Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (abpbh2011/2012) masih belum keluar, tapi saya telah pun buat ramalan. Korang rasa macam mana ya ? Kemuncak ABPBH 2011 adalah pada 8 April 2011 Ahad , jam 9 malam dan akan di siarkan secara langsung di TV3 dan juga radio FM. Penonton juga boleh menonton melalui live streaming yang di sediakan oleh pihak berita harian sendiri.
Ramai yang ternanti-nanti keputusan abpbh 2011 ini , bukan apa .. kebanyakkan peminat yang mengundi juga menunggu keputusan kerana mereka pun telah masuk pertandingan undi artis di Surat khabar berita harian kan ? Disamping itu , ramai juga menunggu red carpet berita harian , tak sabar menunggu artis kesayangan berjalan di atas red carpet tersebut , korang macam mana ? setuju atau tidak ?
Senarai artis yang tercalon untuk menerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini , mengikut kategori yang telah di pertandigkan adalah seperti di bawah , Siapa yang saya teka akan memang anugerah bintang popular berita harian pada malam ini , akan saya highlightkan dengan warna merah.
Penyanyi lelaki Popular : Pemenangnya adalah Hafiz .. puanbee teka betul 🙂
- Faizal Tahir
- Anuar Zain
- Aizat
- Hafiz
- Black
Penyanyi wanita Popular : Jatuh kepada Yuna tapi yuna tak nampak pulak , PA dia yang ambik trofi
- Najwa Latif
- Yuna
- Stacy
- Alyah
- Shila Amzah
Artis duo/berkumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : Pemenangnya ialah Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
- 6ixth Sense
- Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah Ya tepat sekali , memang pemegang Trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori ini.
- Meet Uncle Hussain/Hazama
- Bunkface
- Forteen
Artis baru lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : Johan Ariff As’ari …
- Johan Ariff As’ari – betul lah kali ni ..
- Hazama
- Awi Rafael
- Aeril Zafrel
- Beto Khusyairi
Artis baru wanita popular Anugerah bintang popular berita harian 2011 : opss tekaan saya salah .. pemenangnya ialah Tasha Shila
- Tasha Shilla
- Najwa Latif
- Neelofa
- Nur Fathia
- Izara Aishah – tekaan salah .. hehehe
Pelakon filem lelaki popular : Pemenangnya adalah AARON AZIZ – betul tu ..
- Aaron Aziz
- Shaheizy Sam
- Adi Putra
- Syamsul Yusof
- Bront Palarae
Pelakon filem wanita popular : Pemenangya adalah MAYA KARIN
- Lisa Surihani
- Maya Karin – Salah teka lah .. Maya karin memang ..ye lah Ombak rindu tu kan..ish terlupa lak ..
- Diana Danielle
- Yana Samsudin
- Eja
Pelakon TV lelaki popular : pemenangnya adalah Fizz Fairuz , siapa sangka… sedih pulak dengar Fizz Fairuz cakap , saya tak de peminat .. ada lah ..cuma tak nampak je ..
- Aaron Aziz – Salah ..hihihih
- Adi Putra
- Remy Ishak
- Fizz Fairuz
- Fauzi Nawawi
Pelakon TV Wanita popular : Fasha Sanda ..eh tak sangka pulak ..ramai orang vote dia ..
- Fasha Sandha
- Tizz Zaqyah
- Scha Alyahya
- Nora Danish
- Rozita Che Wan
Artis komedi lelaki popular : pemenangnya adalah Johan , ermm memang susah nak undi salah satu dr diorang ni .. sama jek kot..
- Zizan Razak
- Johan
- Nabil
- Along Cham
- Afdlin Shauki
Artis komedi wanita popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : Pemenangnya ialah Didie Alias , kasar lawak Didie Alias .. (25 tahun hidup lagi..)
- Noorkhiriah
- Sharifah Shahira
- Didie Alias
- Kenchana Dewi
- Alliza Abdullah @ Enot – haha salah lagi ..ceh ceh .. sebenarnya tak tahu sapa bagi kategori ni , sama saja kot bagi saya ..
Pengacara TV lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : Pemenangnya adalah Zizan Razak .
- Aznil Nawawi
- Faizal Ismail
- Ally Iskandar
- Awal Ashaari
- Zizan Razak – Salah ler ….. Aznil Nawawi serahkan anugerah yang dia pegang selama bertahun-tahun tu.
Pengacara TV wanita popular : Pemenangnya adalah Farah Fauzana , memang dah agak pun .. tk de orang lain yang lebih popular…nak Fafau masuk melodi balik… huhu
- Fara Fauzana
- Cheryl Samad
- Sharifah Shahira
- Raja Azura
- Nurul Syuhada
Penyampai radio lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : pemenangnya adalah Faizal Ismail
- Faizal Ismail – Yeayy betul lagi ramalan saya ..
- Aznil Nawawi
- AG
- Halim Othman
- Khairil Rashid @ Krill
Penyampai radio wanita :
- Fara Fauzana
- Linda Onn
- Raja Azura
- Abby Fana
- Sharifah Shahira
Ok korang pula macam mana ? rasa – rasanya mereka ni calon pilihan peminat ke ? atau calon pilihan saya saja ni ? haha lawak pulak .. saya boleh sokong yang mana saya betul-betul minat kot. Nantikan keputusannya sebentar lagi , saya akan update lagi dengan gambar-gambar red carpet berita harian.
ramalan bee dan kutu lebih kurang saja n ternyata kebanyakkannya mengena..:)
haha ramalanku tepat belaka , cehwahh ..
cepat apply posting njum pak belalang.. haha :p
xberkenan dgn lawak si didie tp ntah cmane dia leh mng…
yuna penyanyi wanita popular yer, tahniah utk beliau.
Tahniah kepada pemenang! yang bestnyer tekaan Azie tepat. Yeaaa Aaron menang.
Tak kira apa pandangan orang, Shila is the best.Haha.
aku kecewa kerana Maya Karin tidak menang
kerana lakonannya hidup.. NAMUN aku memang
salut kat Maya yang memakai pakaian paling
sopan dan tercantik.. yang lain2 semua nak tunjuk
punggung bulat.. bosannnn,….
ehhhh.. Maya Karin menang ler Bee.. aku plak yang sasul.. har3..
hehe menang lah nora ..ishish .. tk tengok baju maya semalam , tengah2 tengok suami balik dari out station nya .. terus fokos kat suami jek ..
Byk juga perubahan bagi pemenang. Elok la jugak tu, lagi meriah dan semangat la artis2 ni nak berkarya :-)………..
Nampaknya Fizz Fairuz berjaya menewaskan Aaron Aziz utk pelakon tv lelaki popular. Memang dia tak sangka menang sampai terkelu lidah nak bagi ucapan.
Aaron Aziz memang juga… Tapi aku tak caye yang Fafau menang dua anugerah mlm nie…
Nampaknya lelaki kacak Aaron Aziz tewaskan kepada seorang lelaki kacak Fizz Fairuz.
Isteri masih melayan ABPBH di bawah ….
🙂
Ramai tekaan tak betul kali ni