esok lah una puasa…”

Terus una pergi dapur dan minum air susu kotak. Tak pe lah nak buat macam mana .. so una memang tak tahan berpuasa .. Nasib kakaknya boleh tahan diri lagi.. Kitaorang memang kejap-kejap tengok jam , sebab pujuk una tu biar dia puasa habis , tapi tak boleh jugak..

Laila bee puasa juga , puasa tak makan , tapi 5 botol susu di minum .. hahaha .. apa lah baby ni .. orang nak suap makan dia cakap dia puasa. Tapi susu tetap dia mintak.

Author: puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 thoughts

  1. hahaha..meanrik betul ragam berpuasa anak-anak puanbee…tak sabar rasa nya nk melihat ragam anak aku pula mcm mn..hahahaha…adoiii tak puasa tapi susu habis byk…hahaha

  2. slm tberpuasa ye bee n anak2..

    ank2 nis pun puasa penuh start 7 thn… tu pun ada curi2 minum dan ‘ditangkap’ oleh ummi nye… x apelah… blaja2…

  3. hehe..comel je karenah anak2 berpuasa ya…anak pun kalau tanya puasa..jwb puasa tp dah minum susu berbotol dah..hehe

  4. boleh puasa nasi tapi susu konpom takboleh, ada candu tu….heeeee
    kerenah anak kecik puasa memang macam2 stategi ada, baru nak belajar n belum faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *